Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 24, 2010

tangisan dalam hati

hati sedih tiada yang tahu..
lidah kelu tidak terkata..
hendak menulis terasa berat..

gejolak di jiwa perlu dibuang segera,
kerana kehidupan tidak punya waktu untuk berduka lara
jiwaku yang lembut ini perlu tabah mengharunginya..
gagah menghayun langkah untuk terus mara ke depan..

aduh, andai daku boleh bercerita..
ringanlah bahu ku ini..
tapi simpati bukanlah yang ku cari...

air mata perawat duka,
peneman sejati yang tidak berkata,
aku tersenyum menutup rahsia.

semoga dalam kesedihan ini ,
aku sentiasa dekat dengan pencipta ..
jangan biarkan daku lalai dan alpa..
dengan ujian di dunia..
hidup ini hanyalah sementara,
kehidupan abadi menanti di sana...

Ya allah..
aku redha

No comments:

Post a Comment