Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, May 20, 2011

Hari ni hari Jumaat yang sunyi je


Hrmm..

Rasanya dah lama sangat tak menulis. Mood menulis tu jatuh mendadak bila pregnant ni.

Kadang-kadang bila pregnant ni, kita akan rasa sunyi sangat dan sunyi tu memang menakutkan. Emosi ibu mengandung pada mar kadang-kadang kurang stabil.

 Mar pernah menangis teresak-esak sebab takut kesunyian. Padahal Abang Fuad cuma pergi kerja. Kadang-kadang mar menangis sebab takut tak dapat nak uruskan “bibi” bila bibi lahir . Masa adik mar lahir, mar takut tengok dia. Lembut dan kecil sangat. Jadi perasaan takut tu kadang-kadang datang semula. Pagi tadi mar tak dapat tahan dan terus call mama. Mama serius dengar apa yang mar nak luahkan. Alhamdulillah, bila dengar komen mama dan bila mama tenangkan mar, mar rasa lebih relaks dan tenang. Mama memang pendengar dan pemberi semangat yang baik. 

Sekarang mar dalam minggu ke 21. Dari segi perasaan mar tak rasa perbezaan dengan minggu-minggu sebelum ni, tapi dari segi fizikal perubahan tu boleh dirasa dan dilihat. Mar rasa mengah sikit bila naik tangga, jalan kurang laju, sakit di bahagian peha bila duduk terlalu lama, dan kadang-kadang rasa macam perut diketuk orang di dalam ( sangat perlahan dan lembut sahaja). Orang kata tunggulah lagi beberapa bulan, tendangan dan ketukan akan merimaskan kadang-kadang. 

Shopping barang baby ? Mar rasa sekarang belum waktunya. Nantilah tunggu lagi beberapa minggu baru kami insya allah akan beli barang keperluan ibu dan anak. Kesihatan mar kadang-kadang ok dan kadang-kadang tak ok. Jadi bila dah ok tu, mar akan terlebih teruja nak  keluar dengan abang Fuad. Akibatnya kebiasaanya keesokan harinya mar akan kurang sihat sikit. Jadi mar selalu aim untuk berjalan hari Sabtu dan rehat sepenuhnya hari Ahad.

Gender baby? Sampai sekarang agak susah sikit nak kenal pasti jantina bibi sebab bibi selalu tutup dan malu-malu. Kalau doktor dah paksa sekalipun, bibi selalunya tak mahu buka juga kaki. Tak pe, mar tak kisah sangat pun sebenarnya jantina bibi.

Oklah, rasanya mar kena sambung balik buat kerja . Selamat hari Jumaat semua !

No comments:

Post a Comment