Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 28, 2010

akmar dan warna pink

mar janji ini last entry mar dlm bahasa melayu sbb abang fuad dah komen dia lagi suka mar tulis dalam bahasa inggeris.

ok. dulu2 masa mar kecik2, mar ni penjaga kepada adik dan kakak mar sebab rangka badan mar besar. diorang selalu rasa selamat bila berada dekat dengan mar (kita nantikan komen hebat daripada mereka nanti). kalau ada yang nak kacau-kacau diorang, mar akan kejar orang tu guna cangkul. (memang macam mafia). siapa yang pulangkan buku lambat daripada perpustakaan mar (mar ada perpustakaan dulu2.papa buat pondok tinggi . best sgt! mar paksa jiran2 datang dan pinjam buku daripada mar. kalau lambat pulang, mar akan telefon mak ayah dorang, paksa pulangkan buku cepat. pastu siap kene bayar denda lagi) jangan main2 dengan mar. hehehe

jadi, nak pendekkan cerita, disebabkan mar ni agak keras perwatakannya, mama suka sangat potong rambut mar sependek mungkin (sama pendek dah dengan rambut papa :)  ) mar selalu dapat barang2 warna hitam atau coklat atau biru gelap. memang tak delah kan warna pink dalam zaman-zaman sekolah rendah mar. xganaslah kan untuk penjaga adik-beradik. hihi

tapi, bila mar semakin membesar, mar semakin dapat rasakan jiwa lembut tu mula datang dalam hidup mar. perubahan drastik bila mar menjengah usia 16 tahun. semua barang yang mar beli warna pink. mama mula pening kepala. papa cuma menggeleng sahaja. daripada baju, beg, buku, katil dan sekecil-kecil barnag semua mar 'request' kat mama; semua barang mesti pink k mama?  jadi pada masa tu, ani mesti dapat warna purple, shamin dapat warna biru dan mar mestilah warna pink . adik beradik perempuan ni mesti buat macam ni, kalau tak semua tertukar tau!

oh ya, daripada situlah mar dapat jolokan nama 'pinky'. gelinya kalau ingat balik sekarang....jadi bila mar masuk universiti, ani buatkan email mar yang pertama; 'kema_pinky@yahoo.com' dasyat tak? sampai sekarang pun email ni masih wujud dan paling aktif sekali. masha allah!... haritu mar YM dengan papa..papa tanya.. "kenapa email mar ni 'kema_pinky? ' takde nama lain dah ke mar? aduh.. mar dah 25 tahun la sekarang..menyesal betul la dulu2 bagi anak mewujudkan email sedemikian.......;( hahahahah

sampai ke alam universiti pun mar pernah pakai daripada kepala sampaila ke kasut ; semua warna pink. macam manalah agaknya orang tengok mar masa tu kan..mesti menyampah betul.hihihi.

tapi selepas kenal abang fuad, mar selesa dengan kehidupan low profile,,damai,,tenang... mar rasa pink bukan lagi dah jiwa mar. tapi walaupun demikian....bila mar buka balik almari tadi..ada juga few blouses mar masih lagi warna pink. dan yang peliknya abang fuad selalu komen dia suka bila mar pakai baju warna pink. 'nampak sweet' katanya...aishhh.gitu lah pulak...

hehe.tengoklah macam mana nanti. pada mar gaya seseorang itu adalah cermin kepada dirinya sendiri. mar suka orang pandang mar serius dengan kehidupan...jadi mar takut kalau warna pink nanti akan disalah ertikan oleh mana-mana individu..

jadi, kalau ada sesiapa yang terserempak dengan mar mengenakan baju warna pink..anggaplah mar cuma nak bersantai dan rasa sikit cubitan 'sweet' daripada abang fuad.. hahaha

No comments:

Post a Comment