Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 18, 2009

saya terdiam lalu berfikir...

Setelah lama mendiamkan diri dan hanya melihat bait-bait indah daripada rakan-rakan blog, saya terfikir sejenak adakah betul keputusan ku untuk menulis blog semenjak dari awal lagi kemunculanku di alam maya ini? Berlegar-legar segala persoalan di minda saya. Jujur saya katakan bahawa saya tidak la begitu teruja untuk menceritakan dan berkongsi bersama tentang kehidupanku bersama rakan-rakan yang mungkin tidak ku kenali. Semua ini begitu baru dan asing bagi saya lalu kadangkala hasilnya mungkin agak mengecawakan kerana saya menulis dalam keadaan terpaksa.

Sekiranya ada rakan-rakan yang mengenali diri saya ini, pasti mereka akan mengatakan saya bersikap rahsia dan hanya akan bercerita dengan mereka yang saya rasakan selesa untuk berkongsi bersama. Nah, di sini saya seperti membogelkan diriku ini untuk setiap manusia mengenali dan memahami diriku. Maaf sekiranya saya katakan bahawa kadang kala melalui penulisan rakan-rakan semua saya seperti dapat menghalusi sikap dan perwatakan mereka di dunia sebenar.Perasaan takut dengan tiba-tiba menghantui saya sekiranya rakan-rakan yang tidak saya kenali dapat membaca isi fikiran ini dan mula menilai saya melalui gaya penulisan saya.

Kadangkala saya merasakan saya lebih berminat untuk menjadi sang pencerita yang melakarkan warna-warni kehidupan pelakon di muka bumi ini daripada memasukkan diri ini ke dalan tajuk utama penceritaan dan dipertontonkan di hadapan khalayak semua. Itu sudah pasti lebih mengujakan.

Tetapi kadangkala jauh di sudut hati ini mengatakan bahawa diriku perlu mempunyai teman untuk bercerita dan bergelak ketawa bersama. Rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang selalu di ingatan telah pergi mengikut haluan masing-masing untuk meneruskan peperangan dalam realiti kehidupan yang sebenar. Di minda apa yang tergambar adalah saya sebagai penulis yang sedang bercerita bersama-sama sahabat sejati; rakan-rakan yang tidak mungkin mengahakimi diri ini . Jadi pinta diri ini hanyala supaya bersedia untuk mendengar cerita saya ini tanpa memikirkan terlalu mendalam mengenai diri saya. Saya hanyalah insan biasa yang menulis sebagai memenuhi kehendak jiwa ini yang perlu meluahkan buah fikiran dan meluahkan perasaan di dada.

Jumpa lagi di warkah seterusnya.

4 comments:

  1. Mar,
    Saya suka yang ayat ini..
    "Kadangkala saya merasakan saya lebih berminat untuk menjadi sang pencerita yang melakarkan warna-warni kehidupan pelakon di muka bumi ini daripada memasukkan diri ini ke dalan tajuk utama penceritaan dan dipertontonkan di hadapan khalayak semua. Itu sudah pasti lebih mengujakan."

    Betul yang akmar cakap, kadang2 kalau kita tgk blog orang lain seperti menceritakan perangai sebenar yang sebahagiannya tak perlu kita berkongsi dengan orang lain.

    Tapi itulah manusia, suka membuka pekung di dada sendiri..

    ReplyDelete
  2. Aie,

    memang betul itula manusia yang amat suka membuka kisah hidupnya..

    tetapi jika kita amati dari sudut berbeza, mungkin setiap penulis mempunyai sebab yg tersendiri untuk mereka menulis sebegitu. Mungkin sebagai contoh di alam realiti mereka amat pendiam, pemalu dan tidak berani mengutarakan buah fikiran mereka.Jadi di sinila bergunanya alam siber di mana mereka bebas berkata-kata dan meluahkan isi hati yang terbuku.. Di sinilah juga mereka ingin manusia memahami diri mereka kerana sudah pasti di alam nyata mereka berlainan karektor.

    Apa yg pasti kita yang membaca perlula meluaskan pemikiran dan jangan terlalu beremosi dengan becaan kita.ENtahla Aie, kadang2 pening juga bila berfikir tentang ini.

    sekarang apa yang perlu Mar buat ialah berfikir kembali tentang hala tuju gaya penulisan mar.

    terima kasih kerana setia membaca. ;-)

    ReplyDelete
  3. Tidak salah untuk menulis jika kita tahu etika penulisan itu sendiri. Buat diri saya tiada masa untuk munulis kerana kekangan waktu sebagai seorang pendidik dan seorang ibu, jadi saya lebi gemar membaca hasil-hasil tulisan daripada orang lain.

    Selamat Maju Jaya.

    ReplyDelete
  4. P135 Alor Gajah: Terima kasih atas pandangan yang jujur. Saya percaya akak pembaca baru di halaman saya. Pinta saya semoga semua rakan-rakan yang baru dan juga yg lama dapat bersama-sama membaca, setia memberi komen dan selalu menasihati saya. Dengan adanya pembaca yang setia mar akan lebih bersemangat untuk terus berkarya..Insya Allah..

    ReplyDelete