Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 20, 2011

Majlis Ani


30 minggu dan Alhamdulillah semakin kukuh..

Last week mar teman ANi untuk persiapan terakhir dia menjelang hari perkahwinan dia minggu ni.. Mar happy sangat teman dia sampai ke Shah Alam untuk cari barang-barang dalam wish list dia.. Layan kan sahaja.. Tapi, bila Ani balik je ke Pulau Pinang, sakit kaki dan pinggang  datang balik.. Muntah pun start semula.. Azam mar kuat nak buat banyak benda, dalam fikiran ni kalau boleh banyak sangat plan nak buat, tapi badan ni mungkin kurang kuat dan tak selari dengan akal yang bertalu-talu datang idea nak buat itu dan ini…

Minggu ni Ani kahwin..Alhamdulillah..Mar happy sangat untuk Ani.. Masa mar kahwin dulu, mar cuma balik malam Jumaat sahaja.. Hari Ahad pagi lepas majlis di JB, mar terus balik KL sebab mar ada final presentation untuk FYP (Final Year Project). Sepanjang persiapan mar untuk perkahwinan, Ani banyak sangat tolong mar…

Jadi, untuk majlis Ani kali ni, Mar berdoa sepenuh harapan supaya dikurniakan badan yang sihat dan cergas untuk tolong Ani buat persiapan terakhir di rumah nanti.. Mar tak nak susahkan sesiapa.. Ini bukan hari mar untuk curi tumpuan dunia.. Mar nak Ani rasa happy dan dapat sokongan keluarga sepenuhnya.. Lagi pun, itulah fungsi keluarga dan adik beradik kan ? Untuk berganding tangan dan saling membantu bila memerlukan.

Ya Allah, semoga baby mar minggu ni akan behave well dan memahami ibunya yang ada matlamat dan tujuan untuk balik ke kampung halaman minggu ni. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. Amin..

Tuesday, July 5, 2011

amanah itu berat


Hidup di dunia ini bagai tiupan angin yang berhembus lalu...

Seindah gugusan bintang di langit ataupun sepahit peria perjalanan kita di bumi Allah ini, kita hanyalah musafir yang singgah sebentar di bumi pencipta .

Tiada apapun dari sisi kehidupan ini yang perlu dibanggakan..Mahupun pangkat, harta, anak-anak, suami, keluarga, darjat ,kesihatan, hatta kejadian fizikal kita.. manusia tidak layak untuk bermegah walau sebesar kuman..Ini semua hanyalah ihsan pinjaman sementara dari Yang Maha Kuasa kepada makhluk ciptaanNya..
Hati yang suci dan murni tatkala manusia dikeluarkan daripada pintu faraj si ibu adalah seperti kain putih yang tiada cela, tiada noda.. Ibu-bapa dipertanggungjawabkan untuk membentuk pekerti mulia bagi makhluk yang menjadi amanahnya di bumi Allah ini. Tiada apa yang layak kita sebagai ibu bapa untuk bermegah dengan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Nya..

Semakin dekat waktu menghampiri untuk dipertemukan dengan insan kecil yang menendang-nendang rahimku saban waktu, semakin gentar jiwa kecilku untuk menadah tangan dan seluruh anggota tubuhku untuk menerima tanggungjawab ini..

Alhamdulillah..semakin hari diri ini mahu menjadi lebih kental dan lebih tabah dengan apa jua dugaan, cabaran dan ragam manusia kerana  persinggahan sebentar di alam ini mempunyai matlamat yang satu dan dugaan itu perlu hadir untuk menguji keimanan manusia. 

Perjalanan selama 7 bulan membawa insan kecil ini adalah seperti satu pembelajaran bermakna yang amat banyak mengajar ku serta menyentakkan aku daripada lamunan tidurku.. Bibir ku tidak mampu untuk berkata-kata dan berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa ...  Sungguh hebat pengalaman yang diberikan Allah ini kepada semua wanita..

Masha Allah.. Wanita juga yang dipilih untuk mengalami pengalaman indah yang mendewasakan ini…