Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 18, 2011

daripada wanita untuk wanita - 18- Januari-2011

cerita nak buat website ni sebenarnya dah berkurun lama dari dulu.
Cuma masa dan orang yang sesuai untuk membantu sahaja belum mengizinkan untuk meneruskan niat murni ni.

Sebelum ni Hols pernah ada blogspot tetapi mar tak berapa suka dengan konsep blogspot. Memakan masa yang agak lama untuk update gambar dan update status.

Dalam hati kuatkan je semangat untuk teruskan promosi barang barang HOLS di facebook sahaja walaupun sebenarnya buka facebook pun mar dah agak malas sekarang.

Niat di hati membuak-buak untuk teruskan juga impian untuk mempunyai satu website rasmi bagi mewakili barang-barang House of Lady Sephia. Haida di sisi selalu memberi perangsang untuk teruskan mencari dan mencuba . Adik, terima kasih tidak terhingga ya =)

Persoalannya: Siapa yang perlu dicari untuk merealisasikan impian mar ni?

Setelah melalui beberapa insiden dan peristiwa yang mematangkan lagi mar, akhirnya seorang wanita menawarkan kerjasama untuk membantu mar.

Mar memang jenis yang banyak tanya dan akan terus bertanya sampailah mar faham sebab akhirnya nanti mar juga yang perlu uruskan website tu nanti. Mar rasa mar perlukan wanita juga supaya komunikasi berjalan lebih lancar. Mar perlukan orang yang dapat menjawab segala pertanyaan mar dan bersabar sangat dengan mar. Mar sibuk waktu kerja. Hanya pada waktu malam sahaja mar dapat fokus buat segala macam perkara.

Segala perjalanan urusan sudah bermula semenjak bulan October tetapi hanya pada awal December kerja mula dijalankan. Impian asal  di hati ingin melancarkan pada tarikh 1- 1- 201, tapi apakan daya ; masa mar yang tidak menentu menyebabkan tarikh ditangguhkan kepada tarikh yang tidak diketahui. Mar hanya bertawakal sahaja dan memohon supaya diberikan waktu untuk mar uruskan segala perancangan dengan lancar.

Sebenarnya tiada apa yang istimewanya tarikh 18- Januari-2011 , cuma hati mar tergerak untuk lancarkan juga website ni sebab untuk menunggu bulan Februari, rasanya terlalu lama diperuk nanti. Oleh itu, pada tarikh ini, 18- Januari-2011, mar telah melancarkan website rasmi terbaru kami .

Jutaan terima kasih kepada Kak Arin yang tidak jemu-jemu melayan soalan mar dan juga memberikan servis 5 bintang kepada HOLS. Walaupun sarat mengandung, tetapi wanita cekal dan tabah ini teruskan usaha juga untuk membantu mar.

Inilah hasilnya website HOLS kepada semua pelanggan setia.

~Disediakan sepenuhnya oleh wanita untuk wanita..~

Terimalah daripada mar : http://www.houseofladysephia.com

3 comments:

  1. congrat kak mar!
    haida dh sebar kn link ni kt kwn2 haida..i support u kakak besar!
    luv u!
    ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih budak kecik pembakar semangat =)
    sampai bila bila pun akan terhutang budi dgn awak.
    TQ !

    ReplyDelete
  3. Kema,your website looks so professional... congrats!sorry dah lama baru nak komen...

    ReplyDelete