Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 2, 2011

Si kecil yang mengubah ibu


Entry ni sebenarnya sambungan untuk entry JOB : Being a mother. Fariss tengah tidur dengan lenanya Alhamdulillah.. (Mar betul-betul maksudkan )

Kalau diikutkan sejarah, dari kecil mar tak suka teddy bear.Mar takut. Anak patung Barbie lagi lah mar tak pernah minta kat mama. Mar selalu minta permainan masak-masak, Saidina, chess, dam haji, dan juga mainan favourite mar : LEGO. Mama pulak ada pembantu rumah yang dari awal lagi sudah menjaga adik mar Shazmin masa dia dilahirkan. Mar tak pernah cucikan diapers dia ataupun mandikan dia.

Jadi, masa mar mengandung, satu benda je yang selalu menghantui mar.. “ AKu ni macam mana lah nak jaga baby ya.. Pengalaman memang zero. Naluri jaga budak pun tak tahu lagi macam mana sebab tak pernah dicungkil. “ Bila saat mar sudah selesai bersalin pula, mar terkejut air mata mengalir bila dengar suara Fariss. Memang pelik sebab tak sangka air mata tup tap dah ada kat pipi.. Lepas abang Fuad letakkan Fariss atas dada mar untuk kenalkan penghuni rahim mar selama ni, jantung mar berdegup kencang sangat. Mar tak putus-putus doa “ Ya Allah, permudahkan lah urusan aku dalam menjaga anak”. Masa saat ni, mar tak berani dukung Fariss.. Mar minta tolong Abang Fuad sahaja yang dukungkan sebab sumpah mar tak reti nak dukung dia. Mar takut kalau Fariss terjatuh ke bawah kalau mar dukung dia.

Masa mar dibawa ke wad, sangkaan mar baby akan dijaga oleh nurse. RUpa-rupanya baby diletakkan sebelah ibu untuk menggalakkan penyusuan ibu. “Ya Allah”. Jerit mar dalam hati. “Biar betul “. Malam pertama di hospital tu..tepat jam 3 pagi..Faris menangis.. Mar kuatkan semangat untuk pegang dia. Terfikir-fikir kenapa lah dia ni nangis ya. Buntu juga. Tiba-tiba mar terasa nak buka diapers Fariss. … “ MAsha Allah, tahi Fariss warna hitam.” Tak pernah pula ada yang bagitau mar tahi baby hitam pekat macam tar jalan raya tu. Mar pun ambil lah diapers baby yang mar bawa dalam beg. Lepas tu masa nak bersihkan sisa Fariss, mar tercari-cari bahan nak lap.. “ Ya Allah, mar tak bawa baby wipes !! “ Dengan muka tebalnya dan juga dalam kesakitan tu mar pergi cari ibu yang sudha bersalin. Masa ni tengah malam, jadi kebanyakan ibu tengah susukan bayi mereka. Mar minta pada satu kakak yang mukanya nampak baik.. kakak tu senyum je pada mar . Mar cakap “ Akak, ni anak pertama saya.Pengalaman jaga bayi pun tak ada. “ Akak tu baik sangat. Dia cakap “ Tak apa adik “ dengan satu senyuman manis. Alhamdulillah.. 

