Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 1, 2010

ayah, ibu, suami, ayah mertua,ibu mertua ( sedih sikitla) tidak membantah

Alhamdulillah...

Lega sikit.. (banyak kot) kepala ni selepas luahkan pada semua impian hidupku.

Aku semenjak kecil semua keputusan kebanyakannya ditentukan oleh ibu bapaku..

Aku pernah mahu menjadi pembaca berita jam 8 malam di TV3, ayah mengamuk di rumah.. Mestilah mengamuk kan, hidup glamour penuh pancaroba.. (tapi papa, mar bukan nak glamour, mar suka membaca dan menyampaikan)... Ok, xpelah sebab aku faham kini memang mencabar jadi orang yang dikenali ramai walaupun niat itu baik. Terima kasih papa..

Kemudian, aku mahu jadi peguam..Serius..Ramai sangat yang sokong termasuk sedara mara, rakan taulan dan sudah semestinya ayah dan ibuku. Kakak saudaraku " kak Ros" sempat bawa aku ke mahkamah pada hari dia sah menjadi peguam di mahkamah. Aku mengalir air mata kerana aku membayangkan ibu dan ayah akan menyaksikan aku pada waktu hadapan menjadi peguam membela undang-undang negara.. Ceh..drama betul..
Apabila keputusan SPM keluar, aku berkobar -kobar mengisi semua form untuk melanjutkan pelajaran dalam undang-undang. Keputusan Sejarahku memberansangkan kerana aku betul-betul minat subjek Sejarah. Ketika sekolah aku paling suka membuat pembentangan Sejarah di hadapan kelas kerana aku mahu mereka gembira mengetahui bahawa Sejarah itu amat menyeronokkan kerana kita menggali masa lampau. Keputusan kemasukan ke Universiti sudah keluar. Aku berjaya memasuki UIA dan ditawarkan kursus Kejuruteraan. ..... ??? !!! hehehe.. Ye, satu waktu dulu aku pening-pening lalat dan tergamam kerana aku tidak pernah terfikir mahu menjadi Engineer.. Never in my life! Alhamdulillah.. kini aku masih bertahan dan bekerja dalam bidang kejuruteraan . Yang penting dapat keberkatan ibu dan ayah. Cukup !

Tapi, bila dikenang kembali...kita imbas lagi 20 tahun yang lepas... aku amat meminati subjek Matematik. Terlalu suka hinggakan aku sanggup menangis di kaki mama kalau satu hari mama tak bagi aku latihan Matematik. Mathematic fan club ! Aku merengek minta papa belikan aku jam digital pada usia 4 tahun kerana aku suka sangat pada nombor. Nombor selalu mebuat aku teruja. Aku suka nombor genap. Lebih tepat nombor 0 di belakang.Nombor genap 0 dibelakang selalu mebuat aku puas kerana padaku nombor itu cukup sifat kerana dijaga oleh pengawal sasa di hujung jalan oleh abang SIFAR.

 Apabila aku set jam untuk bangun awal pagi, aku suka set pada jam 5:59 pagi kerana aku mahu pastikan aku bangun sebelum nombor kosong menjelma --> iaitu 6 :00 pagi .  Minat aku yang sangat fanatik pada nombor membuatkan hidupku sangat dekat dengan jam. Akmar dan jam seperti tidak boleh dipisahkan.Seingat aku, sehinggalah hari pernikahan aku, aku mandi, tidur, berenang, bersukan, memasak dengan jam. Aku perlukan jam dekat padaku. Padaku, emas dan berlian boleh dicari ganti tetapi waktu tidak dapat diputar kembali. Benda yang paling berharga perlu sentiasa dekat denganku. Sehinggalah aku berkahwin dengan abang fuad, abang fuad minta jasa baikku untuk tukar jam digitalku kepada jam ala-ala cinderella --> jam ada jarum. Tapi yang paling best, Abang Fuad belikanku jam berjarum yang tiada nombor!! Huhu, aku membiasakan diri agak lama untuk teka-teki jam berapa sekarang?? Sebab tu, untuk mejaga hati abang Fuad, aku perlu sentiasa dekat dengan Handphone ku kerana di situ ada angka digital.. :-)

