Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 21, 2011

Zaman dulu-dulu


Harini mar dapat message daripada satu kakak. Kakak aisyah. Kakak aisyah satu sekolah agama dengan mar masa sekolah rendah dulu-dulu.

 Kalau sesiapa yang duduk di Johor, memang biasa dengan sistem sekolah di sana. Selalunya kami akan ke sekolah rendah pagi dan akan ke sekolah agama pada waktu petang. Mar agak suka dengan sekolah agama sebab mar boleh lepas stress dengan pembelajaran yang agak ketat di sekolah rendah biasa. Yela, kalau sekolah agama seronok sangat. Kita belajar mengaji, belajar sembahyang, belajar tulisan jawi, belajar Ibadah, Tauhid.. Ustazah pun dapat yang seronok dan baik-baik.

Kakak Aisyah kata mar dulu-dulu duduk sebelah dia dan akan selalu ajar dia hari-hari tanpa jemu. Mar naik van sama-sama dengan dia. Kenapa mar tak ada langsung kenangan ni ya ?? Masa tu mar dah agak besar, dalam darjah 3. Kakak Aisyah ingat semua tentang mar..suka makan keropok sembunyi-sembunyi dalam kelas..sampai sahaja ke sekolah mesti makan mee hoon sup pedas, balik sekolah mesti singgah kedai makcik tepi parit beli super ring sampai gigi habis jadi warna kuning dan mama mesti akan rotan kat tapak kaki kalau nampak gigi mar warna oren..Haishhh..macam mana mar langsung boleh lupa kakak Aisyah ni? Mar ni kan..boleh ada selected memory ke? Mana-mana yang mar nak ingat,, mar akan ingat..kalau mar tak serius nak ingat..mar akan lupa je macam tu..  :)

Tapi yang paling mar ingat dan tak boleh lupa adalah ; mar agak tomboy dulu-dulu. Serius tomboy. Mama selalu risau dan pening kepala tengok mar. Rambut mar sependek-pendek rambut, suka sangat pakai seluar, suka jaga adik beradik, suka bertumbuk, suka pakai seluar pendek kalau main kat luar rumah, rasa diri kuat macam lelaki, suka wrestling dengan sepupu lelaki mar sampai lebam-lebam, dan mar akan marah pengawas-pengawas lain yang tak bertugas macam marah budak kecil, dan mar akan cekik budak lelaki berbadan besar yang suka kacau perempuan dalam tandas dan banyak lagi lah… Ya Allah..tak sangkanya Akmar ni satu masa dulu macam ni perangai dia.

Mama makin risau bila mama buat majlis di rumah dan jemput pelajar-pelajar STF makan, akan ada kakak –kakak yang panggil mar budak handsome. Nak jadikan mar adik angkat. Mar kalau berlatih Taekwondo kat bilik, sampai bawah pun boleh dengar sebab habis dinding bilik mar tendang.. 

Tapi, bila masa berlalu..mar hampir tak sedar macam mana jiwa mar boleh bertukar dan jadi mar seperti harini.. Mar masih rasa mar garang, tapi rata-rata kawan mar sekarang akan ketawakan mar kalau mar cakap mar memang garang. Huhu. Tapi apa yang pasti mar mungkin lembut luaran, tapi dalaman mar masih tegas dan berprinsip. Kalau diusik perkara yang sensitif dan tidak kena  pada tempat, mar akan bertindak mengikut budi bicara yang sepatutnya.

Kak Aisyah, terima kasih sangat sebab berani sapa mar hari ni walaupun mar tak dapat nak ingat akak yang duduk sebelah mar dan naik van sama-sama setiap hari. Akak mengingatkan mar yang walaupun mar nakal masa kecil, tapi Alhamdulillah ada juga nilai baik pada diri mar yang tak jemu-jemu ajar akak sampai akak berjaya naik ke darjah dua. (Oh, sekolah agama ni kalau tak lulus kita tak akan naik darjah seterusnya. ). 

Ini mengingatkan mar pada kenangan sekolah rendah yang pada mar adalah kenangan yang paling manis sekali dalam hidup mar. Sekolah rendah mar adalah tempat segala bakat mar diperah keluar dan dapat dilepas bebas. Mar seronok sangat sebab berpeluang sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Perling. 

Hari ni mar rindu sangat semua kawan-kawan sekolah rendah mar : Ida Haryani, Ryia Ilani, Nadine Shaiba, Suhana, Nabila, Nurul Shahriza, Effendy Kasim aka Mayonis, Mohd Nazri, Vanisry Muniandy, Fatma Sofia, Fatin Nadiah, Sharifah Shazana, Asyraff Rozali, Azlan, Che RUkmal Hakimi, Subashtaran, Kak Nadiah cantik, etc… Harap-harap semua kawan mar ni sekarang berada dalam lindungan tuhan dan sentiasa bahagia di sisi orang yang tersayang!

No comments:

Post a Comment