Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 6, 2010

Proses penuaan itu sesuatu yang pasti

Bekerja di tempat baru ni memberi mar peluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis manusia daripada pelbagai peringkat usia dan juga pangkat yang berbeza. Alhamdulillah mar dikurniakan peluang macam ni. Mar suka kan cabaran yang baru untuk mar lalui setiap hari. Mar suka sangat jumpa orang sebab setiap manusia memberi mar 1000 pengajaran tentang kehidupan.

Ok lah, berbalik semula kepada apa yang mar nak sampaikan di sini. Apabila mar jumpa orang-orang baru, mar selalu terfikir, " mesti banyak kan pengalaman hidup dia..muka dia nampak berusia".....haaaaaa..inilah yang mar selalu sangat fikir setiap kali mar jumpa orang baru.  Macam mana mata kita boleh bezakan sama ada orang itu berusia/matang atau tidak? Mar sampai sekarang pening kepala..

Mar selalu tenung orang lama-lama sangat terutamanya kawan-kawan yang dah lama mar tak jumpa. .Mar nampak kawan-kawan mar muka sudah matang selari dengan usia sebab muka mereka nampak berbeza daripada kali terakhir yang mar lihat. Bila mar tengok lama-lama, mar masih belum nampak sebarang kedutan di muka, mereka sepatutnya masih sama sampai sekarang.Tapi apa ya yang membuatkan mereka kelihatan berbeza dan lebih matang? Maaf ya kalau semua bosan dengan tajuk dan tulisan mar kali ni. Mar hanya lah perempuan yang berusia 25 tahun. Pada pendapat mar, mar sekarang di peringkat di mana sel-sel tubuh badan mencapai tahap klimaks sebelum melalui proses penuaan yang bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. mar perlu berdepan dengan perubahan ini dengan hati yang tenang dan bersykur dengan setiaap perubahan yang Allah berikan untuk kita sentiasa beringat pada hari kematian. Satu hari nanti Mar juga pasti akan tua, muka berkedut-kedut dan berjalan terbongkok-bongkok. Tapi bila ya ia akan bermula, ataupun ia sudah pun bermula??

Dulu-dulu bila remaja, mar selalu juga belek majalah Hollywood. Mar tengok sebilangan artis veteran membuat pembedahan plastik untuk mengembalikan seri wajah dan keremajaan...kononnya...  Tapi, manusia tidak sehebat dan tidak mungkin menyaingi Pencipta untuk mengembalikan usia wajah. Mereka kelihatan lebih hodoh daripada wanita-wanita yang tua 'gracefully' . Senario ini amat menyedihkan kerana ia seperti sudah menjadi trend di kalangan masyarakat dunia. Walaupun mereka membuat seribu perubahan di muka, tetapi kita masih akan dapat melihat garis-garis dan riak wajah tua di muka mereka... Tapi macam mana ya kita semua dapat tahu?? Mungkin melalui tangan dan garis-garis kedut di leher.

Ok, persoalannya di sini, untuk mereka yang berumur sekitar 20-30 tahun, kami masih belum mempunyai garis-garis kedut, tetapi mengapa kami sudah kelihatan matang berbanding 2 tahun sebelum ini? Di manakah bezanya? Mungkin di bawah mata, garisan di tepi mulut, pipi yang jatuh, hidung yang jatuh ? Ada tak sesiapa di sini yang mempunyai ilmu memberi penjelasan di sini? Mar suka sangat untuk kupas lagi isu ni kerana ia adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan difahami.

Mengapa ya mar tiba-tiba tertarik untuk membincangkan isu ini? Semalam abang fuad buka album mar  ketika mar berusia 19 tahun. Mar masih di matrikulasi UIA, PJ. abang fuad belum pernah tengok album tu. Dia amat terkejut dan tersenyum. Abang fuad kata mar nampak muda dan ceria. mar tanya balik mar sekarang nampak tua ke? Abang fuad jawab mar nampak matang dari dulu. Mar minta Abang Fuad berikan  penjelasan lebih lanjut, daripada sudut mana abang fuad boleh nampak perbezaan? Mar jadi lebih teruja untuk tahu!Tapi, Abang Fuad tiada jawapan untuk soalan mar... =( 

Daripada kecil lagi mar suka untuk menantikan saat mar menempuhi alam penuaan, untuk mengalami sendiri kebesaran Allah. Pada pendapat mar, orang dewasa sangat perlu dihormati kerana mereka telah melalui pelbagai peristiwa yang mematangkan mereka. Mar terlepas peluang untuk melihat ayah dan ibu mar melalui proses penuaan, mar terlepas peluang untuk berada setiap minit bersama mereka untuk melalui proses itu. Tapi apa yang pasti, setiap kali mar balik untuk menziarahi mereka, muka mereka pasti akan kelihatan lebih tua daripada sebelum itu. Hati mar sayu sangat...Muka yang satu waktu dahulu kelihatan sangat tegang, badan yang kelihatan sangat tegap, kini semuanya sudah beransur berubah.

Mar harap dengan proses penuaan ini akan mejadikan kita semua semakin matang dan sentiasa mengingati kematian yang semakin menghampiri kita.

No comments:

Post a Comment