Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

Hitam Putih Masa Depan

"Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan


Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa


Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban


Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan


Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan"

Mar suka sangat lirik lagu ni .
Bila mar terlalu down dan hampir punah harapan, mar cuba kenangkan kembali apa yang Allah telah beri dalam kehidupan mar. Alhamdulillah, buat masa ni Allah telah mempermudahkan banyak urusan mar..cuma ada beberapa sahaja yang masih belum dimakbulkan. Mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang tidak dapat Mar fahami .

Alam ini terbentang luas bersama penghuni-penghuninya. Warna-warni kehidupan ada yang kadangkala menceriakan hidup kita dan ada juga yang singgah dengan kesedihan sementara.

Mar suka cakap sementara kerana manusia selalunya mengambil reaksi sesuatu perkara dengan menggunakan nafsu untuk mentafsirkannya, tetapi setelah beberapa ketika akal fikiran yang waras akan dapat memberi alasan yang kukuh sebab perkara tersebut menimpa kita dan juga hati yang kembali tenang dapat bernafas dengan lega. Keceriaan kembali menjelma. Kerana itu kesedihan adalah sementara. Kebenarannya, hidup ini umpama roda..

Hajat dan impian mar masih belum terlaksana. Jalan luas masih belum terbentang. Tapi, dari satu aspek, perkara yang jarang difikirkan mar dan suami dimakbulkan Allah dahulu. Mar tertanya-tanya kenapa? Ketahuilah kehidupan ini penuh rahsia dan tanda tanya. Dan Mar di sini mahu sentiasa bersangka baik dan positif terhadap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mar. Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Mar sesekali tidak akan putus harapan dan akan sentiasa berdoa semoga doa dan impian mar akan dimakbulkan Allah. Mar selalu ingatkan diri Mar bahawa jika apa yang Mar doakan itu adalah perkara baik dan membawa manfaat kepada diri Mar,keluarga dan juga insan sejagat, insya allah tidak akan lari ke mana impian mar selagi nyawa masih dikandung badan.

Mar nak kerja sendiri......

P/s : dah lama nya Mar tak menulis.. Baru perasan.

No comments:

Post a Comment