Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 2, 2010

kasih ayah tidak bertepi

salam sejahtera semua.
aku mahu menulis .
aku mahu bila aku sudah tua nanti, akan ku baca kembali nukilanku ini.
kerana ia penting...

mindaku ligat berputar..
untuk imbas kembali kenangan aku bersama ayah..
di tasik titiwangsa,ayah mengangkat aku, aku merengek minta diputar..
ayah masih muda persis hero cerita tamil yang kacak..
ayah sangat gagah dan amat menyayangi anak-anak nya..
segala hilai tawa terpamir pada garisan indah giginya..
aku ingat..aku anak yang paling gembira punya ayah yang paling penyayang..
kasih ayah itu begitu terserlah....
aku masih ingat..
                                                               
suatu masa pun berlalu...
angin kencang menghempas di tepian pantai..
ombak laut manyapa kami sekeluarga..
tempias terasa tapi kami redha..
kerana kasihnya kami kepada ayah..
tidak pernah sekelumit perasaan marah hinggap di dada kami..
kerana ia satu pengajaran paling bermakna bagi kami sekeluarga,
pengalaman ayah dikongsi bersama,
untuk lebih mengenal tuhan yang maha Esa,
kami gagah bangun semula,
kami sayang sangat ayah!

seingat aku, kasih ayah sangat istimewa,
ayah tidak pernah mendidik kami dengan wang ringgit, jauh sekali mulut aku meminta pada ayah,
aku kagum sangat dengan segala ilmu di dadanya, ayah paling gemar berkongsi cerita,
kasih ayah lain seperti kasih ibu,
ayah adalah sumber inspirasiku,

aku amat marah, hati aku sangat terluka, air mata aku mengalir,
bila ada yang mengata ayah..
siapa kamu untuk bersuara???
darah merah yang mengalir dalam badan ini, mata yang melihat perbuatan kamu semua, telinga yang mendengar kamu berkata, datangnya daripada sperma ayahku..
dia ayahku..kasihnya ayah tiada bandingan dengan segala kasih di muka bumi ini..
jiwanya yang halus amat menyayangi kami..
segala yang dibuat, tindakan yang diambil, kerana dia amat menyayangi kami..
aku bersyukur punya ayah sepertinya..
ayah ajar maafkan mereka

ayahlah matahari,
menyinari kami,
aku selesa berbincang segala aspek perkara dengannya. segala rahsiaku disimpan kemas oleh ayah. ayah ingat setiap butir bicaraku,gerak hatiku ayah mendahuluiku, dan ayah akan segera memperbetulkan segala kesilapanku..
kata ayah manusia ini hanyalah hamba yg Esa.
sebentar sungguh masa diberiNya.
perkara yang paling aku suka dengan ayah ialah; ayah sangat jujur memberi pandangan, dan ayah amat amat amatlah penyabar orangnya dengan caranya tersendiri..

ingatanku berputar kembali,
ayah selalu menyikat rambutku pada usia remaja,
ayah juga memotong rambutku menggunakan periuk; hasilnya rambut persis seperti periuk di waktu itu =)
ayah selalu membantuku membalut buku; aku akan memuji-muji ayah untuk mengelak membalut buku..bukan apa, hasil tangan ayahku 100 kali ganda lebih kemas daripada hasil tanganku,
ayah selalu berlatih badminton dengan kami,dan ayah pasti tidak akan memberi peluang untuk kami menang ( aku faham sekarang apa sebabnya ayah begitu : ayah mahu kami lompat lebih tinggi daripada keupayaan kami )
ayah tidak jemu mengajar aku memasak,
ayah selalu tersenyum mendengar keletah anak-anaknya yang becok,
ayah selalu membuat perhimpunan keluarga untuk usrah seisi keluarga ( aku rindu waktu itu )
ayah orang pertama yang dapat menghidu waktu perkenalanku dengan suamiku.
ayah sembunyikan air matanya di hari pernikahanku..=(
ayah selalu tersenyum bila kami adik beradik lengkap di rumah,
dan yang paling aku sedih..aku baru sahaja faham mengapa ayah tidak hadir di hari konvokesyenku...ayah mahu memberi laluan kepada suamiku dan ibuku untuk duduk di dalam dewan menyaksikan hari bersejarahku...ayah memberikan 1000 alasan untuk tidak hadir ketika itu.kini baru aku mengerti.. ayah manusia halus tindakannya..terima kasih papa..

aku begini pada harini, berdirinya aku dengan pemikiranku begini adalah kerana ayahku..
Doa ku hanyalah satu, untuk menjadi insan yang lebih baik daripada hari ini, menjadi anak yang lebih solehah, kerana itulah impian ayahku..

P/s : aku amat takut untuk menulis tentang ayah tidak lain dan tidak bukan kerana ayahku amat berhati-hati bila mengeluarkan butir bicaranya....dan aku amat berharap dan berdoa agar aku dapat menjadi insan yang amat berhati-hati bila berkata.
 tetapi ayah, ketahuilah bahawa keluarga kita ini tidah akan menjadi seindah pelangi petang tanpa kehadiranmu yang mewarnai hidup kami. terima kasih tidak terhingga atas panggilan telefon tadi dan menyedarkan kekhilafanku dan keterlanjuranku dalam berkata.Air mata ini,bercicir jatuh tapi kerana ayah mahu aku tabah dan muhasabah, aku telan kembali sendu di jiwa . Aku mahu untuk berkata ini..."papa, i love you so much". You are the greatest father in this world.


2 comments:

  1. Bersyukurlah kerana masih dikurniai seorang ayah. Sayangilah ayah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dibah..kena selalu ingat pesanan ayah sampai bila2

    ReplyDelete