Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 11, 2011

Muka interpretasi diri.

Muka interpretasi diri.
Nampak tipikal tapi rasional.

Kalau tidak bagaimana ada pepatah mengatakan “dari mata turun ke hati” apabila melihat wajah seseorang. Pernah tak kalau bila kita berjalan di luar, kita nampak seseorang yang tidak lah kacak atau cantik sangat, tapi ada keikhlasan yang dipamirkan pada wajah individu tersebut; nah dengan segera hati terpanggil untuk menoleh semula. “aah, manisnya wajah si dia”

Atau mungkin apabila kita putar kembali ke alam sekolah . Sebagai contoh, cikgu disiplin pasti mempunyai raut wajah yang tegas dan sedikit bengis ; berpaksikan pada alasan untuk memberi rangsangan gerun dan agar murid  tunduk patuh pada peraturan sekolah.

Sebenarnya terdapat pelbagai contoh lagi untuk menggambarkan wajah yang berkadar langsung dengan imej diri,rahsia tersembunyi dan jalan kehidupan. Saya suka melihat wajah manusia apabila berkesempatan. Maksud saya di sini bukan gambar di “mukabuku” dimana kita tersenyum terus memandang kamera dan mempamirkan barisan gigi yang cantik gemilang. Tiada apa yang dapat kita pelajari daripadanya walaupun saya juga meletakkan gambar tersenyum di “mukabuku”. Itu fitrah manusia untuk meminta dunia melihat kebahagian kita kerana di dalam dunia relaiti terlalu banyak liku dan ranjau berduri. Dunia siber adalah alam fantasi yang direka manusia untuk mengetengahkan kehidupan “manis” di dunia.

Secara jujur, untuk gambar saya lebih suka melihat gambar “candid” yang memaparkan manusia, dan kejujuran pada kehidupan. Gambar sebegini punya makna tersendiri, tapi apakan daya saya tidak berbakat untuk mengambil gambar =(.

Berbalik semula kepada isi awal di atas. Semakin besar dan berusia saya kini, orang-orang di sekeliling saya juga semakin membesar dan berubah wajah seiring usia. Muka mereka menceritakan segalanya tentang kehidupan mereka. Ada yang puas dengan kehidupan yang dijalani selama ini, ada yang mukanya cuba bertahan untuk menyorok sedih di hati, ada juga muka yang menyesal dengan pilihan kerjayanya tetapi tiak cukup kuat untuk keluar daripada ruang selesa kehidupan dan banyak lagi..

Saya pernah terbaca di satu artikel berkenan wajah dan diri. Sekiranya dalam jangka waktu yang pendek kita mengalami masalah dan menyebabkan perubahan pada muka seperti murung, sembap kerana mata bengkak dan sebagainya, kita masih mempunyai potensi untuk berubah kepada wajah yang asal sekiranya masalah dapat dilesaikan awal. Berita sedihnya pula jika masalah yang dialami terbawa-bawa dalam karektor diri dan disimpan terlalu lama sehingga mengakibatkan kemurungan jangka masa panjang, kita akan kekal membawa muka “sedih” ini bersama garis-garis yang ditinggalkan pada muka. Anda rasa pembedahan plastik sebagai penyelesaian? Istighfar dan berfikir panjang dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadikan plastik sebagai pembalut muka anda. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Saya baru sahaja melihat gambar-gambar ketika saya kecil lagi sehingga kini ketika saya pulang ke kampung halaman. Gambar-gambar ini membantu saya untuk lebih memahami diri .Saya nampak beberapa perubahan dan saya hanya mahu jadikannya pendapat peribadi yang tidak perlu dikongsi bersama.

Kesimpulannya di sini kita perlu mengamalkan kehidupan yang sihat. Kehidupan yang sihat bukan hanya bermakna kita perlu hanya bersenam, tetapi pemikiran yang positif , sentiasa menggalakkan diri untuk maju ke depan dan juga mempunyai hubungan yang baik sesama makhluk di muka bumi perlu bergerak seiring untuk memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul .

Marilah kita impikan dan berusaha supaya apabila kita menginjak usia emas nanti, golongan belia yang melihat wajah kita akan dapat belajar sesuatu dan mendapat manfaat daripada kehidupan kita yang lepas.Insya Allah..

P/s : dapat ilham ketika mandi

Wajah masam bak cuka,
Wajah manis seperti madu,
Apa guna berduka nestapa,
Ukirkan senyuman menawan kalbu.

No comments:

Post a Comment