Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 27, 2010

Cinta?

tolong ajar saya apa itu cinta kerana saya tidak mengerti maksudnya. tolong ajar saya romantik kerana saya juga tidak pernah memahaminya.

apa yang saya tahu saya ada seorang kawan yang telah menjadi sebahagian darinya dan dia juga menjadi sebahagian dari saya. kami bergilir-gilir demam, sekarang giliran saya demam dan dia menjaga saya.

saya suka solat bila dia menjadi imam..saya suka menghayati bacaannya dan juga mengenal pasti tajwidnya..
saya suka bila kami berusaha keras bersama-sama untuk membina keluarga ..

dan kami juga mempunyai banyak pendapat..perbezaan pendapat..dan itu yang telah menjadikan saya lebih dewasa kerana saya berfikir..saya suka berfikir bersama-samanya..

bila terlihat dia..bayangan saya terlihat pada ayah di kala muda. bersungguh-sungguh membuat sesuatu kerja, selalu mengajar saya menjadi manusia berguna..dan mendidik saya tanpa jemu.. dia suka menonton saluran pendidikan dan saluran sejarah..saling tak tumpah seperti ayah..saya tak pernah rindu untuk melihat AF? dan salurann tv yang pada fikiran kami tidak mendatangkan faedah..saya suka kerana saya sekarang adalah apa yang ayah saya impikan....

kadangkala..kami bertanya sesama sendiri..apa itu cinta? dan kami masih lagi tidak bertemu jawapan..

tapi saya suka memberitahunya..saya cintakan Allah lebih daripada saya cinta kamu. dan saya juga mahu kamu cintakanNya lebih daripada kamu menyintai saya.. dan itulah sebenar-benarnya definisi cinta yang hakiki.. semoga dengan cinta kita berdua pada Ilahi...akan mempertemukan kita semula di alam abadi...Amin..

dan dia pasti akan tarik hidung saya supaya menjadi lebih mancung..ngeh ngeh ngeh..(macam la boleh jadi mancung)

6 comments:

  1. mar, so sweet~ tersentuh sgt..thank you! selamat meraikan cinta~ semoga kita sentiasa dalam cinta Allah & RahmatNya Yang Maha Luas..

    ReplyDelete
  2. terima kasih khawlah..setiap manusia itu dikurniakan pelbagai nikmat yang kita kadangkala alpa.sebenarnya ia amat dekat dengan diri kita..dan apa yang mar nak buat sekarang..setiap masa bersyukur padaNYA atas nikmat yg dikurniakan pada mar..semoga mar akan sentiasa maju setapak kehadapan dalam mencari cinta Allah..Ok Khawlah..jangan lupa senyum k..

    suruh zati nyanyikan lagu "senyum seindah suria..yang membawa makna....." ok.ok..suruh zati sambung and nyanyikan untuk khawlah k ^_^

    ReplyDelete
  3. mar~ sangat tersentuh dengan entry ni hehe tiba2 teringat, rasanya macam tak wish b'day mar 2 bulan lepas huhu haapy belated birthday! moga segala yang tiba adalah yang terbaik buat mar & hubby :) *lari topik*

    ReplyDelete
  4. puan akmar..sangat tersentuh..saya suka post kali ni..really means a lot to me..:D

    ReplyDelete
  5. "Love is when i wake up every morning feeling hopeless knowing that the person i loved is with someone else but at the same time hoping that she still finds happiness even when i know its never gonna be with me..."

    -your old fren-

    ReplyDelete
  6. Bie: huhu.sebenarnya ni lah entry paling singkat pernah mar buat. simple je tapi xsangka pulak ramai yg suka :-). haaaa.bie lupe nak wish eh.nak kene babab ni! huhu.

    Nuha : cik nuha, thank you so much. xsangka pulak entry ni semua suka :-)

    anonymous: old fren, maaf saya tak tahu siapa awak. semoga awak pun akan berjaya mencari cinta dan kebahagiaan abadi, insya allah.

    ReplyDelete