Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 14, 2011

3 points


Pashmina :Sekarang mar kena pakai pashmina. Senang. Tak payah gosok, cepat, tak perlu kemas-kemas sangat  dan yang paling pnting boleh sorokkan fariss dalam pashmina. Dulu-dulu mar jual pashmina ni masa mar buka booth kat hospital ampang, mar tak jual kat website. Reason : Muka mar ketat lah nak kena pose untuk setiap design pashmina. Sekarang bila dah start susukan Fariss, mar ambil semua baki pashmina yang tinggal. Sesuai pulak tu untuk nak pakai dengan baju corak.. * Pada pendapat mar sesuai..tapi tak tahu lah orang lain fikir apa* Yang penting mar tak payah keluar duit untuk beli pashmina banyak-banyak kat luar sana.. 


Kasut: Sekarang mar pakai kasut flat sahaja. Kasut ada tumit semua tinggal kat rumah mak mertua. Nanti lah baru pakai. Bila ada function je rasanya. Itu pun kalau mar rajin. Investment yang terbaik untuk keperluan kita pada mar adalah kasut. Mar punya kaki ni dah lah datang dalam pakej yang istimewa; size 9. Memang jarang orang perempuan Malaysia kaki size 9. Bila ada yang selesa je memang mar ambil. Mar buka almari kasut malam tadi untuk letak kasut baru yang baru mar beli. Baru mar perasan, kebanyakan kasut mar rupa-rupanya brand Hush Puppies. Hush puppies je yang muat dengan kaki mar ni dan selesa. Nak tolak stroller kat shopping complex, nak tukar diaper Fariss, nak dukung Fariss bila dia menangis, memang selesa kalau pakai kasut flat. 

Berat badan : Haa, ni yang paling best nak cakap. Papa datang malam tadi. Singgah sekejap kat rumah sebelum ke shah alam . Papa ada kursus koperasi sampai Rabu. Setiap kali dia datang benda pertama dia akan tanya “ Mar dah timbang berat badan ?.” Ish.. Kadang-kadang stress dibuatnya. Tapi mar tahu papa ni suka anak-anak dia ada berat badan yang ideal dan sihat. Alhamdulillah semenjak susukan Fariss, turun juga lah berat badan mar ni. Buat masa ni dah turun 12kg. Mar target nak turunkan lagi beberapa Kg. Bukan untuk kecantikan, tapi untuk kelesaan diri sendiri. Bila ringan sikit badan ni, kita pun rasa cergas dan selesa. Mar masa pregnant badan naik macam belon. Sekarang perlu berusaha kuat sikit. Harap-harap mar akan dapat balik berat badan mar masa kat universiti dulu.

Haish..lagi beberapa hari je mar nak masuk kerja. Rasa berat sangat nak tinggalkan Fariss pada penjaga dia nanti. Tapi hidup perlu diteruskan walaupun pahit. Ya Allah, kuatkan lah semangat mar untuk menjalani kehidupan ni..

Selamat bekerja ya pada anda yang bekerja . :)

3 comments:

  1. HP ada size 9 ye mar? bie selalu beli kat clark tapi limited gak design2 nye... kasut keje ni pun dah dekat 3 tahun pakai :p

    btw mar comel pakai pashmina :)

    ReplyDelete
  2. Aa bie, ada dan selesa sgt dgn kaki mar.HP tak semahal clark,tapi so far ada yg dah bertahan dgn mar almost 2 years. itu dah kira bagus la sebab mar ni ada bad histories dgn kasut. :)Lagipun mar agak suka design HP, jadi mar cari kasut mesti HP. Mar jadi member HP, so dapat murah sikit la untuk item yg mar beli. Bie boleh lah cuba try test satu kasut HP :)

    Muka mar nampak bulat dengan pashmina bie, tapi itu yg paling mudah dan cepat bila nak bersiap. :)

    ReplyDelete