Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 21, 2010

abang fuad...

kalau lah boleh mar ceritakan tentang abang fuad di sini, mar akan gunakan masa berbulan-bulan untuk describe abang fuad.

selama ni mar sibuk mencari topik untuk menulis; mar tengok awan cari ilham..konon-konon akan dapat idea dan topik yang paling menarik.. rupa-rupanya topik yang paling menarik ada dekat sangat dengan mar... tapi sayangnya bukan semua mar boleh ceritakan di sini. hubungan kami terlalu istimewa dan mar rasa tidak manis untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca..

mar sangatlah lain daripada lain dan hanya keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja yang faham dan boleh tahan dengan mar. mar sangat pentingkan ' my own space dan my quality of time'... abang fuad faham mar sepenuhnya.. hari ni mar rasa terharu sangat-sangat kerana beberapa sebab. semasa mula-mula perkahwinan, kami masih lagi dalam proses mengenal hati budi dan sessi adaptasi dalam perhubungan.. mar kadang-kadang terfikir yang mungkin abang fuad masih lagi menggali dan cuba memahami mar walaupun perkahwinan kami mencecah 2 tahun...

hari ni, abang fuad buat sesuatu yang mengalirkan air mata mar.. ( oh, mar susah nak menangis ) . bukan kerana abang fuad sakitkan hati mar, tapi tindakan dia untuk menenangkan mar .. dari jauh mar curi-curi  pandang abang fuad dan ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.. Allah itu maha adil bagi setiap hambanya... dan Dia ketemukan mar dengan seseorang yang betul-betul memahami mar.....

Tidak ada kata-kata terbaik yang dapat digambarkan untuk menerangkan hati mar sekarang.. tetapi mar bersyukur sesungguhnya kerana diberikan pinjaman di dunia seorang teman hidup seperti abang fuad..

dialah jantung hati saya......
'semakin hari semakin saya jatuh cinta pada awak' ....

No comments:

Post a Comment