Disebabkan aku penggemar nombor, apabila aku naik darjah satu aku minta mama untuk membelikan aku popcorn daripada makcik cantin sekolah mama. Aku mahu jual di sekolah. Mama was-was tapi mama tewas dengan pujukanku. Aku akan mengheret satu beg plastik hitam besar berisi popcorn kedalam van bas sekolahku dan kebanyakan kawan-kawan sekolahku tidak mahu duduk sebelahku. Aku akan datang awal ke sekolah dan berjalan dari satu kelas ke satu kelas dengan menawarkan senyuman kelatku kepada kawan-kawan ku dan juga kakak dan abang senior di sekolah. Alhamdulillah, taktikku berjaya ! Sekiranya masih berbaki dalam 10 ke bawah popcorn ku, aku akan mengheret plastik beg hitam berisi popcorn ke bilik guru. Aku akan menawarkan muka bersemangatku dan teruja dengan mengatakan popcorn ku adalah popcorn paling sedap di dunia. Cikgu-cikgu membeli helahku dan akhirnya popcornku semua pasti akan habis terjual.

Aku bukan sahaja menjual popcorn, aku akan menjual alat tulis di sekolah. Pelajar-pelajar akan mencariku sekiranya mereka kehabisan pemadam, ataupun mencari kelainan untuk koleksi alat tulis yang menawan hati. Aku sangat puas sekiranya duit daripada hasil jualanku ini menjadi duit poketku ketika sekolah. Ibu dan ayah mampu memberiku duit, tetapi aku suka begini... bekerja keras mencari rezeki..

Apabila kini aku sudah bekerjaya..kadang-kala aku bertanya pada diri tentang kepuasan bekerja.. Aku amat takut pada mulanya untuk mengutarakan pendapatku kepada suami, ibu dan ayahku.. Aku punya cita-cita... Mungkin berbeza daripada apa yang aku lakukan kini.. Ia mencabar dan pasti akan memberikan cabaran kepadaku... tetapi apalah hidup tanpa cabaran kan? Aku mahu harunginya dan mengharapkan keberkatan daripada orang sekelilingku. Orang pertama yang aku bagitahu ialah suamiku. Dia mengizinkanku dan menaruh kepercayaan padaku. Alhamdulillah....  orang kedua yang aku bagitahu ialah ibuku.., mama tak setuju pada mulanya dan dia hampir meletakkan ganggang telefon. Aku terkedu dan aku tersedu-sedu. Aku masih ingin meyakinkannya yang aku perlukan kepuasan dalam membuat apa yang aku kerjakan. Tanpa kepuasaan dan keterujaan tidak mungkin kita akan betul-betul berjaya dalam apa yang kita lakukan. Kemudian, aku call papa. Panjang lebar aku bercakap untuk ringankan beban di otakku. Aku hampir tidak memberikan papa ruang untuk bercakap kerana padaku papa lah harapanku untuk membuatkan mama sokong pendapatku. Papa memberikan aku kata-kata bijak bestari sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ayah. Isi yang paling penting disampaikan oleh papa ialah " Solat Istikharah" dan papa akan bersama-sama denganku dengan jawapan yang diberikan Allah. Lega hatiku.....

Kemudian aku message abah ketika abah di pejabat. Aku tanya pendapat abah dan abah kata apa yang aku mahu lakukan ini banyak cabaran tetapi abah masih menyokongku. Alhamdulillah. terima kasih abah. Dan tadi, lutut kakiku menggeletar untuk bagitahu mama KL tentang cita-cita dan pendapatku. Jawab mama, 'apa-apa sekalipun kita hanya boleh buat satu benda dalam satu perkara. Barulah kejayaan itu senang diperolehi. Keputusan perlu dibuat dan ada yang perlu dilepaskan".. Huh.. alhamdulillah... mama KL pun setuju walaupun agak terkilan.. Takpe-takpe, yang penting, keredhaan telah dicapai. Oh, tadi mama JB called. mama JB kata dia pun dah redha dengan apa jua cita-cita dan impianku. Mungkin papa telah berjaya memujuk mama kan ??? Huhu, Thank you papa. I love you so much !!!

Sekarang, aku hanya perlu bertenang dan menantikan signal daripada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang... Insya allah. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment