Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 16, 2010

air itu tumpah juga

tak nak fikir,
tak nak....

hati mana yg tak mahu,
sgt mengharapkan keajaiban dariNya,
aku tidak perlu dipujuk kerna ayah didik supaya tabah dan cekal,
itu peganganku...

hilai tawa, gelak tangis itu impianku,
hadirlah matahari sinarilah kami,
belum berjumpa tapi rinduku hadir,
menggapai sesuatu yang tidak tercapai,
semoga angan-angan menjadi kenyataan..

situ siti sana sini,
semua kabar indah belaka,
aku tersenyum berkongsi tawa,
giliran ini bilakah pula?

sujud menunduk menilai diri,
pintaku bersihkan jiwa ini..
harapanku hanya satu...
ya allah..maafkan daku..

sumpah aku benci menangis,
kerana menangis melemahkan diri,
tapi bila hati tidak mampu menangkis,
aku berbisik pada ilahi...
air mata melimpah ke bumi...

ibu..
pasti risau dan termenung...
bila anak mejadi lemah...

tapi ibu, aku manusia,
punya hati dan juga perasaan...
mahu jadi seperti ibu...
punya pengalaman indah..
bergelar ibu..

matahari..matahari..
hadirlah dikau..
kami di sini setia menunggu..

1 comment:

  1. Mar, sabar2. Semua itu perancangan daripada-Nya.

    ReplyDelete