Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 14, 2011

coretan ketika berpantang


Tidur mar makin kurang..tapi tidak mengantuk..mula-mula masa lahir sahaja Fariss,mar agak risau jika tidur mar terganggu. Pada awal kelahiran Fariss, mar masih dalam proses peralihan untuk menukar segala rutin harian mar. Tapi, suara yang kadangkala sayu, kadangkala penuh semangat dan kadangkala seperti ingin berkata-kata itu memberi kekuatan pada mar untuk bersengkang mata saban malam melayan kerenah anak. 

Satu masa dulu, mar juga pernah sekecil ini, dan mama melayan mar tanpa merungut. Kini tiba lah pula giliran mar untuk melakukan perkara yang sama kepada insan kecil ini. Inilah dia fitrah manusia yang bergelar ibu. Perlukan keikhlasan dan keridhaan dalam setiap tindakan. Mar tidak sempurna,banyak kekhilafan dalam cara-cara menjaga anak.Tapi Alhamdulillah, keluarga sekeliling tidak jemu-jemu mengajar mar setiap hari untuk lebih mahir dan cekap dalam menguruskan bayi. Abang Fuad yang tidak dapat pulang ke JB selama mar berpantang di sini juga kerap kali mengingatkan mar untuk sentiasa ikhlas dan tabah dalam menjaga anak. Fariss insya allah bakal menjadi abang jika dikurniakan rezeki oleh Allah. Jadi, kitaran dan proses kehidupan yang sibuk seperti ini bakal berulang lagi nanti. Mar perlu tabah!

Setiap hari Fariss membesar dan setiap hari juga mar dikejutkan dengan perkembangan tumbesarannya. Melihat kepada nenek dan atuknya yang sentiasa ceria bila mendakap dan bermain dengan Fariss, membuatkan mar beranggapan mungkin inilah gambarannya bila mar lahir ke dunia satu masa dulu. Insan kecil yang lemah, tetapi membawa seribu kebahagiaan kepada orang-orang yang menantikan kehadiranya. Rumah di JB penuh  dengan hilai tawa kegembiraan. Bagaimanalah nanti ya suasana di rumah ini  bila mar dan Fariss kembali semula ke KL..Kesian atuk dan nenek… 

Ermm, tapi ada satu perkara yang mar takjub sangat. Selama 9 bulan membawa Fariss, sehinggalah kepada saat kelahirannya, mar tak adalah rasa membawa beban yang berat sangat walaupun secara realitinya mar juga membawa air ketuban dan uri yang besar di dalam. Tetapi, bila menyusukan si kecil Fariss, tangan yang diselaputi tulang dan otot-otot  dan selalu dikatakan “ tangan yang mampu menggoncangkan dunia” ini tidak mampu untuk bertahan lama menyokong berat si bayi. Ini maknanya sistem rahim ibu itu lebih kuat dan kukuh untuk membawa bayi kemana sahaja ibu berada. Subhanallah 

Ok. Masa untuk mandi! Mama dan papa sangat marah kalau mar langgar pantang dan mandi lewat. Seram..Tak nak kena marah lagi :)

No comments:

Post a Comment