Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 15, 2011

hati mengusik jiwa


Di Astro sekarang kalau korang tengok di saluran HBO, kadang-kadang sepanjang Mac ni boleh tengok cerita “Everyone’s Fine” . Cerita ni mengisahkan sebuah keluarga yang baru kematian ibu. Anak kepada pasangan ini 4 orang jumlahnya. Mereka semua rapat dengan ibu sebab ibu selalu mendengar dan kurang bercakap. Ayah pula tegas ketika mereka kecil dan selalu memberi nasihat, dorongan dan menyuruh anak mereka menjadi yang terbaik di dalam masyarakat.

Alkisahnya bila kematian si ibu, ayah terasa hidup sunyi  tanpa panggilan telefon anak-anak. Anak-anak semua dah membesar . Ayah teringin datang melawat anak-anak di bandar dan mengetahui perkembangan setiap anaknya. Dipendekkan cerita, bila si ayah jumpa setiap satu anaknya , anak-anak semua menipu tentang kehidupan masing-masing dengan cuba menghidupkan kehidupan yang diingini ayahnya ketika mereka kecil.  Si ayah dalam diam rasa tertipu kerana apabila melihat sendiri keadaan anak setiap satu, dia ditunjukkan dengan keadaan yang disebalik kisah sebenar. Mereka disatukan kembali apabila ayah mendapat serangan jantung di dalam kapal terbang dan ayah meminta mereka supaya tidak lagi menipu mereka. Si ayah meminta agar selepas ini tiada lagi rahsia antara ayah dan anak-anaknya.

Ikatan keluarga mereka kembali kukuh apabila semua sedia untuk berterus terang dan kerap menghubungi satu sama lain kemudian.

Cerita ni sedikit sebanyak ada kaitannya dengan kehidupan mar. Mama memang lebih banyak mendengar dan tidak kisah sama ada apa yang anak- anak nak sampaikan kisah suka atau duka. Tapi papa lebih suka mendengar kisah yang happy sebab rasanya itu fitrah ayah. Ibu lebih tabah menghadapi kisah duka anak-anak dan mendalami perasaan anak –anak yang dalam kesusahan. Bukannya kami tak rapat dengan papa, tapi sisi tegas  papa ketika kami keclk kadang-kadang masih diingati kami maka kadang-kadang bila mama tak dapat dihubungi, mar akan akan telefon papa dan kata “ Papa, mama mana ?. Mar call tak dapat lah “ Papa pula akan hulurkan telefon kepada mama. Begitulah selalunya..

Mar boleh telefon papa dan bercakap serta berbual dengan papa tapi tak adalah sampai nak telefon 4 atau 5 kali sehari hanya untuk bagitahu “ Papa, mar muntah 12 kali harini. Tolong doakan mar “ . Kalau dengan mama .. mama tak kisah..Itulah kuasa ibu yang Allah pinjamkan kepada semua ibu di dunia ini. Ayah menyanyangi anak-anak mereka, tetapi sebagai ketua keluarga, adalah tanggung jawab ayah untuk mengepalai keluarga dan membentuk keluarganya seperti apa yang diamanahkan Allah. Jadi papa sememangnya lebih tegas daripada mama.

Papa selalu nak semua anak-anaknya tabah dan kuat menjalani kehidupan ini. Papa tak suka kami mengeluh. Tapi adakalanya mar perlukan kawan untuk mendengar keadaan mar sekarang dan selalu memberi peransang kepada mar supaya tidak lemah dan tumbang dalam cabaran yang dihadapi setiap hari. Mama lah orangnya =)

Jadi semalam masa papa telefon mar untuk bercerita tentang Maher Zain menyanyi dalam versi melayu, mar sedang makan bersama rakan pejabat. Ketika itu mar terlentok di meja makan di menara TM sebab menahan muntah dan pening kepala. Mar tak dapat nak kongsi kegembiraan papa dengan cerita papa. Mar hanya bertahan dan cakap dengan papa “ Papa, mar tengah makan “ dan terus mematikan mood papa untuk bercerita. Apa yang betul adalah  “ Papa, di pejabat harini mar muntah 8 kali. Mar bawa kereta pening kepala. Bila jalan jem, mar muntah dalam kereta. Harini mar kepenatan muntah. “  Semoga doa ayah buat anak-anaknya akan buatkan mar lebih tabah dalam menghadapi cabaran ini. Amin..

Papa “ I’m fine “ =)

1 comment:

  1. Nabihah Lokman a.k.a BieMarch 21, 2011 at 4:37 PM

    agreed dengan pendapat mar :)

    di rumah pun kami adik-beradik lebih selesa bercerita lemah-gemalai dengan ummi... kalau dengan abah, nanti dapat free lecture ;)

    tapi at times, kesian jugak dekat abah, bila tiba masa dia nak bersahaja, semua macam kaku tak tahu nak react macam mana :p

    syafakillah mar! moga makin bertambah sihat menghadapi 2nd trimester :)

    ReplyDelete