Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 5, 2011

amanah itu berat


Hidup di dunia ini bagai tiupan angin yang berhembus lalu...

Seindah gugusan bintang di langit ataupun sepahit peria perjalanan kita di bumi Allah ini, kita hanyalah musafir yang singgah sebentar di bumi pencipta .

Tiada apapun dari sisi kehidupan ini yang perlu dibanggakan..Mahupun pangkat, harta, anak-anak, suami, keluarga, darjat ,kesihatan, hatta kejadian fizikal kita.. manusia tidak layak untuk bermegah walau sebesar kuman..Ini semua hanyalah ihsan pinjaman sementara dari Yang Maha Kuasa kepada makhluk ciptaanNya..
Hati yang suci dan murni tatkala manusia dikeluarkan daripada pintu faraj si ibu adalah seperti kain putih yang tiada cela, tiada noda.. Ibu-bapa dipertanggungjawabkan untuk membentuk pekerti mulia bagi makhluk yang menjadi amanahnya di bumi Allah ini. Tiada apa yang layak kita sebagai ibu bapa untuk bermegah dengan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Nya..

Semakin dekat waktu menghampiri untuk dipertemukan dengan insan kecil yang menendang-nendang rahimku saban waktu, semakin gentar jiwa kecilku untuk menadah tangan dan seluruh anggota tubuhku untuk menerima tanggungjawab ini..

Alhamdulillah..semakin hari diri ini mahu menjadi lebih kental dan lebih tabah dengan apa jua dugaan, cabaran dan ragam manusia kerana  persinggahan sebentar di alam ini mempunyai matlamat yang satu dan dugaan itu perlu hadir untuk menguji keimanan manusia. 

Perjalanan selama 7 bulan membawa insan kecil ini adalah seperti satu pembelajaran bermakna yang amat banyak mengajar ku serta menyentakkan aku daripada lamunan tidurku.. Bibir ku tidak mampu untuk berkata-kata dan berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa ...  Sungguh hebat pengalaman yang diberikan Allah ini kepada semua wanita..

Masha Allah.. Wanita juga yang dipilih untuk mengalami pengalaman indah yang mendewasakan ini…

2 comments:

  1. baby kecil, saya xsabar mahu lihat kamu..smg sikecil itu nnt setabah ibunya.. ;)

    ReplyDelete
  2. ANnor :)
    terima kasih sangat ya sudi buka blog yg dh bersawang ni...

    Mar baru sempat buka blog annor..annor dah nak kawin ya insya allah hujung tahun ni ? tahniah sangat !

    insya allah kita tunggu jelah kelahiran baby kecil ni nanti. berdebar juga sebenarnya..

    doakan mar tabah dan kental dalam proses kelahiran nanti :)

    ReplyDelete