Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

kereta, jalan raya, dan sesat...

Mar suka bawa kereta sorang-sorang dan explore jalan baru.

Bila mar sorang-sorang dalam kereta mar rasa damai sangat. Itulah satu-satunya masa bila kita berada di dalam kereta, menuju ke suatu destinasi, risiko untuk kemalangan, jenayah, dan juga risiko untuk sesat yang sentiasa ada terutamanya melibatkan jalan baru yang kita masih belum arif lagi.

Pada pendapat mar, inilah masa untuk mar setiap masa bertawakal dan berdoa kepada Allah untuk memberi perjalanan yang mudah dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Di dalam kereta juga adalah masa yang terbaik bagi mar untuk berfikir, mengemaskini jadual harian mar, melihat  tingkah laku manusia jalanan, dan juga menngagumi kebesaran Tuhan yang Maha Kuasa.

Mar paling suka tengok awan sebab kalau dilihat dari sudut artistik, pasti pembaca semua akan dapat melihat pelbagai lukisan indah yang hanya dapat dilihat oleh mereka yang berfikir...

Mar sekarang bawa kereta ke pejabat. Sebenarnya mar suka naik LRT, sebab  mar boleh bergerak lambat sikit dari rumah, mar boleh membaca dalam LRT, mar boleh bersenam semasa berdiri, mar boleh tengok ragam manusia dan membuat mar lebih bersyukur.... tapi satu perkara yang mar perasan, mar tidak ada masa untuk diri mar sendiri sebelum sampai ke pejabat.

Cuba bayangkan, kita akan berada selama 8 jam di pejabat, dan tidak semua akan mampu produktif dan ceria sepanjang 8 jam di pejabat. Jadi, mar rasa dengan adanya masa untuk mar dengar berita terkini sebelum sampai ke pejabat, mar seiring dunia dengan berita mutakhir. Mar pun boleh dengar lagu kegemaran mar dan beri kata-kata semangat pada diri sambil melihat awan indah di pagi hari. Damai....

Huhu, ada satu lagi benda yang Abg Fuad belum tahu..Mar taknak dia risau: sshhhhsshh...Mar suka sangat explore jalan baru walaupun mar tak tahu jalan-jalan di KL. Mar tak kisah kalau mar sesat. mar selalu rasa excited bila Mar sesat. Sebab bila Mar sesat, mar akan tahu Mar perlu push diri Mar untuk jumpa balik jalan pulang. Pada pendapat mar, pengalaman dan kegagalan adalah pengajaran terbaik untuk setiap insan. Bila kita sesat, kita akan berusaha sehabis baik untuk jumpa jalan pulang, dan secara automatikya peta jalan raya akan disimpan rapi dalam minda dan kita boleh mengagak pelan topografi bila-bila masa diperlukan nanti.  Mar rasa mar tahulah kenapa..dulu-dulu, bila kanak-kanak yang lain sibuk bermain barbie.. mar di rumah akan main LEGO. Dari kecil mar teramat suka main LEGO. Lagi susah bentuk yang mar perlu buat, lagi suka mar nak siapkan bangunan, kereta atau robot.

P/S : Semalam mar sesat lagi semata-mata nak cuba jalan baru..Shhhhsshhh..abang fuad tak tahu =)

siapa lah ni ya =)


Tuesday, September 28, 2010

Akmar makan banyak

sedang mar kunyah xhabis-habis dari pagi tadi, mar tanya diri mar "apesal la mar ni makan banyak sangat? Tak kenyang-kenyang ke?" .Mar memang pelik sebab dari mingu lepas mar makan banyak.

Tiba-tiba baru mar teringat, mar dari kecil kalau tension atau cuba sedaya upaya nak lupakan sesuatu atau alihkan perhatian mar pada perkara lain,... mar akan cari benda untuk makan. mar tahu habit ni x sihat..tapi untuk minggu lepas dan minggu ni hati mar berdebar-debar. badan rasa sejuk je. sebab tu kot mar makan banyak!

Mar redha sahaja dengan apa keputusan. Ketentuan itu semua kerja Allah, kita hanya mampu merancang dan berusaha. Mar harap walau apa sekalipun keputusan, mar akan terus tabah dan kuat. Yang penting, bila dah tahu keputusan, mar boleh tarik nafas lega dan BERHENTI MAKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK.

ok kerja ada banyak menimbun sangat ni. Mar dah mula rasa bersemangat sangat sebab mar dah banyak kerja. Korang pun tahu kan, mar ni suka bangat kerja!!

weehuuu..GTG.!

