Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 29, 2010

kisah silam menjelma kembali

bulan mei...
bulan yg agak suram dan kelam kabut sikit di ofis dan juga kehidupanku..
mungkin kerja ofis yang menimbun yang membuatkan mar rasa sedikit tertekan setiap hari.
hari ni hari sabtu,khamis lepas semasa semua berlumba-lumba untuk pulang ke rumah..mar masih di ofis sehingga jam 7 malam.mar nekad untuk tidak datang bekerja. oh ya..boss mar minta mar untuk bertahan lagi untuk satu bulan sebelum projek ini dilancarkan pada bulan 7 ini. hrmmm...penatnya badan ni..semua jangan ponteng kerja ya macam mar ni :-)

dalam minggu ini juga mar dapat berita jiran kami dato' Haq baru sahaja kehilangan menantunya akibat nahas jalan raya. arwah baru sahaja melangsungkan perkahwinan 6 bulan yang lepas dengan anak perempuan Dato' Haq.Hrmm..macam mana ya rasanya kehilangan orang tersayang??

mungkin tiada sesiapa pun yang tahu, jiwa mar ni terlalu sensitif dan penyelesaiannya mar akan selalu menunjukkan jiwa mar yang kuat dan tabah untuk menutup kelemahan ini. kalau dikenang kembali episod hidup mar..bermula dengan rakan baik yang masih lagi mar ingat sampai saat ini. Nurul Shahriza..dia adalah kawan baik mar ketika darjah 2 sehingga darjah 4 bila akhirnya mar mendapat khabar berita nurul akan berpindah ke sarawak bersama keluarga. pada ketika itu,mar terlalu pemalu untuk berkawan..dialah segalanya .teman bermain dan belajar. mar tidak bercakap selama sebulan dengan sesiapa walaupun ibu di rumah...

kemudian, kawan baik mar Fatin Nadiah Ali..kami terlalu rapat dan mempunyai hobi yang sama; galaksi dan astronomi. setiap pagi kami akan berlumba-lumba untuk datang awal ke sekolah untuk melihat matahari terbit dan membuat sajak.kami akan duduk di kaki bukit sekolah dan tersenyum puas kerana dapat mengejar matahari. dan kami terpisah juga kerana mar dimasukkan ke sekolah berasrama dan fatin meneruskan pengajian di sekolah lain. mar menangis dalam tidur dan pernah mengarang sajak tentang kami berdua.

kemudian, mar berjumpa semula dengan seorang yang selayaknya digelar teman dan sahabat. mar terlalu suka berkawan dengan sahabt mar ni. namanya Rahimah karim. walaupun ada sindiran nakal kerana mar tidak reti berkawan dengan mereka yang popular, tetapi mar teruskan berkawan dengan Rahimah.beliau mempunyai hati yang paling suci; terlalu istimewa untuk diterjemahkan. sangat jarang mendengar Rahimah berkata tentang orang lain dan beliau selalu sangat membantu saya untuk memahirkan lagi penguasaan Inggeris saya ketika itu. saya suka melihat tulisan Rahimah. beliau menulis dengan menggunakan tangan kiri tetapi masih lagi sangat lawa dan kemas. saya dan keluarganya terlalu rapat terutamnya dengan ibu rahimah yang bernama Auntie Akmar. huhu. kalau mar tidur rumah rahimah, auntie akmar pasti akan bersama-sama kami bergelak ketawa.

apabila kami berdua memasuki universiti di tahun pertama..rahimah berbisik dengan mar ketika minum petang.
 ' kema, kita akan sambung belajar di Australia tau..atas sebab-sebab kesihatan yang tidak dapat mar katakan di sini'.kawan-kawan sangat jarang melihat mar menangis sebab mar malu sangat dengan kelemahan mar ni. tetapi sebenarnya ketika malam rahimah berkata begitu mar menangis sepanjang malam dan demam selama seminggu kerana tidak lalu makan. mar tidak ramai kawan kerana mar susah untuk berkawan.. mar ada cara dan tindakan mar berbeza dengan orang lain. sesiapa yang rapat dengan mar akan tahu sikap mar. jadi..bila mar ada kawan yang boleh memahami mar..mar terlalu menghargai persahabatan..mungkin ketiga-tiga kawan yang pernah mengenali mar ni tidak pernah tahu yang sebenarnya mar terlalu terhutang budi dengan persahabatan yang pernah terjalin.

dan sekarang kawan mar yang paling rapat dengan mar adalah Nur Raihan. mar sangat selesa berkawan dengan Raihan.Perwatakan kami ada persamaan walaupun tidak sepenuhnya.Dialah kawan mar di waktu susah dan senang.Walupun mar tidak pernah mengatakannya..tetapi sebenarnya mar nampak air mata Raihan mengalir di saat akad nikah mar di Johor Bahru.Terima kasih sahabat kerana berada setiap masa di sisiku..

