Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 18, 2012

Jangan makan diri sendiri



Mar diam sebab mar sekarang agak bz dengan urusan baju. Stok banyak masuk beberapa minggu ni. Jadi mar tak menang tangan sangat nak uruskan semua.

Ermm..macam mana ya ibu ibu kat luar sana uruskan anak-anak dan rumah? Mar harap semua masih dapat kekalkan stamina dan jaga kesihatan untuk uruskan rumah tangga.

Semenjak duduk sendiri, mar dan abang fuad uruskan hal rumah bersama-sama. Tapi abang fuad selalu perlu ke hospital, jadi kebanyakan kerja mar ambil alih bila dia tiada.

Bila balik dari kerja, mar akan terus ke dapur, kemudian uruskan baju, kemudian uruskan barang Fariss untuk dihantar ke rumah pengasuh keesokan harinya dan akhirnya mar akan buka order customer HOLS. Jujur mar terlalu penat. Menjelang jam 1 pagi baru mar akan tidur itupun kalau si kecil tak ajak ibunya bermain “booo..booo” .

Keesokan harinya seawal jam 5 pagi mar dah bangun untuk susukan Fariss..Kemudian bangun untuk masak kalau mar masih sempat. Pukul 7 hantar Fariss ke kereta ayahnya untuk dihantar ke rumah pengasuh. Mar akan gerak kemudian.

Mar suka rumah bersih, kemas dan teratur sebab rumahlah tempat kita untuk lepaskan penat selepas seharian di jalanraya dan juga di ofis. Mar suka tengok rumah mar di JB yang selalu kemas dan bersih. Mama akan monitor kebersihan toilet, dapur dan sekeliling rumah. Mar tenang duduk di JB sebab keadaan ini.

Abang Fuad selalu risau tengok mar buat kerja tak berhenti. Dia lebih suka jika mar penat mar tidur dan hargai kesihatan. Tapi mar tak boleh duduk diam..

Akhirnya..Semenjak sebulan lepas..rambut mar gugur..Gugur dengan terlalu banyak..
 Mar tak perasan. Tapi Abang Fuad mar tengok dia selalu vacum rumah bila balik kerja. Mar ingat mungkin dia nak lepaskan stress dengan buat kerja rumah waktu malam.

Beberapa hari lepas..kami duduk duduk sambil tengok TV.. Abang Fuad belai rambut mar.. lepas tu dia cakap “ Mar…lepas ni janji ya kalau penat terus tidur. Abaikan perkara lain dulu . Kita boleh buat sama-sama hari minggu . Kalau ummi Fariss sakit..dengan siapa kami berdua nak bermanja? “ Mar terdiam.. Abang Fuad belai rambut mar kemudian dia tunjukkan genggaman tangan dia.. “tengok ni..banyak kan rambut sayang gugur.. “  Ya allah..sayunya hati mar.. Mar tak sangka mar sibuk sebagai isteri, ibu dan pekerja sehingga memakan diri sendiri.

Mar janji lepas ni kalau mar penat mar akan tidur. 

Utamakan kesihatan. Mesej ni mar nak sampaikan kepada semua ibu ibu di luar sana yang terlalu sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya. Kalau penat, jom kita tidur dulu!

No comments:

Post a Comment