Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 6, 2011

Hrmmm..


"sambil menyelam sambil minum air."

Itulah mar rasa apa yang ada dalam kepala sepanjang hidup ni.

Kalau mar pandang tepat mata orang bila bercakap, dalam kepala ni masih lagi fikirkan benda lain. Rasanya macam ada penunjuk arah dalam kepala ni yang suruh mar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berfikir untuk perkara yang perlu dilakukan selepas itu.

Kepala ni terlalu aktif berfikir, mar rasa dia akan hanya berhenti berfikir bila mar tengok movie yang best ataupun tidur. Oh, mar terlalu menghargai tidur sebab sepanjang bergelar isteri, waktu tidur mar terlalu terhad. Jadi, mar tak pernah ada masalah untuk tidur. Alhamdulillah. Kalau bagi mar bantal dalam masa 5 minit atau kurang mar dah boleh tidur lena. Mar tak tipu ! ( Abang fuad selalu ingat mar tipu mar boleh tidur lena < than 5 minutes ).

Baru baru ni mar nak hantar barang customer selepas waktu kerja. Mar berkejar-kejar untuk post barang di Pos Malaysia Carrefour  Wangsa Maju. Sebelum tu dah solat di Exchange. Nak keluar dari exchange untuk masuk MRR2 ambil masa dalam 25 minit. (standard masa sebab memamng jam jalan ni ). Bila masuk MRR2 akan ambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke wangsa maju dari Sg. Buloh yang sungguh jauh ni. 

Dalam kereta pun mar selalu tersengguk sebab mengantuk sangat. Dah puas buat macam –macam tapi masih lagi mengantuk sebab terlalu letih. Buka lah radio kuat macam mana sekalipun, mar masih tetap mengantuk. Pernah satu kali tu sambil bawa kereta sambil mar menyanyi melalak, lori kat sebelah hon mungkin sebab hodoh gila rasanya perempuan menyanyi dalam kereta. Dah la pakai tudung, ada hati nak jadi rock ! =)
Tapi, bila difikir balik mar boleh sampai tahap  tersengguk dalam kereta ni sebab bila mar balik rumah mar akan terus juga bekerja . Ambil order customer dan bungkus barang customer untuk dihantar keesokan harinya. Jadi, kalau mar dah terlalu mengantuk mar akan telefon mama. Kadang –kadang menangis sebab terlalu penat dan mengantuk. Ada masa tu bila cakap dengan mama pun mata hampir terpejam. Mama di talian apa lagi, “Menjerit: Bangun!!! “

Ok sambung cerita di atas masa mar nak hantar bang customer di Pejabat Pos Carrefour wangsa maju. No giliran mar 1134. No pada waktu tu 1118. Mar kira-kira ada lagi 16 nombor untuk giliran mar dipanggil. Apa lagi, mar dah tak hirau langsung orang keliling. Mar tunduk dan tidur dengan lena di kerusi yang mar rebutkan dengan Pakcik Cina di situ. Alhamdulillah, bila mar bangun je, no pada waktu tu 1132. Haaaa, dalam masa 30 minit tu, badan mar dah kembali segar dan mar tersenyum puas. 

Bila nombor mar dipanggil je, Mar jalan macho ke kaunter dan tersenyum sebab mar tak membazir masa. Bila balik rumah nanti mar boleh terus sambung buat kerja dan tidur bila semua kerja selesai.

Bila masa ya mar akan membaca buku pulak? Hari-hari mar wajib sentuh buku dan baca buku. Masa untuk duduk malas-malas di atas sofa sambil minum air hot chocolate macam zaman muda mudi dulu dah tak ada sekarang… Tapi mar tetap akan curi masa untuk baca novel mar.

Hihi, insya allah akan bersambung nanti ..

1 comment:

  1. bila baca balik entry ni baru faham kenapa mar selalu penat dan letih dan mengantuk dan boleh tertidur masa bawa kereta. bawa baby rupanya

    ReplyDelete