Oh ya..berbalik semula kepada cerita asal kematian menantu Dato' Haq. Saat perkenalan mar dan abang fuad sangat singkat kerana kami masing-masing sibuk dengan urusan universiti dan dia dengan urusan hospitalnya..mar pula tidak reti untuk beremosi cinta dengannya. setiap kali apabila dia berkata " abang fuad sayang mar..mar sayang abang fuad tak".. mar selalu akan jawab 'hahahahaha'..sebenarnya dalam jiwa Allah sahaja yang tahu..kata cinta,kasih sayang dan persahabatan adalah benda yang  paling mahal dalam hidup mar. itulah benda paling berharga yang mar ada. Jadi, mar tak dapat bayangkan apabila mar akan terpisah dengan suami..apa episod seterusnya yang bakal mar lalui., Abang Fuad  sangat baik untuk seorang suami. Tiada harta di dunia yang boleh menggantikannya..dan mar sangat takut sebenarnya sekiranya kami bakal dipisahkan oleh ajal.. sementelah lagi kami masih belum punya cahaya mata yang boleh menggantikan kasih sayang kami sekiranya ajal memanggil.

Anak dato' haq hanya sempat bersama suami selama 6 bulan.. dan mar bersama suami telah menjangkau 1 tahun lebih. mar lebih mengenali Abang Fuad sekarang.. dan kasih sayang telah bertambah banyak.. dan akhirnya mar terfikir sejenak.ajal dan maut tidak mengenal waktu. sekiranya antara kami ada yang akan pergi dulu.. mar ingin sangat dia mengetahui bahawa "abang fuad,, dikaulah segalanya bagiku..orang yang selalu menggembirakan hatiku, membantuku, teman bermain, teman berdebat, teman berlawan taekwondo,teman yang tidak pernah sekali memandang rendah impianku, pendengar setia nyanyian sumbangku,teman yang begitu sabar dengan kerenah nakalku, tidak jemu-jemu membetulkan kesilapanku dan mengajarku tentang kehidupan, dan teman yang selalu mendewasakan pemikiranku". maafkan mar kalau jarang membalas 'mar sayang sangat abang fuad' kerana mar terlalu menyayangi dirimu dan takut akan kehilangan dirimu daripada kehidupanku...

terima kasih atas cinta ini sayang. sekiranya ajal memanggil salah seorang daripada kita. ketahuilah bahawa mar akan sentiasa menyintai dirimu dan baumu akan sentiasa segar dalam ingatanku....

7 comments:

  1. ani: inilah first time mar rasa jiwang teramat.geli pulak bila baca balik karangan mar ni.^_^

    ReplyDelete
  2. your writing touches my heart dear..=) betulla..kita takut kehilangan teman hidup kita..hani pn rs cmtu..tetapi relitinya kita kna bsedia..wktu itu pasti tiba utk setiap di kalangan kita.ajal..janji tuhan..tidak akan terkurang atau terlewat walau sesaat ms itu pasti tiba.malaikat maut dtg menjenguk kita 70x stiap hari kan?gerun bila difikirkan..

    ReplyDelete
  3. sangat terharu dgn post kali ini....thank u for always being there for me too..^_^

    ReplyDelete
  4. raihan: terharunya raihan pun baca blog kita ni.terima kasih atas segalanya sahabat..^_^

    ReplyDelete
  5. anytime my dear..even though i rarely drop a comment, that doesn't mean i didn't read your blog...^_^
    p/s:btw, i cannot wait to buy your 1st bag design!

    ReplyDelete
  6. OMG!! it's me..nurul shariza
    accidentally sampai sini,and so surprise nampak name sendiri dalam entry ni
    heyyyyyy..terharu nye.didn't know i got a special place in ur heart dulu2 :) :) :)

    ReplyDelete