Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

kereta, jalan raya, dan sesat...

Mar suka bawa kereta sorang-sorang dan explore jalan baru.

Bila mar sorang-sorang dalam kereta mar rasa damai sangat. Itulah satu-satunya masa bila kita berada di dalam kereta, menuju ke suatu destinasi, risiko untuk kemalangan, jenayah, dan juga risiko untuk sesat yang sentiasa ada terutamanya melibatkan jalan baru yang kita masih belum arif lagi.

Pada pendapat mar, inilah masa untuk mar setiap masa bertawakal dan berdoa kepada Allah untuk memberi perjalanan yang mudah dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Di dalam kereta juga adalah masa yang terbaik bagi mar untuk berfikir, mengemaskini jadual harian mar, melihat  tingkah laku manusia jalanan, dan juga menngagumi kebesaran Tuhan yang Maha Kuasa.

Mar paling suka tengok awan sebab kalau dilihat dari sudut artistik, pasti pembaca semua akan dapat melihat pelbagai lukisan indah yang hanya dapat dilihat oleh mereka yang berfikir...

Mar sekarang bawa kereta ke pejabat. Sebenarnya mar suka naik LRT, sebab  mar boleh bergerak lambat sikit dari rumah, mar boleh membaca dalam LRT, mar boleh bersenam semasa berdiri, mar boleh tengok ragam manusia dan membuat mar lebih bersyukur.... tapi satu perkara yang mar perasan, mar tidak ada masa untuk diri mar sendiri sebelum sampai ke pejabat.

Cuba bayangkan, kita akan berada selama 8 jam di pejabat, dan tidak semua akan mampu produktif dan ceria sepanjang 8 jam di pejabat. Jadi, mar rasa dengan adanya masa untuk mar dengar berita terkini sebelum sampai ke pejabat, mar seiring dunia dengan berita mutakhir. Mar pun boleh dengar lagu kegemaran mar dan beri kata-kata semangat pada diri sambil melihat awan indah di pagi hari. Damai....

Huhu, ada satu lagi benda yang Abg Fuad belum tahu..Mar taknak dia risau: sshhhhsshh...Mar suka sangat explore jalan baru walaupun mar tak tahu jalan-jalan di KL. Mar tak kisah kalau mar sesat. mar selalu rasa excited bila Mar sesat. Sebab bila Mar sesat, mar akan tahu Mar perlu push diri Mar untuk jumpa balik jalan pulang. Pada pendapat mar, pengalaman dan kegagalan adalah pengajaran terbaik untuk setiap insan. Bila kita sesat, kita akan berusaha sehabis baik untuk jumpa jalan pulang, dan secara automatikya peta jalan raya akan disimpan rapi dalam minda dan kita boleh mengagak pelan topografi bila-bila masa diperlukan nanti.  Mar rasa mar tahulah kenapa..dulu-dulu, bila kanak-kanak yang lain sibuk bermain barbie.. mar di rumah akan main LEGO. Dari kecil mar teramat suka main LEGO. Lagi susah bentuk yang mar perlu buat, lagi suka mar nak siapkan bangunan, kereta atau robot.

P/S : Semalam mar sesat lagi semata-mata nak cuba jalan baru..Shhhhsshhh..abang fuad tak tahu =)

siapa lah ni ya =)


No comments:

Post a Comment