Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 4, 2011

Dalam senyum ada duka , itulah wanita


Alhamdulillah, perjalanan mar bersama si kecil di dalam perut banyak pancaroba. Mar rasa tak perlu lah mar cerita semua perkara di sini sebab dunia ini semakin indah bila sesetengah perkara menjadi rahsia..

Wanita pada mar amat tabah. Masa mar kecil, mar tak sabar nak jadi wanita dewasa sebab mar selalu nampak dalam mata wanita yang bermotivasi dan tabah, ada rahsia yang tak bisa digali . Wanita memendam seribu perasaan, seribu cerita dan bingkas bangun untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Itulah wanita.

Selama proses mengandung ni, banyak sangat dugaan yang ditempuhi .Daripada satu berita yang doktor khabarkan kepada satu berita , membuatkan kita manusia hanya mampu berserah sepenuhnya kepada kekuasaan  Allah. Apa-apa jua mungkin terjadi dan Allah jualah sebaik-baik Pencipta dan Memakbulkan doa hambaNya. Segala kemungkinan bisa terjadi dan teori manusia itu hanya akan terjadi bila diizinkan Allah. Kita sebagai hamba harus tidak putus harapan, berdoa dan bertawakal  setiap masa.

Mar sungguh-sungguh berharap agar apa yang dikhabarkan doktor harini, hanyalah teori manusia semata-mata. Masih berbaki masa dua minggu untuk mar sujud menghadap Allah dan berserah sepenuh jiwa kepada Allah untuk memakbulkan doa mar yang satu ini. Insya Allah segalanya dipermudahkan Allah untuk mar menempuh perjalanan yang semakin menuju kepada titik kemuncak tidak lama lagi ini.

Hadiah yang paling bermakna buat mar pada hari ini adalah beberapa kerlipan indah daripada sepasang mata di dalam rahim ini. Mata itu seperti merenung tajam pada ibunya minta dilahirkan dan dididik menjadi muslimin sejati. 

Sudah cukup hadiah itu menjadi penawar duka seorang ibu bergelar wanita ..




3 comments:

  1. inshaAllah sume dipermudahkan.. amin!

    ReplyDelete
  2. nuha doakan semoga selamat..:) bila due ni akmar? kite tak tau pun mar mengandung..lame tak update kat blog..~

    ReplyDelete
  3. haida : Tq my dear adik :)

    nuha : ada..dah lama mar update kat sini mar pregnant. hihi. nuha dah lama tak jenguk blog bersawang ni rasanya..mar pun skrg kurang sikit mod nak menulis..sebenarnya banyak je idea, tapi mcm malas je nak menaip kat sini. maybe pembawaan budak kot.kalau ikut mcm ayah, dia tak suka menulis..rasanya dlm perut ni perangai mcm ayah dia :)

    ReplyDelete