Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

jatuh cinta pada baju kurung

selamat hari raya kawan2!
Harap-harap  mar tak terlambat untuk wish semua. cuti yang panjang baru-baru ni  mar terlalu sibuk dengan aktiviti yang terlalu padat. Daripada hari Khamis sebelum raya sampailah hari Isnin 20/September/2010 . Belum ada satu hari lagipun mar sempat berehat =)

Oh, mar ni sebenarnya xberapa suka sangat pakai baju kurung, rasa rimas, susah nak gerak. Tapi tiba-tiba masa raya baru-baru ni, mar jatuh cinta la pulak dengan baju kurung! Rasanya pergi mana-mana pun mar macam nak pakai baju kurung. Mar macam nak tambahkan koleksi baju kurung cotton. Dulu-dulu baju kurung cotton ni pada mar macam sesuai untuk kanak-kanak comel je...tp bila mar sendiri yang pakai..mar rasa seronok sangat! baju kurung cottton ni mar rasa sejuk sgt bila pakai. =) Susah nak gerak tu lain cerita lah!

ni masa kat Melaka dengan Intan (Baju beli siap)


masa adik ipar mar kawin hari Ahad lepas (Baju ni sahaja yang tempah)

Masa hari raya pertama. Sbb abang fuad nak juga warna sama ,kami cari baju kurung ni satu Malaysia. hihi (Baju beli siap)


masa malam hari raya pertama. terkejar-kejar nak jumpa mama and papa untum salam & bermaafan
(Baju beli siap..opppss mar yang jual baju ni )


Ni masa nikah. (Baju beli siap je..)


Masa adik ipar nikah kat Kelantan. (baju beli siap) Dengan adik nurul aka anak angkat mar. hahaha.

Abg Fuad rasanya mesti pening kepala sbb mar dah ckp dgn dia mar nak buat koleksi baju kurung. nak jadi mcm Ana Rafali. hehehe.. lepas ni mar kena belajar main gitar la pulak kan sayang ;-) . 

Pada pendapat mar, walaupun agak susah la sikit nak gerak dgn baju kurung ni, tapi mar dapat rasakan keayuan perempuan melayu sikit bila pakai baju kurung ni berbanding dengan baju-baju yang lain..patutlah mama dulu-dulu selalu nampak ayu bila pakai baju kurung. mama nampak cantik je setiap masa dengan koleksi baju kurung dia yang penuh 2 almari tu.Terima kasihla sape-sape yang cipta baju kurung ni ya. Memang sesuai sangat untuk dibawa ke mana-mana dan juga untuk ibu mengandung.

Minggu ni mar nak terjah mana-mana kedai yang jual baju kurung cotton! Tak kisahla baju kurung moden ke, baju kurung pahang ke..mar dah suka sangat sebab kain sejuk dan selesa =I).. beli siap sudah sebab kat KL ni mar xjumpa lagi price upah menjahit yang cool macam kat JB. Kalau kat JB, upah menjahit RM50 tu dah kira mahal sangat dah tu.  Average RM30-RM40. Kalau kat KL ni , so far yang mar jumpa harga around RM90 untuk yang paling basic je! Ke mar kene belajar menjahit and buka kedai menjahit pastu????

Oh Baju Kurung...aku sudah jatuh cinta!


P/s : Mar suka baju kurung yang simple je.yang menggambarkan jiwa mar..

2 comments:

  1. rm90? mar anta bj kt butik eh?butik kt sg buloh upahnye rm50 je,tp sab slalu anta kt home-tailor je..so far ok la,upah stil rm35.. :)

    ReplyDelete
  2. btw, ini sabrina yang mana ya. maaf. mar ada dua kawan nama sabrina.
    1) sabrina kawan masa skolah menengah
    2) sabrina kawan masa kat UIA.
    pilih yang mana satu anda =)

    yes sab. mar kat setiawangsa ni pening kepala nak tempah baju. sebenarnya semenjak mar kawin sampailah saat mar menulis ni, mar tak pernah hantar untuk jahit baju kat KL. semua mar hantar kat JB. kakak kat JB masih ambil ukuran size badan mar sebelum kahwin. padahal size badan amatlah berbeza ya..=) so solution mar beli siap je terus. habis cerita.

    rm90 tu bukan kat butik pun sab. kat kedai tailor kat area taman melawati. kat setiawangsa ni so far xjumpa satu pun kedai tailor..

    memang sebak je jiwa raga ni duduk KL xdapat cari tailor... .. =(

    ReplyDelete