Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 7, 2009

Hidup ini satu perjalanan….

Hrmm..bila diputar kembali filem tahun lepas detik 9:30 pagi pabila aku diijab kabulkan..apa yang terngiang di minda..” apakah yang bakal aku lalui untuk kehidupan mendatang?” Diri ini terlalu muda ketika itu untuk memikirkan cabaran yang bakal kutempuhi untuk suatu jangka masa yang panjang sebelum ajal menemuiku.

Kini, setelah satu tahun berlalu,setelah setahun aku membina kehidupan baru, terlalu banyak pengalaman yang kutempuhi,ilmu yang kupelajari yang tidak dapat dipelajari di universiti…semuanya kulalui bersama suami.Sehingga kini kami masih lagi saling bantu membantu untuk lebih mengenali satu sama lain dan mempelajari erti hidup bersama.

Pernah satu ketika di waktu aku baru diakad nikahkan,aku berfikir panjang ,minda sedikit bercelaru..untuk memikirkan realitinya apabila berkahwin suami itu perlu diutamakan lebih daripada segalanya..termasuklah ibu dan ayah ku. Selama 23 tahun kehidupanku..hidupku hanyalah dikelilingi ibu,ayah dan adik beradikku.Merekalah dahan untuk ku berpaut dikala semangat meluntur,pemberi kebahagiaan total untuk hatiku..kutemui sinar ketenangan di mata ibu dan ayah..arrgghhh..semuanya indah bersama mereka..

Perjalananku ini sudah bermula..Aku dan suami masih merangkak untuk mengenal kehidupan.. Cerita ibu dan ayah di awal perkahwinan kini diulang semula oleh kami. Cabaran hidup kini dirasai..Aku syahdu bila mengenang kembali bagaimanalah keadaanya ibu dan ayah pabila membesarkan kami semua..Kepada ibu dan ayah,terima kasih kerana membesarkan aku serta mendidikku selama ini. Tiada hadiah atau penghargaan yang mampu kuberi selain doaku kepada Ilahi semoga kedua ibu bapaku mendapat tempat yang tinggi di syurga kelak.Aminn..

Oh ya..perjalanan karier ku baru sahaja bermula..dan aku berharap agar sekiranya inilah apa yang tuhan aturkan bagi diri ini..aku berserah sepenuhnya pada Ilahi semoga meredhai apa yang aku lakukan ketika ini. Semoga pintu rezeki kami sekeluarga akan terus terbuka luas kerana bagi mukmin dan mukminat, harta yang banyak itu penting bagi pembangunan muslim sejagat. Dengan harta halal yang banyak, banyak benda yang boleh dilakukan untuk disalurkan untuk menegakkan lagi syiar Islam. Oleh itu, janganlah dipandang remeh perkara ini kerana walaupun jasad dan nyawa terpisah dari bumi, tetapi harta yang dimanfaatkan ke jalan yang halal, sahamnya akan terus meningkat sehingga tibanya hari pembangkitan kelak. Oleh itu, kawan2 seagama marilah kita sama2 perbetulkan niat semua untuk mencari rezeki yang lebih agar boleh digunakan untuk menolong insan yang memerlukannya. Itulah yang telah dilakukan oleh para sahabat nabi seperti Umar bin Khatab dan juga Abu Bakar As-Sidiq.Marilah kita mengikut contoh dan teladan yang mulia ini ..

Walaupun hati ini selalu rindu kepada ibu dan ayah..akan ku pegang kata-kata ayah..syurga isteri itu terletak pada keredhaan suami.Wahai ayah…kata-kata mu itu sungguh bermakna pabila nafsu hampir dikuasai amarah syaitan.Akan ku janji untuk terus berusaha setiap hari untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Pintaku supaya Tuhan sekali-kali tidak menutup pintu rahmat dan hidayah nya kerana itulah pelita hidupku sepanjang hayat….

Ibu dan ayah…jangan berhenti berdoa untuk kebahagiaan anakmu di dunia dan di akhirat…Walaupun kita jauh terpisah tapi harapanku dan doaku sepanjang hari supaya kita ditemukan kembali di akhirat kelak dalam keadaan semulia-mulia manusia ,dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Semoga kita akan dipertemukan kembali sebagai satu keluarga kelak dan tiada jarak yang dapat memisahkan kita. Insya Allah.. Ohhh..hidup ini hanyalah satu perjalanan yang singkat sehingga kita tidak dapat menyedari betapa cepatnya masa yang telah berlalu…