Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 27, 2011

diri ku dan dirimu

perubahan ini diterima dengan redha,
berita dibawa pengubat duka,
aku pasrah dan bersyukur pada Nya,
mungkin inilah harga yang perlu dibayar,

perjalanan ini bukanlah mudah,
bagi diri yang masih mentah,
aku perlu hadapinya dengan tabah,
penat dan lelah aku perlu redah.

wahai kamu ketahuilah sesuatu,
duduklah kamu dengan selesa di situ,
Diri ini menyayangi dirimu,
Segala yang berlaku adalah cabaran buatku..

Perjuangan kita baru sahaja bermula,
Menempuh alam baru bersama-sama,
Bertasbih lah kita memuji yang Esa,
Kuatkan  semangat dan azam di dada..

Aku kagum dengan dirimu,
Engkau bertarung untuk menzahirkan jasad,
Mana mungkin aku mengeluh keranamu,
Engkau datang sebagai satu nikmat..

Wahai dirimu,
Aku sayang kamu

Nukilan Hati : Mar si pembawa X

2 comments:

  1. mar pregnant ke? tahniah.. =D

    ReplyDelete
  2. Thank you.
    Doakan semoga kami berdoa sihat sejahtera selalu insya allah =)

    ReplyDelete