Wednesday, September 22, 2010

tarikh tu

doakan mar ya semua.
doa kan mar...
semoga doa mar,suami, ibu, ayah dan seluruh keluarga termakbul..
amin...


P/s : rasa emosi sangat. tapi mar tak boleh stress =(

jatuh cinta pada baju kurung

selamat hari raya kawan2!
Harap-harap  mar tak terlambat untuk wish semua. cuti yang panjang baru-baru ni  mar terlalu sibuk dengan aktiviti yang terlalu padat. Daripada hari Khamis sebelum raya sampailah hari Isnin 20/September/2010 . Belum ada satu hari lagipun mar sempat berehat =)

Oh, mar ni sebenarnya xberapa suka sangat pakai baju kurung, rasa rimas, susah nak gerak. Tapi tiba-tiba masa raya baru-baru ni, mar jatuh cinta la pulak dengan baju kurung! Rasanya pergi mana-mana pun mar macam nak pakai baju kurung. Mar macam nak tambahkan koleksi baju kurung cotton. Dulu-dulu baju kurung cotton ni pada mar macam sesuai untuk kanak-kanak comel je...tp bila mar sendiri yang pakai..mar rasa seronok sangat! baju kurung cottton ni mar rasa sejuk sgt bila pakai. =) Susah nak gerak tu lain cerita lah!

ni masa kat Melaka dengan Intan (Baju beli siap)


masa adik ipar mar kawin hari Ahad lepas (Baju ni sahaja yang tempah)

Masa hari raya pertama. Sbb abang fuad nak juga warna sama ,kami cari baju kurung ni satu Malaysia. hihi (Baju beli siap)


masa malam hari raya pertama. terkejar-kejar nak jumpa mama and papa untum salam & bermaafan
(Baju beli siap..opppss mar yang jual baju ni )


Ni masa nikah. (Baju beli siap je..)


Masa adik ipar nikah kat Kelantan. (baju beli siap) Dengan adik nurul aka anak angkat mar. hahaha.

Abg Fuad rasanya mesti pening kepala sbb mar dah ckp dgn dia mar nak buat koleksi baju kurung. nak jadi mcm Ana Rafali. hehehe.. lepas ni mar kena belajar main gitar la pulak kan sayang ;-) . 

Pada pendapat mar, walaupun agak susah la sikit nak gerak dgn baju kurung ni, tapi mar dapat rasakan keayuan perempuan melayu sikit bila pakai baju kurung ni berbanding dengan baju-baju yang lain..patutlah mama dulu-dulu selalu nampak ayu bila pakai baju kurung. mama nampak cantik je setiap masa dengan koleksi baju kurung dia yang penuh 2 almari tu.Terima kasihla sape-sape yang cipta baju kurung ni ya. Memang sesuai sangat untuk dibawa ke mana-mana dan juga untuk ibu mengandung.

Minggu ni mar nak terjah mana-mana kedai yang jual baju kurung cotton! Tak kisahla baju kurung moden ke, baju kurung pahang ke..mar dah suka sangat sebab kain sejuk dan selesa =I).. beli siap sudah sebab kat KL ni mar xjumpa lagi price upah menjahit yang cool macam kat JB. Kalau kat JB, upah menjahit RM50 tu dah kira mahal sangat dah tu.  Average RM30-RM40. Kalau kat KL ni , so far yang mar jumpa harga around RM90 untuk yang paling basic je! Ke mar kene belajar menjahit and buka kedai menjahit pastu????

Oh Baju Kurung...aku sudah jatuh cinta!


P/s : Mar suka baju kurung yang simple je.yang menggambarkan jiwa mar..

Tuesday, September 21, 2010

Death...

Death is inevitable, irreversible, universal, and always unpredictable. Accepting this, you would think everyone would be equipped with first hand knowledge on how to deal with a death that invades your family circle. If you were to think that, then you would think wrong!

