Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 6, 2011

Cinta bunga mawar


Cinta itu indah bila berada pada saluran yang benar..
Dan ia akan menjadi lebih indah bila bersama  seseorang yang terlalu istimewa..

Pada asasnya, mar kurang percaya pada cinta manusia kerana cinta manusia itu tidak kekal abadi dan selalunya ia melukakan jiwa dan kadangkala memusnahkan harapan. Cinta pada Allah itulah sebaik-baiknya cinta yang berbalas dan mententeramkan jiwa.

Tapi, bila difikir balik, mengapa tuhan menjadikan manusia itu berpasang-pasangan dan melengkapi satu sama lain? Adakah Allah mahu makhlukNya sentiasa hidup sengsara dalam percintaan bila menjadikan perkahwinan itu sebagai tembok kekuatan umat Islam dan juga sebagai syiar melebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia?

Mengapa Adam sanggup berjalan beribu ribu batu hanya semata mata untuk mencari semula Hawa yang hilang di ceruk dunia? Bukankah cinta Allah itu sudah memadai kepadanya? 

Cinta ini susah dimengerti lagi difahami, tapi ia hadir dengan sendiri, untuk mereka yang bertakhta di hati. Mar sangat takut untuk mencintai manusia sebab cinta manusia itu tidak kekal  dan selalunya perpisahan itu menjadi luka yang amat pedih dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Bila mar mengandung ni, mar banyak dikelilingi mereka yang bersifat kasih dan penyayang, yang memahami dan membantu mar dalam keadaan serba kekurangan kudrat. Mar amat menghargai semua itu. Mar tak pasti sama ada selepas mar bersalin nanti adakah mar akan masih dikelilingi mereka yang mar sayangi ini? Perjalanan mengandung mar bakal menuju ke titik akhir..dan perpisahan dengan hubungan indah yang terjalin ini pasti akan mar rindui.

Tapi, dalam banyak-banyak manusia yang mengelilingi mar ketika mar mengandung ni, ada seorang manusia yang terlalu istimewa buat mar. Dia sangat memahami mar, menyayangi mar sepenuh jiwa dan membelai mar dengan sepenuh kasih sayang. Alhamdulillah, dengan membesarnya benih di dalam rahim mar ni , semakin besar cinta disemai antara kami berdua. Hidup kami berdua bukanlah indah sepanjang masa . Itu lumrah kehidupan. Tapi, dia tongkat untuk mar berdiri, dahan untuk mar berpaut dalam mengharungi ranjau kehidupan yang semakin mencabar ini. Mar rasa mar sudah kembali jatuh cinta. Cinta yang indah di jalan Allah.

Dalam diam, perkara yang paling mar takutkan kembali menjelma. Mar takut untuk mencintai manusia sepenuh jiwa sebab mar takutkan perpisahan. Nampak seperti keanak-anakan bukan ? Orang-orang yang mar sangat sayang ada yang telah meninggalkan mar selama-lamanya. Kehidupan mar insya allah akan bakal bermula tidak lama lagi. Mar perlukan kekuatan daripada dia. Setiap hari bila mar baca berita di akhbar tentang kemalangan, pembunuhan, sifat dengki manusia, pelbagai penyakit yang meragut jiwa, hati mar berdebar-debar memikirkan nasib diri sendiri dan juga orang-orang yang tersayang. 

Mar amat berharap agar nyawa mar dan dia dipanjangkan Allah kerana banyak lagi perkara yang kami mahu  kerjakan bersama dan mar tak mampu untuk kehilangannya. Bukan sekarang Ya Allah…

Cinta itu seperti bunga mawar, walaupun durinya tajam dan melukakan, tetapi baunya harum dan mendamaikan jiwa. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan perasaan istimewa ini untuk dikongsi bersama si dia dan juga orang -orang yang mar sayangi . Subhanallah..

