Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 25, 2011

Perihal memasak


Mari memasak lalalalal..mari memasak lalalalalala..


Semenjak duduk rumah sendiri ni, bahagian favourite mar adalah dapur.. Kalau shamin dengar ni mesti dia gelak sampai terguling-guling. Pelik, tapi ajaib. Alhamdulillah. Dalam banyak perkara dalam hidup mar, mar tak sangka mar dah boleh memasak. (Macam menang award lah pulak). Masa zaman remaja, akan ku kenang sampai bila-bila muka- muka dan nama-nama yang selalu mengeji dan melukakan perasaan mar dalam bab memasak ni.. hihihii. Betul, dulu goreng ikan goreng pun hangus, buat sambal hangus, goreng keropok hitam legam..pendek kata bagi jelah mar senduk dan kuali, mar pasti akan menutup selera makan anda

Masa nak kawin dulu, benda pertama papa pesan.. “ Ko kena belajar masak mar, nak jaga suami salah satu petuanya adalah dengan menjaga perutnya “ Gulp!!  Sebelum kawin mar dah bagitau abang fuad siap-siap mar ni masih belajar lagi segala macam pelajaran tentang ilmu memasak. Bab makan Alhamdulillah tak ada hal, bab memasak “saya budak masih belajar”. 

Bila kawin, mar duduk agak lama dengan mak mertua. Mak mertua mar masak seeedaaapp sangat. Yummy!! Tapi…sampai bila mar nak manja ,dan memanjakan diri yang dah agak tua ni?? Abang Fuad pula suka makan dan sangat gembira kalau makan sedap-sedap..jadi mar impikan untuk belajar memasak ala kem tentera supaya mar dapat gembirakan perut abang fuad dengan segera. Solusinya?? Yok pindah rumah!!!  Alhamdulillah..itulah pilihan paling tepat pada fikiran mar setakat ni.

Bila kita sendiri, kita akan rela dalam keterpaksaan untuk  belajar banyak perkara..termasuklah memasak.. Mar berdebar..tapi suka. Macam naik rollercoaster! Semenjak duduk kat rumah ni, mar sediakan satu buku khas resipi memasak. Semua bahan-bahan dan cara memasak mar tulis besar-besar seperti Font Arial size 20. Senang nak kejar ke kuali dan balik semula ke buku resipi dengan segera. Kalau Font kecil kene tunduk fokus lama-lama kat buku…takut hangit pulak bawang dalam kuali. 

Minggu lepas mama datang ke rumah mar dalam 3 hari. Hari terakhir dia di sini mar cakap “ Mama, harini mama relax and enjoy my cooking ok? “ Mama kata ok je, the kitchen is all yours today. Mama naik ke atas untuk mandi..dan mar mula berperang di dapur dengan apron, senduk, kuali dan segala macam rempah ratus dan bahan masakan. Ye lah..dah dekat 2 bulan mar duduk sendiri kat rumah ni, banyak masa mar dah luangkan untuk memasak, jadi mama agak konfiden untuk biarkan mar memasak sendiri.. Tup tap bila mama turun ke bawah…mar dengar orang gelak sakan kat belakang mar ni. Mar pandang dengan muka serba kecelaruan.. Kenapa mama ni ?? Hiiiiiihihihihi…Masak tomyam pun tengok buku resipi ke mar????!!  Haishh mama ni..banyak betul resipi masakan mar dah masak dalam 2 bulan ni..Tak kanlah dalam 2 bulan mar dah boleh ingat segala bahan  dalam 20++ jenis masakan.. Mar kan latihan memasak ala tentera ( sebab masa mula memasak kat rumah ni, mar tengah sarat mengandung minggu ke 36) , sendirian pulak tu.. Mar nekad suruh mama ke tepi dan biarkan mar memasak sorang-sorang.

Tak lama kemudian..Tadaaaaaa!! Mama, jom makan! Sebelum nak jamu orang makan, terkumat kamit mar berdoa pada Allah supaya Allah sedapkan masakan mar ni supaya mama suka makan masakan mar ni. SLurrpppp..Slurrppp.. “EH sedap lah mar “ Hehehehehe.. Ini lah rahsianya mama..Jangan mudah mengaku kalah dan juga mar terhutang budi pada http://www.myresipi.com/.. Banyak betul petua-petua yang mar belajar kat sini. Tengok internet pun dah boleh memasak..

Alhamdulillah..sepanjang mar memasak di rumah ni, mar paling gembira untuk luangkan masa di meja makan dan orang makan masakan mar terutamanya abang fuad.. Tengok orang suka makan makanan yang kita masak pun dah boleh buat perut mar kenyang.. Suka betul perasaan ni Ya Allah..Membuat orang gembira dan kenyang pun sebenarnya adalah nikmat kecil dalam kehidupan ni.

Peperangan setiap orang dalam kehidupan adalah berbeza. Khairul Fahmi Che Mat berperang untuk menyambut erat bola, Baddrol berperang untuk mencuba sedaya upaya menjaringkan bola,dan mar pula berperang berhabis habisan untuk mengelakkan daripada terkena percikan minyak kuali yang panas dan sakit.

Mar akan terus memasak dan membuat semua orang tersenyum bila makan masakan mar. Chayyok Akmar !!

No comments:

Post a Comment