When we were in school, have our teacher taught us on grief? When death occurred among our schoolmates, did anyone talk about it to you?? No. Death is like a sacred topic. Basically what they taught was more likely on professional basis to let us equipped with the best knowledge to make us valuable on market for professional career. That is why while we are way too busy handling our routine or extraordinary life, we don’t know how to handle death when it occurs. When death took away our loved ones and family members, we are not prepared and the entire environment will be gloomy, depressing and everything would be in a slow motion.

People like to connect the dots to make everything rational. That is why we like to ask what, why, who, when, how on almost every scenario that is happening around us. As we were shocked to read and hear the news of the murder of a great businesswoman; The Late Pn Sosilawati, we were excited and thrilled to read newspaper or google it and be the one who knows the utmost hot stories on this topic and later chit-chatting and talk about it together with family and friends. That is natural since we are human, and human being like to make everything logical. When we see a photo, we will interpret of what we saw. We want to satisfy ourselves and make sense of what we believed on what the photo is about.

But, when death occurred among family members, closed friends or loved ones, we will again try to connect the dots of how does it happened, what caused his/her death, who are/is the one next to him/her during her/his final breathe. We want to figure everything out into every aspect and single details. When the reality knocked our door and death stole our closed ones, there are really no dots to be connected. We have to accept that we cannot be God, and everything has been written before the day we were born to this world, and soon it will be our day to face death. It’s a destiny that has been fated and promised by God, we will never know why, how, what, who, when it will happen.. and hence we have to be fully prepared to be well equipped with the preparation to face the other side of life that awaits us.. tick tock tick tock.. the clock is ticking, and we are minutes away from death.. Are you certain that you will be granted another minutes of life in this world???


P/s: My late grandfather has passed away on the 20th/ September/2010. He is my husband’s grandfather but I always treated him like my own grandfather. When I visited his graveyard yesterday, there was a question mark, full of unknown feeling, sadness, to know the fact that I just saw this face last week and now he is back to the Creator.

I cried silently and said to myself, “How if death occurred in my family, or touched my father or my mother? How prepared am I to face it one day? “To be unable to kiss their gentle faces, to kiss their smooth hands, to hug their once tough bodies, to see their faces, to hear their sweet laughter and encouragement….and what left for me are only the memories…

Can I have a box of memories to keep all the sweet and sad moments of them in the box? I don’t want to forget anything… sob sob sob

Monday, September 6, 2010

hati

saya harap hati saya lutsinar agar semua dapat membaca apa yang terkandung di dalamnya.


saya xreti berbohong, maka kadang2 mereka kata saya ‘naive’. tapi apa yang kita dapat bila berbohong? dunia ini seperti roda, bila kita berbohong, satu hari akan ada yang berkata bohong dgn kita. Saya tak sanggup...apa yang kamu nampak daripada saya, inilah saya seadanya. saya tidak akan mencuba menjadi sesuatu yang bukan diri saya...percayalah..inilah saya...apabila saya menangis..percayalah itu air mata saya yang diperah dari hati yang bengkak..

saya masih muda dan saya masih ingin belajar...didiklah saya dengan lemah lembut kerana saya suka dididik..saya tidak berbohong..jika kamu mahukan saya menjadi matang seperti kamu..tunjukkan lah saya jalan dan contoh terbaik.. saya akan mengikuti dari belakang..

saya diam..tapi saya pendendam..janganlah sakitkan hati saya kerana saya pasti akan membalasnya..maafkan saya jika terkasar pada kamu..bukan niat untuk membalas..tapi hati saya terluka parah..maafkan saya

saya senyum tapi saya menangis...ini sahaja yang saya reti berbohong. maaf jika kamu percaya kamu sudah merawat saya..

saya punya hati...setiap kata-kata kamu saya dapat memahami...dan saya punya kotak memori untuk menyimpan kata-kata kamu..bila saya terkenang kembali kata-kata kamu, air di belakang mata saya akan dipaksa untuk berjurai turun ..

saya harap saya tidak perlu bermain dengan ekspresi muka..tapi apa yang berlaku sekarang, saya tak mampu menanggung sendiri.. saya perlu teman untuk memahami dan memberi semangat supaya saya boleh kembali bernafas.. saya perlu kamu... saya harap kamu mengerti isi hati ku..

saya harap hati saya lutsinar agar kamu dapat membaca apa yang terkandung di dalam hati saya..