Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 3, 2010

2-jun-2010

apabila dalam satu hari itu segala benda yang dilakukan tidak menjadi,pasti akan ada insan yang mencebik bibir dan mengeluh. Ia berlaku pada mar pada tarikh ni tapi mar rasa sangat seronok dan terhibur dengan segala benda yang tidak kene dan tidak menjadi ni. Mungkin disebabkan mar terlalu serius dengan kehidupan, keluarga, kerjaya dan segalanya membuatkan Allah ingin memberikan satu hiburan pada mar pada tarikh ni.
Oh ya, pada tarikh ni juga lah mar dapat panggilan telefon yang memberi khabar gembira pada mar. Alhamdulillah.Semuanya 5 kes. jadi mar akan senaraikan satu persatu mengikut kronologi masa .hahahaha

1) mar naik lrt.. tapi mata memang layu dan kuyu sebab mengantuk sangat..sampai di KLCC,mar dapat tempat duduk. Jadi mar dudukla sekejap.masjid jamek pun tak jauh dah. mata semakin layu dan terus tertutup...mar mimpi terbang tinggi sampai satu gunung yg subhanallah sangatlah cantik..hijau dan biru latar belakangnya..ada banyak sangat rama-rama..mar berhenti sekejap dan nak tengok bumi asing tu..(panjang sangat mimpi mar ni..xperlulah cerita nanti semua bosan)^_^.. dipendekkan cerita mimpi mengarut ni,tiba2 dalam mimpi tu mar disapa satu gergasi besar sangat masa mar cuba mencium satu bunga yang cantik sangat berwarna biru laut..mar tak dapat dengar gergasi tu cakap apa , tapi mar tahu gergasi tu goncang-goncang badan mar...mar marah sebab mar tak kenal siapa dia..lama-lama gergasi tu semakin kabur dan yang mar nampak ada satu penjaga lrt marah mar sebab tak bangun-bangun lagi tidur walaupun dah sampai di Kelana Jaya..muka mar malu sangat dan bertukar merah. tak pernah lah berlaku benda macam ni pada mar....malunya...mar telefon boss mar. dia tanya mar kat mana? mar cakap " mr tan min, i di kelana Jaya..tertidur..." boss mar pun hanya mampu gelak sebab dah tak ada kata-kata yang sesuai untuk dicakapkan kot....

2) Bila mar sampai ofis..dalam pukul 11 mar turun bawah untuk jumpa kawan mar.sue..masa berbual tu, tiba2 abang ikhwan bagi mar makan kuih warna hijau yang ada cecair putih dalam tu. mar tak tahu apa nama kuih tu,,tapi yang penting mar suka sangat kuih tu dari kecik lagi. bila mar makan sambil bercakap dengan sue, tiba2 air kuih tu jatuh meleleh sampai kene baju dan dan seluar mar.. takpe,,boleh pergi tandas untuk bersihkan :-)

3) masa mar turun bawah tu, mar dah sambungkan wayar telefon pada telinga mar. jadi sesiapa yang telefon senangla sebab mar boleh terus dengar di telinga. kalau tak ada sesiapa yang telefon mar akan dengar lagu atau radio. sue pun bangun keluar sekejap. mar cuba telefon sue dalam 5-6 kali untuk panggil dia turun makan. sampai ke atas tingkat 15 pun mar masih cuba telefon sue. mar cari En Nasa untuk tolong mar telefon sue. mar tanya Azlan , sue dah tukar nombor telefon ke tak? mar minta tolong azlan untuk telefon sue..tapi tiba2 mar ternampak wayar kuning di baju mar dari belakang badan....rupa-rupanya tak cabut wayar lagipun.wayar tu ada tersangkut di bahu mar dan jatuh di belakang badan Sue cakap dia dengar mar menjerit-jerit tapi sayup-sayup je. mar pulak langsung tak dengar suara sue..
Pengajaran : jangan kelam kabut dan cari dulu wayar telefon

4) Mr tan Min nak ajar mar untuk advance macro.. mar datangla tempat dia bawa semua external hard disk, buku tulis, buku conteng untuk nota,, tiba2 dia tanya 'mana laptop u??' mar cakapla dengan confidentnya.. " MrTan Min, kenapa cakap main-main, mana boleh laptop saya bergerak.kat berat nak bawa pergi sini" mar pun duduk balik untuk belajar dengan dia.. tiba-tiba dia cakap" akmar, laptop is portable, go and get it.or if u think it's too heavy ask azlan to bring it here now'. pastu terdiam kejap. Yelah, mar dah tak guna desktop! mar dah dapat laptop YTL dua bulan lepas...Mr tan Min cakap kuat, ada juga yang terdengar..lantakla korang..bukannya mar sengaja pun terlupa :-)

5)Ini penutup segala cerita. Bila dah sampai tempat parking kereta, mar berjalan lah lambat sikit ke tempat kereta sebab bawa banyak barang balik dari pejabat. sampai je di kereta, mar tekanla punat hijau untuk buka pintu kereta. banyak kali sangat mar tekan, tapi tak berjaya.mar pergi bonet kereta, cuba buka mana lah tahu kalau sebab bonet tutup tak ketat ke..hrmm..ok je. selepas tu mar pergi cuba buka 4 pintu kereta tu, tapi tak berjaya juga, mar pergi ke depan kereta dan belakang kereta untuk cek lampu kereta kalau terlupa nak padam  pagi tadi.. tiba-tiba ada seorang lelaki datang dengan pengawal tempat letak kereta tu dan pandang muka mar dengan sangat serius. mar tersenyum lega sebab akhirnya ada juga orang yang simpati pada mar. Lelaki  tu pandang tepat pada mar. dia cakap " awak nak cuba pecah masuk kereta saya kenapa??" Ya allah...malunya mar!!!!!!!!!!!!! mar minta maaf banyak-banyak sangat dengan dia. Nasib baiklah pengawal tempat parking tu kenal mar. Dia pun cakap dengan lelaki tu kereta mar memang sama sangat dengan kereta dia . yang membezakan hanyalah nombor dua di belakang plat. mar terus masuk kereta , buka radio dan nyanyi kuat-kuat....


What a day!!

No comments:

Post a Comment