Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 8, 2010

BAKAT

Semua manusia dikurniakan dengan bakat. Bakat menari, bakat menyanyi..bakat bersukan. Mar tak tahu apa bakat mar. Mungkin orang yg rapat dengan mar akan tahu apa bakat mar. Mar sangat teruja dengan segala benda baru dan mar suka mencuba.

Ani sangat pandai mewarna dan melukis. Kebanyakan gambar lukisan ani mama gantung di dinding rumah dan dibingkaikan. Mar masa sekolah rendah selalu berdoa supaya mar dikurniakan bakat melukis dan mewarna macam ani. Ani masuk kelas melukis dan mewarna. Mar pun masuk kelas melukis dan mewarna. Tapi papa kata lukisan mar keras dan kurang jiwa.

Jadi selepas mar kahwin, mar idamkan mama akan gantung satu lukisan mar di dinding rumah sebagai kenangan. Mar habiskan masa sebulan lebih untuk siapkan lukisan tu di bilik. Abang fuad selalu tersenyum melihat mar berkerut-kerut siapkan lukisan tentang keluarga bertemakan bunga-bunga segar. Bila mar bawa balik gambar tu, mama tersenyum. Mar tahu mama suka lukisan mar. Mar buat permintaan pada mama untuk gantungkan lukisan mar di dinding rumah juga seperti ani. Bila mar balik rumah menjelang raya, mar Nampak mama gantung lukisan mar tu. Mar tersenyum puas. Abang fuad tanya mama apa komen orang yg buat bingkai gambar lukisan tu. Mama jawab dengan tenang. “Dia Tanya mama siapa yang lukis. Mama jawab anak mama”. Tukang bingkai gambar tu jawab .. “Cantikla lukisan ni puan. Kecil-kecil lagi dah pandai melukis. Masih di sekolah tadika ke?”.... semenjak dari hari tu mar tahu bakat mar bukan pada melukis dan mar serta merta tinggalkan semua peralatan melukis di dalam stor rumah kami. Takpe.. mar xkecil hati pun.. ^_^

klik pada gambar untuk melihat jelas gambar


klik pada gambar untuk melihat jelas gambar

Adik mar shazmin pun ada bakat. Dia Alhamdulillah semua masakan yang dia masak pasti sedap. Walaupun nampak sekejap sahaja dia masak, tapi mar selalu tambah nasi kalau dia masak. Bila mar di university, mar selalu berdoa pada Allah supaya mar mempunyai bakat memasak seperti shazmin. Tapi mar selalu dengar orang cakap sambal mar hangus, abah kata belacan mar kenapa warna hijau lumut, ikan dalam kuali hangus, ikan bilis goring tak habis masak sebab mar tak tahu bila sepatutnya mar perlu angkat dari kuali. Tapi bila kita dah berkahwin, mar tahu mar tak boleh katakan tidak pada memasak. Perut suami perlu dijaga.

Jadi bila mama Kl and abah pergi bercuti..dan walaupun mar balik lambat dan ada event yang menyakitkan hati di pejabat tadi..mar cekalkan hati untuk cuba memasak. Walaupun mar dah selalu temankan mama kl memasak, tapi mar masih belum yakin. Mar salin segala resipi dan cara-cara memasak dalam “kitab ilmu dapur” mar. Abang fuad penat sangat dan tertidur di katil. Mar turun dan masak dari jam 8:30 mlm. Mar cuba masak masakan Melaka yang abang fuad suka makan. Daging ‘dendeng’. Pernah dengar tak resipi ni? Sedap sangat. Mar masak satu jenis lauk. Mar tengok je segala step-by-step memasak. Tapi ambil masa 1 jam setengah ... Takpe2..abang fuad belum bangun tidur lagi.. Walaupun lambat memasak satu lauk, dan peluh bertitik-titik jatuh ,mar tetap puas sebab mar mencuba juga. Bila mar kejut abng fuad makan, abng fuad kata “ sedap sayang kali ni “. Alhamdulillah.. syukur sangat hati mar hari ni. Walaupun banyak peristiwa sedih di pejabat, tapi akhirnya pujian suami menyejukkan hati mar semula untuk tabahkan hati untuk menghabiskan baki hari bekerja mar di pejabat sebelum bercuti panjang daripada bekerja di tempat kerja mar sekarang. Daging dendeng mar menjadi...suka ^_^

P/s : Mar rasa kan, mungkin bakat mar ni membaca rasanya. Sebab selama mar hidup..mar tengok dalam setahun mar akan pastikan mar akan menghabiskan sekurang-kurangnya 8 novel. Tapi itu dikira bakat ke? Entahla.. mar tak tahu pun apa bakat mar.. mungkin bakat mar buat kerja cepat  dan suka nombor. ^_^ Mama, tolong bagitau apa bakat mar :-)

2 comments:

  1. salam...bakat akmar?
    maybe betol kot..bakat akamr membaca...
    bukan setakat membaca novel tapi membaca berita pun ok gak..
    sebab sebutan u sgt jelas ,terang lagi teratur!

    ReplyDelete
  2. sebutan saya dah tak jelas sangat sekarang sebab saya suka terkejar-kejar untuk perkataan seterusnya. terang? dah tak kot. teratur pun dah tak kot..dah masuk bahasa mat salleh, bahasa jawa, bahasa cina, bahasa melayu...sumenye goreng sekaligus. aiyya..susah la nak faham sekarang...
    kene still fikir lagi apa bakat i yg seterusnya sekarang.....

    ReplyDelete