Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 10, 2010

Saatku mengundur diri

Akhirnya bila keputusan dah dibuat, barulah mar boleh hebahkan.

Mar dah hantar surat berhenti kerja..

Perasaan sedih bertambah-tambah bila hari berganti hari dan semakin menghampiri tarikh keramat 30th May 2010 ( tak nak datang kerja masa tu boleh tak?)

Seikhlasnya mar sayang sangat dengan kerja yang mar buat. Di usia yang begitu muda dan mentah lagi, bos MR TAN MIN memberi kepercayaan dan peluang untuk memikul satu amanah yang besar. Mar sangat suka kerja di sini. Kawan kawan seperjuangan; En Nasa, Chan,En Atan, Rashid dan juga Lee banyak sangat memberi tunjuk ajar dan membantu mar untuk sampai ke tahap ini. Walaupun sebelum ni mar ada sebut nombor IP masuk ke dalam mimpi-mimpi mar, tapi sebenarnya itulah kenyataan hidup dalam bidang telekomunikasi.

Mar ingat lagi site pertama yang mar jaga; FR_Kastam. Ini adalah site Rashid pada mulanya sehinggalah sekarang di bawah jagaan En Nasa. Inilah site pertama untuk projek Wimax kami. Tangan pada waktu tu menggeletar untuk ‘design’ IP. Rashid memang terkenal dengan nama Mr Hebat dan Mr Perfect. Untuk menguruskan site FR_Kastam satu tugas berat pada waktu tu…..

Alhamdulillah..semenjak berpindah ke Oriental Plaza dan berada lebih dekat dengan Mr Tan Min dan juga pernah duduk bersama-sama Mr Chan untuk tempoh sebulan adalah satu rahmat bagi diri mar. Mr Chan banyak sangat-sangat mengajar mar. Ilmu tentang bidang telekomunikasi banyak yang dikongsi bersama. Terima kasih Chan!! Mar semakin yakin dan minat untuk teruskan perjuangan dalam bidang ni.

Tapi, tak semua yang indah akan berkekalan. Setelah puas berfikir (hampir 2 bulan berfikir), mar rasa inilah keputusan yang perlu mar buat. Sebabnya tak perlulah dikongsi bersama… mungkin ada yang lebih baik untuk diriku di luar sana, insya allah..itulah harapanku kini.. Sedihnya nak tinggalkan kawan-kawan, tapi yang paling sedih adalah untuk meninggalkan kerja ini, kerja yang telah sebati dan berjaya menjadi sebahagian diriku. Banyak lagi ilmu yang perlu kupelajari ( Ilmu bidang telekomunikasi memang tak akan habis kerana ia cepat berkembang)… tapi, sampai di sini sahajalah perjalananku di YTL ini.

En Nasa, terima kasih kerana setiap hari cuba memujuk mar untuk tarik balik surat berhenti mar. En Nasa selalu cuba memberi harapan yang indah pada mar untuk kekal di sini. Kata En Nasa " Central sangat memerlukan kamu sekarang terutama di waktu genting ini ". Sayu sangat tengok muka En Nasa bila merayu. Oh ya, En Nasa selalu balik lambat dalam jam 10 mlm untuk siapkan kerja-kerjanya. Mar tak dapat bayangkan kalau selepas ini dia perlu menguruskan IP juga. Mar minta maaf sangat En Nasa.... :-(. Tan Min juga pernah kata, Mar boleh berehat selama mana yang mar nak dan sambung balik bekerja selepas cuti, tapi adakah selepas itu.....( tak pelah..tak perlu dikongsi bersama juga).. Mr Tan Min cakap " akmar, u boleh stay lama lagi dan develop your skill, u boleh jadi seperti rashid kalau u duduk lama lagi.."  Mr Tan Min cakap dengan wajah sayu je.. Ya Allah..mar harap sangat semua tak akan marah mar dengan keputusan mar ni... Mar Minta Maaf sangat En Nasa dan mr Tan Min... mar minta maaf sangat........

Semoga mereka yang akan meneruskan menjaga IP selepas ini akan terus cekal untuk menguruskan kerja yang sangat seronok ini. Rasanya apabila YTL berjaya melancarkan projek Wimax mereka pada bulan 7 nanti, pasti air mata akan berlinangan.. (xnak tengok TV bila YTL lancarkan wimax).. ………………………………

Akmar jangan menangis……  :-(

4 comments:

  1. en. nasa memberikan harapan palsu masa lunch td... huh.. dgn confident en. nasa ckp, "sssshh...!! akma akan tarik balik surat hari ni, tp ko jgn bgtau kt org lain..." tp sebaliknye yg berlaku... (~_~)...

    ReplyDelete
  2. siapa ni? : yeke anonymous..hrmm..buat masa ni xada pulak fikir nak tarik balik surat tu :-)

    ReplyDelete
  3. ma ni cam tulis novel , best le

    ReplyDelete
  4. yeke ani..mar main tulis jer.apa yg ma rasa..mar tulis kat sini..bila larat la kan :-)

    ReplyDelete