Masa pantang sebenarnya adalah masa yang betul-betul menguji skill mar. Mama kalau uruskan Fariss, nampak sangat smooth. Tiba-tiba mar pulak yang rasa jeles. “ Eh, ini anak aku..tak kanlah nak biarkan mama sahaja yang uruskan semua perkara” Disebabkan mar kena injection epidural, jadi dalam minggu ke tiga macam tu baru lah mar rasa kuat sikit untuk angkat Fariss. Masa ni Fariss belum lagi menyusu badan dengan mar. Mar perah sahaja susu setiap masa. Oh, lupa nak bagitau.. Disebabkan epidural juga lah susu mar keluar  lewat.. Dalam hari ke empat barulah keluar susu. Jadi pada waktu tu, mak mertua mar sudah berikan Fariss Formula milk dalam botol susu. Jadi bila susu mar dah ada..Fariss tak reti nak minum terus dari Mar… Disebabkan juga semua di rumah JB masa ni ambil botol susu yang mar dah perah tu untuk susukan Fariss..mar terasa diri mar ni macam kilang susu lah pulak. Asyik pump susu sahaja setiap masa..tapi orang lain yang susu kan Fariss.. Mar menangis diam-diam dan berdoa dengan Allah SETIAP MASA untuk mudahkan mar menyusukan Fariss. Alhamdulillah tiba-tiba masa hari ke 24, Fariss mencari-cari susu badan mar masa mar dukung dia.. Ya allah..besarnya kekuasaan mu Ya Allah !! Semenjak dari hari dia menyusu badan mar sehingga sekarang..mar dapat rasakan ihubungan mar dengan Fariss lebih erat dan kami selalu berbual bersama-sama semasa Fariss menyusu dengan mar.

Macam hari ni.. mar ingat kan bila Fariss dah tidur, mar nak tengok DVD. Tapi di KL ni mendung dari pagi dan hujan semenjak tengah hari tadi. Guruh berdentum kuat. Walaupun mar turun ke bawah sekejap untuk basuh pinggan, Fariss sudah berbunyi-bunyi panggil mar. Bila mar naik sahaja untuk jenguk Fariss..kepala dia pusing tengok mar. Mar tengok sayu je sebab membayangkan betapa lemahnya si kecil ni dan dia meminta bantuan daripada mar. Mar terus baring sebelah dia, peluk Fariss dan dalam seminit Fariss terus terlelap dengan lenanya.. Mar takjub sangat macam mana lah si kecil ni boleh ada deria bau yang sangat kuat . Mar sekarang rasanya kalau mama ada kat belakang mar pun, mar tak pasti mar dapat cam atau tidak bau dia.. hehehe

Mar sebenarnya kan..sampai hari ni mar kadang-kadang tak sangka si kecil ni banyak sangat telah mengubah diri mar. Alhamdulillah mar sekarang sangat enjoy motherhood dan mendengar suara-suara manja dia menjadi hadiah terbaik untuk mar setiap hari.

Ni mar menulis selepas terbangun daripada tidurkan Fariss..Fariss masih di katil melayan mimpi indah.. Ok lah semua. Mar nak siapkan air. Kejap lagi insya allah ABang Fuad sampai rumah.. Nak makan sama-sama . Selamat hari Rabu semua !

4 comments:

  1. Mar..tersentuhnya baca entry ni. sbnarnya adik saya pun baru lahirkan baby, kami kehilangan mak 2minggu sblm puasa aritu. Jadi, pengalaman mar, saya lihat ada jugak pada adik. jika mar ada mama yg bantu mar uruskan baby, adik saya cuma ada kakak-kakak yg membantu. tapi manalah sama dgn mak kan. Semoga mar terus tabah. ;)

    ReplyDelete
  2. takziah annor dan seisi keluarga
    mar doakan adik annor akan lebih kuat dan tabah mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu ya ! Amin

    ReplyDelete
  3. bie a.k.a nabihah lokmanNovember 11, 2011 at 4:38 PM

    mula2 gelak2 lepas tu jadi sebak baca entry mar kali ni... sungguh tersentuh bila membayangkan diri membesar dari baby yang kecil tomeyl2 bawah jagaan ummi...

    thanks for the sharing mar :)

    ReplyDelete
  4. sama-sama bie..:)
    mar mmg tak sangka langsung motherhood ni satu benda yg sgt mencabar tp dlm masa yg sama enjoy..
    tp kena igt semua pengorbanan ibu kita..mar ni eye bag dh bape kg pun xtau lah. :)

    ReplyDelete