Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 2, 2011

Facebook vs Blogspot


Antara facebook dan blogspot,mana yang lebih mar sayang??

Kalau tanya mar,dua dua pun mar sayang. 

Alasan: 

Facebook

1. Tak semua kawan-kawan mar ada blogspot di mana mar boleh mengikuti perkembangan mereka.  Jadi medium facebook ni membolehkan mar mengikuti perkembangan sahabat terdekat.

2.  Macam sekarang mar ada anak, banyak makcik-makcik,pakcik-pakcik dan juga nenek sedara yang selalu minta gambar baby terbaru. Habislah duit mar kalau nak kena send untuk setiap sorang kan. 

3.  Mar suka sangat gunakan saluran status yang disediakan di facebook. Mar kalau tengah buat kerja, selalunya dapat idea untuk create word empowerment. Jadi apa-apa yang baik tu elok kita share kan bersama supaya semua pun dapat sesuatu yang berfaedah daripadanya..insya allah

Blogspot

1.     1.Ni tempat mar untuk luahkan secara terperinci perkembangan terbaru mar.Mar anggap blogspot macam jurnal kehidupan mar. Bila tengok balik dari awal mar menulis sehingga sekarang..plot kehidupan mar semakin berkembang dan mar tak tahu apa yang bakal menanti pada masa hadapan
.
2.       2. Mar memang suka menulis, jadi blogspot tempat terbaik untuk berlatih menulis dalam bahasa melayu ataupun Inggeris. Tapi semenjak ada baby ni, masa kadang-kadang menjadi kekangan.

Tapi antara dua ni, mar lebih sayangkan blogspot sebab blogspot adalah sepenuhnya idea dan nukilan mar. Mar tak kisah pun kalau ada yang membaca atau tak, Cuma kadang-kadang mar rasa sedikit terbatas untuk menulis sebab mar terbayangkan kalau rakan-rakan sekerja membaca blogspot mar ni. Penyelasaiannya, mar lebih berhati-hati ketika menulis.

Mar pun sebenarnya lebih suka sekiranya facebook mar hanya melingkungi rakan-rakan terdekat mar dan juga sedara mara, tapi apakan daya, mar tak terdaya nak delete mereka  yang lain.

Mar harap semoga mar akan terus istiqamah dalam menulis. Doakan mar semoga Allah memberi kelapangan  menulis ya !

No comments:

Post a Comment