Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 6, 2011

Cinta bunga mawar


Cinta itu indah bila berada pada saluran yang benar..
Dan ia akan menjadi lebih indah bila bersama  seseorang yang terlalu istimewa..

Pada asasnya, mar kurang percaya pada cinta manusia kerana cinta manusia itu tidak kekal abadi dan selalunya ia melukakan jiwa dan kadangkala memusnahkan harapan. Cinta pada Allah itulah sebaik-baiknya cinta yang berbalas dan mententeramkan jiwa.

Tapi, bila difikir balik, mengapa tuhan menjadikan manusia itu berpasang-pasangan dan melengkapi satu sama lain? Adakah Allah mahu makhlukNya sentiasa hidup sengsara dalam percintaan bila menjadikan perkahwinan itu sebagai tembok kekuatan umat Islam dan juga sebagai syiar melebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia?

Mengapa Adam sanggup berjalan beribu ribu batu hanya semata mata untuk mencari semula Hawa yang hilang di ceruk dunia? Bukankah cinta Allah itu sudah memadai kepadanya? 

Cinta ini susah dimengerti lagi difahami, tapi ia hadir dengan sendiri, untuk mereka yang bertakhta di hati. Mar sangat takut untuk mencintai manusia sebab cinta manusia itu tidak kekal  dan selalunya perpisahan itu menjadi luka yang amat pedih dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Bila mar mengandung ni, mar banyak dikelilingi mereka yang bersifat kasih dan penyayang, yang memahami dan membantu mar dalam keadaan serba kekurangan kudrat. Mar amat menghargai semua itu. Mar tak pasti sama ada selepas mar bersalin nanti adakah mar akan masih dikelilingi mereka yang mar sayangi ini? Perjalanan mengandung mar bakal menuju ke titik akhir..dan perpisahan dengan hubungan indah yang terjalin ini pasti akan mar rindui.

Tapi, dalam banyak-banyak manusia yang mengelilingi mar ketika mar mengandung ni, ada seorang manusia yang terlalu istimewa buat mar. Dia sangat memahami mar, menyayangi mar sepenuh jiwa dan membelai mar dengan sepenuh kasih sayang. Alhamdulillah, dengan membesarnya benih di dalam rahim mar ni , semakin besar cinta disemai antara kami berdua. Hidup kami berdua bukanlah indah sepanjang masa . Itu lumrah kehidupan. Tapi, dia tongkat untuk mar berdiri, dahan untuk mar berpaut dalam mengharungi ranjau kehidupan yang semakin mencabar ini. Mar rasa mar sudah kembali jatuh cinta. Cinta yang indah di jalan Allah.

Dalam diam, perkara yang paling mar takutkan kembali menjelma. Mar takut untuk mencintai manusia sepenuh jiwa sebab mar takutkan perpisahan. Nampak seperti keanak-anakan bukan ? Orang-orang yang mar sangat sayang ada yang telah meninggalkan mar selama-lamanya. Kehidupan mar insya allah akan bakal bermula tidak lama lagi. Mar perlukan kekuatan daripada dia. Setiap hari bila mar baca berita di akhbar tentang kemalangan, pembunuhan, sifat dengki manusia, pelbagai penyakit yang meragut jiwa, hati mar berdebar-debar memikirkan nasib diri sendiri dan juga orang-orang yang tersayang. 

Mar amat berharap agar nyawa mar dan dia dipanjangkan Allah kerana banyak lagi perkara yang kami mahu  kerjakan bersama dan mar tak mampu untuk kehilangannya. Bukan sekarang Ya Allah…

Cinta itu seperti bunga mawar, walaupun durinya tajam dan melukakan, tetapi baunya harum dan mendamaikan jiwa. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan perasaan istimewa ini untuk dikongsi bersama si dia dan juga orang -orang yang mar sayangi . Subhanallah..

Bunga mawar saya


No comments:

Post a Comment