Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 20, 2011

Ayah Vs Ibu & Anak


1.       Masa lunch break tadi mar call mama tanya mama ingat tak bila anniversary mama dengan papa? Mama cakap mestilah ingat.. Dalam bulan April . Mama kata papa masa muda muda dulu selalu bagi mama bunga.Sebelum tu mar tengok dalam profile facebook papa, papa tulis dalam bulan Januari. Dalam keluarga mar, memang kami tak sambut hari lahir atau anniversary selepas semua dah besar –besar. Tapi agak kelakar sebab papa dengan yakinnya mengaku dalam bulan Januari. Mama lagi ingat tarikh kawin … :-) Papa..papa

2.       Mar hantar sms dengan papa bagitau papa hantarla bunga pada mama macam zaman muda mudi dulu. Mar cakap dengan papa apa salahnya bila balik kerja belikan mama bunga .
Jawab papa : Kan dekat laman dah terlebih bunga. Hehehe
Mar balas : Kalau macam tu petikkanlah mama bunga di laman dan bagi pada mama.hahahah
Jawab papa :Kalau petik kan cepat layu. Kalau kat pokok kan tahan lama. Ha ha hah
Mar balas : Papa ni tak romantiklah !
Jawab papa : He he he
Mar balas : Adoi papa…
Jawab papa: Dari bawa bunga baik bawa durian. Semalam papa pergi Pontian bawa balik durian best giler. Tanya mama
Mar balas : Aaaaa papa.. Kalau macam tu mar pun tak nak bunga. Mar nak duriannnn!!!!

Mama hari ni tiba tiba sentimental dan manja . Papa pula seperti biasa lelaki yang outspoken, kelakar dan sangatla tak romantik. Tapi pada mar kombinasi mereka berdua sangatla comel. Susah nak ditulis di sini, tapi sebagai anak mar bahagia  tengok mereka berdua. Alhamdulillah.

Mar rasa mar ada kombinasi kedua dua sifat mama dan papa ni. Ada masa mar sangat perlukan perhatian dan minta dimanjakan. Tetapi, kebanyakan masa mar sama sahaja macam papa: Sangat tak romantik dan tak ambil berat sebab mar selalu terlupa tarikh penting baik tarikh lahir mar atau kawan kawan,tarikh anniversary mar dengan abang fuad (sampai  abang fuad ingatkan mar tahun lepas ).  Kalau abang Fuad suruh mar pilih bunga atau durian .. Mesti mar pilih durian !!!  Weeee !

No comments:

Post a Comment