Bunga mawar saya


Monday, September 5, 2011

Hidup Baru


Rasanya semua masih lagi dalam mood beraya sakan kan ?

Mar sahaja yang dah masuk kerja... Sebenarnya badan dan kaki ni teramatlah penat sebab cuti seminggu lepas ni mar terlalu bz. Kadang-kadang, dalam hidup ni kita akan melalui hari-hari yang tidak terjangka. Mungkin itu semua ketentuan Allah dan apa yang ditentukan Allah itu mungkin ada hikmahnya.

Mar dengan abang Fuad baru sahaja pindah ke rumah baru kami. Rumah yang telah diusahakan selama 6 bulan. Ya, sepanjang tempoh tu, mar sebenarnya kurang sihat tapi mengenangkan abang Fuad yang sangat bersemangat untuk siapkan rumah yang insya allah akan didiami oleh si kecil ni, membuatkan mar berjuang juga untuk membantu abang Fuad apa yang mar terdaya. Kalau diikutkan, sebenarnya kami berdua tidak ada plan untuk pindah ke rumah baru pada masa ini. Tetapi disebabkan komplikasi mar dua minggu lepas, semua keluarga dari Johor Bahru berpakat untuk datang beraya ke Kl. Jadi, mahu atau tidak, kami siapkan juga kelengkapan rumah untuk persediaan mereka beraya di rumah kami. Tiba-tiba, semua kerja yang terbengkalai  selama berbulan-bulan sebelum ini dapat disiapkan dalam masa beberapa minggu sahaja. SUbhanallah..Semuanya adalah kuasa tuhan yang merancang. Mungkin ada hikmah di atas setiap yang berlaku ni. Baby di dalam perut ini menjadi sebab sahaja agar rumah ini disiapkan segera.

Plan asalnya, kami hanya mahu duduk sementara di rumah baru sepanjang raya sahaja, tetapi rupa-rupanya, kasih dan sayang itu telah terjalin dengan tidak disengajakan dengan rumah baru kami ini. Memang tak dapat dinafikan, dengan keadaan mar yang tengah sarat mengandung ni, ditambah pula dengan mar masuk ke rumah baru, permulaan hidup baru berdua yang mencabar dan juga mar yang baru sahaja nak mantapkan skil memasak.. semuanya terlalu mencabar.. Tapi apa yang pasti, duduk berdua ni ada manisnya. Manis yang susah nak diterangkan.. Banyak perkara kami belajar dan kami lebih matang dalam urusan harian. Ilmu ini sudah pasti tidak dapat kami perolehi kalau kami berdua masih tinggal bersama ibu mertua . Duduk bersama ibu mertua memang ada kebaikan dan memudahkan urusan harian kami, tapi biarlah kami lepas bebas dan belajar tentang kehidupan. SI kecil ini pun insya allah sedang menghitung hari untuk berjumpa kami, ini lah masa terbaik bagi kami untuk belajar berdikari dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Pinta mar pada Ilahi semoga Allah memudahkan urusan harian kami dan terus memberikan kebahagian kepada keluarga kecil mar yang baru hendak dibina ini. Insya Allah..

P/s : Di sini mar tunjukkan transformation rumah kami yang asal dan juga selepas kami perah otak dan penat fizikal untuk menjadikan ia selesa didiami. Material dan design kebanyakan adalah hasil daripada idea bernas abg fuad, manakala konsep , corak dan warna kebanyakan adalah hasil daripada idea mar. Mar sangat suka bekerjasama dengan team partner mar ni. Tq so much abg fuad .






Ini kami yg mengantuk & penat di pagi raya . Eh, pandang mana tu ?

Ok. Ni baru betul. Haa..habis mengantuk & sakit kaki di pagi raya

Ni askar kerahan tenaga didatangkan khas dari JB. Terima kasih sangat mama ,papa dan adik-adik semua yg sanggup sengkang mata sampai 2 pagi lebih untuk tolong k mar and abg fuad. Love u so much :)
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN