Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, June 10, 2011

Saidina


Orang selalunya mengidam makanan kan masa mengandung...

Mar mengidam permainan minggu lepas. 

Mar teringin sangat nak main Saidina.

Pernah dengar tak permainan ni? Permainan ni macam jual beli hartanah, pajak gadai dan seangkatan dengannya.

Jadi, abang Fuad bawalah isteri dia ni ke Jusco, dan beli Saidina. Masa beratur nak bayar kitorang berbual-bual  dengan yakin macam nak hadiahkan permainan ni pada orang lain. :-)

Balik rumah, tak dapat tahan tengok Saidina,jadi mar terus buka plastik dan merengek minta abang Fuad main Saidina dengan mar. Sabar je lah…. (Duit Saidina sekarang lebih berkualiti daripada edisi masa mar kanak-kanak dulu)

Kami main Saidina sebanyak 10 rounds. 

Abang Fuad yakin sangat dapat menang. Tapi mar tak pernah bagitau abang Fuad mar dari kecil pemegang takhta juara Saidina. Hehehe (Ketawa jahat)

Bila abang Fuad kata 10 round, mar pasang strategi mar sendiri yang tak boleh nak diberitahu di sini disebabkan mar takut rahsia mar pecah kalau abang Fuad  terbaca ! Abang Fuad pasrah dengan kekalahan dia haritu...

Allah je lah yang tahu macam mana terujanya mar dapat main Saidina ni. Tapi lagi seronok kalau ada yang lain nak datang main bersama kan?? 

Haida insya allah datang ke rumah hujung minggu ni. Patutkah dia melayan ragam kakak dia yang besar dan tua ni untuk main Saidina bersama-sama ? Mar agak takut juga sebenarnya nak main dengan Haida sebab otak dia agak bergeliga dalam bab duit.. Hrmmm…Saingan yang agak mencabar…

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti jika masa mengizinkan. Insya allah..

P/s : Saidina ni bagus untuk dimainkan oleh anak-anak anda kerana mereka akan belajar matematik secara santai dan bagaimana untuk menguruskan duit dan harta benda mereka secara berhati-hati. Selain itu, Saidina juga boleh melatih anak anda bagaimana untuk membuat keputusan yang terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah. Minda mereka akan berpusing dan berfikir secara kritikal. Jika anak anda agak lemah dalam matematik, biarkan dia menjadi “banker” yang mengawal wang untuk melatih mereka kira secara laju dan tepat. Berikan galakan kepada anak anda untuk bermain dengan berhemah dan amanah. Semaikan sifat positif dalam diri anak anda dengan bermain Saidina  :-)

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment