Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 30, 2010

kemaafan

setiap hari kita tidak lepas berjumpa dengan makhluk bergelar manusia.
sebab tu mar yang bekerja di site selalu cakap pada suami " mar lagi suka "dea"l dengan equipment daripada "deal" dengan manusia "

hati mar selalu terluka kerana makhluk manusia.
mungkin mereka kurang  deria sensitif.
mar tak salahkan mereka kerana kekurangan diri mereka.
tapi mar selalu risau kalau mar kalah dalam tekanan perasaan dan juga ujian dengan manusia.

apabila usia semakin menginjak dewasa, dan pengalaman bertemu dengan pelbagai manusia, mar belajar banyak perkara tentang manusia.
Manusia makhluk terpilih kerana manusia unik.
dan mar selalu ingatkan diri mar bahawa mereka datang dalam hidup mar sebagai penyeri dan mematangkan pemikiran mar.
tanpa pengalaman sebenar, sudah semestinya kita tidak akan sepenuhnya faham tentang karektor manusia.

dulu-dulu mar selalu memikirkan sangat tentang perangai manusia , (macam mana nak tolong dia, macam mana nak bagitau dia supaya berhenti sakitkan mar, nasihatkan dia supaya dia sedar ...) memang bagus sebenarnya kalau mar sempurna dan kuat untuk jadi insan berjiwa kental macam ni.
tapi... biarlah mar melalui peringkat pertama dahulu..
alasan ? kepala mar pernah sakit sangat dan hati tak tenteram bila terlalu fikirkan sangat masa dulu.

cara mar gunakan sekarang untuk berdepan dengan manusia begini?

1. Mula -mula mar doa banyak banyak supaya Allah jaga percakapan mar,tenangkan jiwa mar, dan mar fokus sepenuhnya untuk mengutarakan pendapat dan menjaga tingkah laku.  Tiada gunanya jika kita pun bersikap seperti mereka.

2. Kemudian, mar akan cakap perlahan-lahan dengan diri mar " tak pelah, maafkan sahaja mereka. Kehidupan ini terlalu indah untuk menghabiskan masa dengan perasaan amarah . Mungkin satu hari nanti mar akan bersahabat dengan dia, ataupun mar memerlukan pertolongan dia " .

3. Bila mar dah tenang sepenuhnya.. mar akan memberi senyuman pada mereka. Syarat utama : Senyuman perlu ikhlas kerana senyuman ikhlas tidak pernah menipu. Insha allah, bila kita sudah melepaskan semua tekanan, hati kita akan kembali tenang.

4. Berdoa semoga satu hari nanti, dia akan sedar tindakannya itu, tuhan memaafkan mereka dan hubungan kita insha allah akan kembali mesra seperti dulu.

Kenapa perlunya kemaafan ?

Tahu tak kenapa pentingnya kemaafan? Mar pernah diberitahu oleh seseorang dahulu ketika mar selalu sakit-sakit perut dan pening -pening kepala. Dia tanya mar, " Mar ada tak berdendam dengan orang dan masih belum lagi memaafkan kesalahan dia?"

Mar terkedu sebab ada beberapa nama dalam fikiran mar ketika itu. Dia nasihatkan mar, kalau mar nak sihat dan umur panjang, maafkan kesalahan mereka. Dia juga kata, insha allah sakit perut, dan juga pening-pening kepala mar akan hilang.

Mar cuba kemudian walaupun pada mulanya agak susah. Sampai nangis-nangis pada Allah supaya paksa diri mar maafkan mereka.... ALhamdulillah.... sampai sekarang mar jarang sangat sakit perut dan pening-pening.

Lama-lama, bila ada kejadian menimpa mar, mar praktikkan semula cara-cara di atas.
Sebab, mar rasa mereka tiada tempat di hati mar untuk memikirkan tindakan mereka.
Bagaimana sekalipun, mar perlu bekerja mencari rezeki, menjadi isteri, menjadi rakan, menjadi sahabat, menjadi anak kepada mereka yang menyayangi mar.

Hidup kini...mar berdoa bahagia selamanya  =)

kasut mar pakai ni dah koyak rabak. =(

No comments:

Post a Comment