Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 2, 2011

kesihatan + mama


Minggu lepas mar balik JB.

Balik JB rasa penat sangat. Sekarang mar dengan abang fuad ada projek bersama.Setiap minggu kami selalunya tiada di rumah untuk uruskan hal tersebut. Memang agak penat sebenarnya memandangkan mar pun tengah berbadan dua sekarang. 

Jadi bila balik JB pun kami masih berjalan ke sana ke sini, mar terasa sakit satu badan. Bila balik semula ke KL, mar terasa sejuk semacam badan ni. Mar mula muntah-muntah semula, selera makan kurang…sehari kemudian kaki mar bengkak sangat macam belon. Bengkak bermula dari tapak kaki hingga ke bawah lutut. Agak menakutkan sebab pada hari pertama kaki bengkak, mar terjatuh bila cuba berdiri, mar tak dapat solat dengan sempurna, bila baring terasa pedih sampai ke tulang pinggang.

 Ya Allah, mar rasa banyak sangat-sangat yang mar belajar dan hadapi sepanjang tempoh mengandung ni. Semua ni membuat mar banyak berfikir.. Apalah gunanya duit yang bertimbun banyak,pangkat yang tinggi melangit, keluarga penuh sekapal jika kesihatan menggangu perjalanan kehidupan. Kesihatan adalah aset manusia untuk  meneruskan kehidupan. Pada mar setiap hari adalah perjalanan yang mencabar. Cabaran kehidupan ni perlu berjalan seiring dengan kesihatan yang mantap. Bila kita sakit, kita tidak dapat beribadah dengan sempurna, menjalankan rutin  harian dan bekerja dengan efisen.

Pada mar kesihatan adalah anugerah yang tidak terhingga. Sebab tu mar sekarang jadi lebih berhati-hati dengan gaya pemakanan mar. Lebih-lebih lagi sekarang mar mengandung, jadi mar perlu lebih berhati-hati dengan makanan yang masuk ke badan mar.Tahu tak bahawa melalui gaya pemakanan kita sekarang akan menentukan taraf kehidupan kita yang mendatang? 

Hrmm, teringat lagi dulu waktu kecil, bila sakit mar tak pernah risau sebab mar tahu akan ada orang yang risau dan ambil berat akan kesihatan mar; Mama. Mama akan jaga kami bagai menatang minyak yang penuh, penuh dengan kasih saying. Walaupun mar sakit teruk sangat, tapi dalam hati mar sentiasa tenang. Kini bila dewasa, semua perlu ditempuhi sendiri dan untuk persediaan menjadi ibu, mar rasa mar perlu jadi setabah dan sekuat mama supaya anak-anak pun akan sentiasa berasa selamat dengan mar. Insya allah..

Mama selama seminggu tidak dapat dihubungi kerana sedang bercuti dengan papa dan Ani. Pagi ni dalam perjalanan ke ofis mar rasa sedikit kekosongan dalam diri. Selalunya setiap pagi bila sampai sahaja di tempat parking ofis, mar pasti akan telefon mama dan berbual bertanya khabar. Tapi selama dua hari tanpa suara mama, mar rasa pelik. Begitu kuat kuasa seorang ibu  terhadap anaknya kan? Mama sebahagian daripada diri mar, agak susah mar bayangkan sekarang kehidupan mar pada masa akan datang tanpa mama. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan, setiap kehidupan pasti diakhiri dengan kematian, itu suatu yang pasti.

Mar berharap agar Allah mengurniakan mama kesihatan yang terbaik dalam kehidupannya dan juga dipanjangkan usianya agar dapat lebih banyak beribadah kepada yang Esa. Mama pelita hatiku. Ya Allah, biarkanlah mama terus menyinari setiap detik kehidupanku ini.

P/s : Mar teringin sangat duduk atas kerusi besar yang empuk di beranda, duduk menghadap laut dan udara yang berangin sambil membaca buku dan air jus epal berada di atas meja di sebelah kiri mar.

No comments:

Post a Comment