Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 8, 2011

Zaman sekolah rendah Vs Zaman sekolah menengah

Sekolah rendah diwajibkan aktiviti kokurikulum. Maka mar masuklah kelab kebudayaan dan Tunas Puteri. Kalau tak silap rasanya hampir 3 tahun mar berada dalam kelab yang sama. Mar rasa bahagia sangat masa tu. Daripada perasaan sedih berada di rumah ketika itu, mar secara automatik berasa sangat gembira acap kali hari Sabtu tiba. Sekolah rendah mar menekankan aktiviti kokurikulum. Waktu ini lah mar daftarkan diri dalam kelab Taekwondo, mar aktif bersukan lumba lari, bola jarring dan bola baling. Rasanya ini sahaja lah bakat mar yang dapat dicungkil ketika itu. Mar memang gagal dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh. Mar ada sekolompok rakan-rakan akrab yang juga aktif dalam aktiviti kokurikulum ketika itu.  CIkgu mar juga menggalakkan mar masuk Kuiz-kuiz di sekolah sekitar Johor Bahru. Mar ada kawan baik .Nama dia Vanisry Muniandy. Dia selalu menyokong mar dalam pelajaran di sekolah. Kalau mar terlibat dengan Kuiz di sekolah di luar, selalunya mar akan pergi bersama dia. Kami akan belajar bersama-sama setiap hujung minggu bersama-sama.  Mama ada masukkan mar dalam kelas melukis di Taman Perling. Mar belajar hampir 4 tahun. Kalau ada pertandingan melukis dan mewarna NESTLE, mar selalu akan pergi dengan Vanisry.  Mar tak pernah menang.Malangnya kini mar sedar, mar tidak ada bakat dalam melukis, tapi mungkin ada sedikit kebolehan dalam mewarna dan menyuai padan warna.  Setiap tahun pelajar darjah 3 ke atas perlu berlakon dalam kumpulan. Ia adalah anjuran Kelab Bahasa Inggeris . Pada mar ia adalah kenangan indah sebab kami akan berlatih dalam kumpulan selama beberapa minggu dan pentaskan persembahan di hadapan rakan-rakan sekolah. Pada ketika itu, menang bukanlah persoalan kerana kami gembira melakukannya bersama-sama. Masa mar darjah 6, mar dan kawan baik mar Ida Haryani dikehendaki menjadi DJ ketika hari Guru. Mar rasa itu “moment” indah bagi mar sebab kami diberi kepercayaan untuk menghiburkan warga sekolah pada hari Guru.


Pada mar, mar suka sangat segala kenangan di sekolah rendah. Cikgu cikgu yang mengajar pada mar adalah yang terbaik pernah mar jumpa sepanjang kehidupan mar kini. CIkgu-cikgu kelihatan penat melayan kami, tapi mereka bersungguh-sungguh untuk menjadikan kami insan  yang mempunyai kepelbagaian dalam kemahiran hidup. Untuk itu, mar kalungkan tahniah untuk semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar mar di sekolah rendah.


Menginjak remaja, mar memasuki sekolah menengah. Mar rindu untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum. Mar dah baligh, dan mar tahu apa yang boleh mar sertai dan apa yang tak boleh sertai. Sekolah mar pun ada banyak undang-undang dalam aktiviti kokurikulum. Tapi, pada mar sesetengah perkara kami sebagai pelajar perempuan amatlah diketepikan dalam aktiviti kokurikulum. Mar pernah dipanggil untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debat berkumpulan. Pasukan mar semua lelaki kecuali mar. Guru yang sebelum ini, melatih mar sama seperti rakan-rakan yang lain. Mar masih ingat mar baca segala naskah buku sehinggalah ketika di dalam tandas dan ketika mahu masuk tidur. Mar amat bersungguh-sungguh untuk manajamkan fikiran dan menelan segala ilmu semasa ketika itu. Malangnya apabila jurulatih pasukan debat bertukar tangan kepada seorang ustazah baru, nama mar digugurkan. Begitulah juga gugurnya air mata mar cikgu…. Mar sudah bersemangat berlatih bersama rakan –rakan yang lain. Tapi akhirnya nama mar digugurkan dengan alasan; “ Tak elok ada perempuan dalam kumpulan, nanti nak berlatih malam-malam di perpustakaan susah. Mendatangkan fitnah. “ Ya allah,, allah sahaja lah yang tahu macam mana sedihnya mar masa tu. Mar telefon papa, mar nangis puas-puas. Papa kata sabar je lah. Mar minta papa tukarkan mar ke sekolah lain.. Papa kata dah lewat. Bertitik tolak dari situ lah sebenarnya mar telah mula menyimpan sedikit dendam kepada segala kenangan mar di sekolah menengah. Mar paksa diri untuk lupakan semua kenangan mar di sekolah menengah. Sebab tu sekarang kalau ditanya tentang kenangan mar di sekolah menengah, kebanyakan telah lupus dan pupus dari ingatan mar. 


Hrmm, untuk menulis ni pun mar tak tahu nak komen apa sebab mungkin mar rasa sangat kecewa kerana bersetuju dengan arahan papa untuk masuk ke sekolah ini. Tapi, bila diimbas sedikit apa yang telah mar lalui, mar rasa mar belajar sesuatu yang penting tentang kehidupan sepanjang zaman persekolahan  mar di sekolah menengah. Mar belajar untuk bersabar, belajar tentang manusia dan ragamnya, belajar untuk berdiri di kaki sendiri apabila tidak mempunyai  kumpulan rakan-rakan ( mar di sekolah menengah tak ada geng sebab mar kawan sahaja dengan semua ) , belajar untuk bertabah dan kuat dalaman  ( mar sangat tak suka konsep seniority..tolonglah buang jauh-jauh. Kita semua makhluk Allah . Sama sahaja) . Masa sekolah menengah mar jadi macam ulat buku. Satu novel mar boleh habiskan dalam masa 2 minggu. (Kira ok lah juga tu dengan bertungkus lumus siapkan kerja sekolah ketika waktu prep yang sangatlah singkat ). Mar rasa dengan membaca novel sahaja boleh menghilangkan rasa bosan mar kerana ketiadaan aktiviti kokurikulum yang boleh mengeluarkan segala tenaga remaja yang perlu dilepaskan di padang sekolah ataupun pentas pertandingan.


Alhamdulillah mar ada keluarga yang sangat menyokong kami adik beradik untuk bersuara dan mengutarakan pendapat. Keluarga yang tidak menutup minat kami dan sentiasa menggalakkan kami untuk meneruskan minat kami . Keluarga yang selalu memberi  cabaran pada kami untuk memerah otak dan fizikal .


Mar tak tahu kenapa mar menulis tentang ni, tapi apa-apa pun mar berterima kasih pada kedua-dua sekolah mar kerana menjadikan mar seperti mar kini. Terima kasih daun keladi.

No comments:

Post a Comment