Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 17, 2011

persefahaman dan toleransi amalan mulia


Buat anak,
Ibu sakit dengan pembawaan ini,
Tapi itulah dia yang dinamakan rahmat..
Untuk mendapat sesuatu bukannya tanpa bayaran,
Malah, tiada apa yang 'free' di dunia ini...

Mar baru sahaja dimasukkan di hospital beberapa hari lalu,
Abang Fuad segera bawa sebab (sebab -sebab yang hanya difahami doktor)..
Semoga kandungan dan ibu akan sentiasa cekal dan tabah untuk meneruskan perjuangan yang akan datang ..

Mar sudah lama terfikir untuk beritahu keadaan mar ni pada boss mar, tapi.... mar terlalu takut untuk beritahu sebelum ni. Mar tak nak orang anggap mar perempuan dan mar tak mampu buat kerja macam lelaki lain. Mar pernah terfikir untuk berhenti kerja sebab produktiviti mar menurun dan orang akan pandang remeh pada diri mar. Tapi asasnya mar masih sayangkan syarikat tempat mar kerja sekarang.

Dulu-dulu mar betul -betul suka tengok perut mana-mana ibu yang mengandung. Mar rasa bahagia tengok pemandangan bonggol besar di perut. Perut mar juga semakin membesar beserta dengan rutin harian yang kadang-kadang menitiskan air mata sebab tak tertahan peritnya. Adakah semua ibu di luar mengalami simptom macam mar? Jika ini kafarah dosa-dosa mar yang lalu, mar perlu redha dan berazam untuk lebihkan semangat juang untuk melawan alahan ini.

Mar baru sahaja e-mail boss mar. Mar perlu juga beritahu walaupun mar malu sangat untuk mengaku. Mar cakap mar tak nak kesihatan mar ni membebankan rakan-rakan kerja lain dan juga mengganggu perjalanan proses 'Migration' di SGB. Naik lif SGB yang goyang-goyang pun boleh termuntah apatah lagi untuk buat kerja lain. Bila mar tekan " klik" ---> mar pejam mata. Ya Allah, aku pasrah dan redha sahaja dengan ketentuan mu . ALhamdulillah.. E. N beri mar respon positif dan amat memahami keadaan mar sekarang. Tugas mar akan digantikan dengan E.A. E. A akan ambil alih tugas dan mar sekarang akan membantu sepanjang perjalanan dan proses jumpering work.

Mar tergamam dan terkedu. Jika mar di tempat kerja lama, mungkin tidak akan ada yang memahami mar dan cuba memahami. Tapi, di sini boss dengan segera memberi kebenaran dan bersikap toleransi dengan keadaan mar sekarang. Mar berjanji pada diri mar, mar akan lebih bersikap baik dengan sesama manusia kerana hidup ini umpama roda " wheel of fortune". Sekali kita menganiaya orang , mungkin giliran seterusnya kita yang dianiaya.

Ya allah.. terima kasih tak terhingga atas keindahan hari ini yang dipinjamkan sementara kepada ku...

2 comments:

  1. cayok2 kakmar!xsbr haida nk jdk auntie da..hehek!

    ReplyDelete
  2. panjang lagi perjalanan kami haida. doakan semoga dua dua sihat dan selamat ya.

    ReplyDelete