Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 19, 2010

kini bebas

semalam last day mar kerja.

dah seminggu lebih mar tanya diri sendiri, 'apa ya perasaan yang sepatutnya mar perlu ada di saat akhir bekerja'. Memang mar buntu sangat sampai mar rasa minggu-minggu terakhir mar kerja mar jadi agak pelik sikit.Semuanya bermula bila Tan Min suruh mar handover semua kerja pada changzer. selalunya semua orang akan cari mar, semua akan kejar mar, telefon hari-hari berdering, meeting mar dipanggil, email berderet-deret untuk next tasks....Tapi bila changzer dah ambil semua, mar rasa macam patah kaki.. mar macam halimunan je di ofis..sampaikan mar bawa cerita Gandhi dan tengok sampai habis kat ofis pun tak ada sesiapa yang perasan.

Bila semua kerja dah berpindah kepada changzer, mar selalu je tengok cara dia kerja. perasaan risau tu selalu sangat ada. tapi sekarang dia lah yang jadi boss. minggu terakhir mar kerja mar cuma jadi pembantu dia sahaja. mar kalau boleh nak dia bekerja macam cara mar bekerja. mar nak semuanya complete bila semua orang nak. tapi mungkin changzer ada cara dia tersendiri bila bekerja. dan lelaki juga kadang kala agak 'degil' untuk mengikut kata. heheheh. tapi changzer, jangan kecik hati ye kalau mar membebel panjang-panjang sebelum 'cabut lari'. mungkin changzer ada cara tersendiri bila bekerja, tapi apa yang penting bila kita buat kerja, kita perlu ada dignity. buat sehabis baik dan jangan segan silu bertanya. itu sahaja nasihat mar :-)

ok. dah seminggu mar tak ada mood sebab rasa sedih sangat nak tinggalkan semua dan perasaan bercampur baur .setiap malam mar bagitau perasaan mar pada abang fuad. Mar minta tolong abang fuad tenangkan mar sebab mar rasa macam terlalu sedih nak lepaskan semua kerja-kerja mar ni. Terima kasih abang fuad sebab sabar je layan perasaan mar ni.... macam manalah agaknya situasi di tempat kerja baru nanti kan?.....;-( Bila mar balik dari kerja semalam, mar gosokkan baju abang fuad sebab dia ada operation pagi sabtu tadi. Intan pun pergi kerja. semua sibuk bekerja. Mar pagi-pagi bangun sibuk jemur kain, basuh kain, main sabun lama-lama (oh, mar suuka sangat sabun sebab suka tengok buih dan bau sabun yang wangi). mar rindu sangat perasaan sabtu yang damai dan tidak lAgi risau dengan panggilan telefon pada hari minggu.Tapi jauh di sudut hati, mar rindu bekerja... bekerja di YTL..

Sekarang ni dalam masa beberapa minggu sebelum mula bekerja mar akan aktif berniaga. Juga adalah aktiviti yang mar suka sangat. ^_^ walaupun sedih sebab hari isnin nanti akan ada orang baru yang duduk di meja mar, changzer akan sambung kerja mar, mar nak pandang dari sudut positif. Ini lah masa terbaik untuk buat medical checkup, pergi gym, dan layan DVD dan CD jepun, korea, dan cerita-cerita terbaru yang tak tengok-tengok lagi. dalam masa yang sama mar bolehla baca semua buku-buku kesayangan mar. Auuww! Bestnya!!.. :-)

Mr Patrick " I have told you..Someday I will fly away from YTL" huhu

Semoga tempat baru mar bekerja nanti akan lebih baik daripada YTL. insya allah ..amin.. Kepada mereka yang masih lagi bekerja pada hari Sabtu, selamat maju jaya~!

Tapi, bila hari terakhir mar bekerja semalam... alhamdulillah. mar rasa mar tenang je. mungkin inilah keputusan terbaik yang mar buat .
P/s : Tiba2 mar rasa nak nyanyi lagu 'kini bebas'. Mar dan abang fuad suka nyanyi sama2 lagu ni. Sekarang inilah lagu tema mar selepas bebas daripada cengkaman kerja . heheh

No comments:

Post a Comment