Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 28, 2010

omong kosong

hi...dgn nada sayu..
saya penat dan sugul je harini,

saya akam memulakan kerja ditempat baru, tapi belum punya satu hari pun untuk berehat. sedih kan?
badan saya sakit-sakit sebab terlalu penat. ingatkan bila saya ambil cuti 10 hari sebelum memulakan kerja di tempat baru, saya akan punya masa untuk merehatkan badan, tapi sayang sekali, hanya jadi impian kosong sahaja.

tempat kerja lama saya adalah satu igauan tidur yang tidak bisa dikenang kembali. saya terlalu penat fizikal dan mental di tempat kerja dahulu, jadi saya impikan untuk memulakan hari pertama saya di tempat kerja dengan satu impian dan azam yang baru.

saya suka membuat business, kerana ia memberi saya satu hobi di waktu lapang, tapi saya dapat rasakan ia telah mengambil segala tenaga , waktu dan juga perasaan saya.. mungkinkah manusia dapat cemerlang dalam melakukan dua perkara serentak? saya tidak mahu menjadi manusia yang gagal kerana 'sambil menyelam sambil minum air'. jadi mungkin saya perlu berfikir dan membuat satu keputusan yang besar. saya perlu memikirkan baik dan buruk dari segenap aspek...

tempat kerja baru saya ini adalah satu impian yang telah ditanam semenjak saya memulakan pengajian di peringkat matrikulasi. inilah yang saya mahukan selama ini dan alhamdulillah ia tercapat. saya mahu cemerlang di tempat baru ini juga. sekiranya business menghalang saya untuk mencapainya, mungkin saya perlu menulis noktah dan mengucap perpisahan kepada hobi yang saya sayangi ini...

p/s : atau mungkin saya perlu mencari pembantu? tetapi saya terlalu cerewet dan teliti bila bekerja. adakah sesiapa dapat bertahan dengan saya?? saya masih berfikir......

         apa ya keputusan saya?

2 comments:

  1. HR tempat kerja lama mar tak bagi mar bgtau sesiapa dibah selagi mar tak masuk kerja dulu. takut ada yg busuk hati nanti halang mar masuk :)

    ReplyDelete