Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 26, 2012

Kebahagiaan

Kebahagian perlu dicari..

Ada yang berkata kebahagiaan itu boleh dicari di dalam diri. Tapi bagaimana ya?

Bukan kita yang mengatur kehidupan ini. Kita hanyalah dadu yang memainkan permainan di bumi. Di mana perhentian kita berhenti, di mana tapak yang perlu kita tuju, itu semua adalah atas kawalan  Sang Pencipta.

Dalam rencah kehidupan , ia tidak selalu cerah. Mendung datang tanpa diminta. Tapi, untuk meneruskan kehidupan mencabar ini, kebahagiaan perlu dicari. Kebahagiaan adalah penggerak semangat untuk maju ke hadapan. Kita tidak mahu berhenti lama di perhentian kesedihan.

Demi Allah yang memberikan kita hati , pinta lah kepada Allah untuk memberikan sinar kebahagiaan kepada hati ini. Kita tidak mahu gagal dalam permainan ini dan jatuh rebah ke bumi; tewas, gagal. Kita tidak mahu itu.

Hari ini mari kita membuat resolusi agar dalam setiap kepedihan dan kesedihan ini, kita memberikan senyuman dan menyalurkan minda positif di dalam diri. Kepedihan ini perlu ditangani segera agar tidak memakan diri dan menghilangkan jati diri.

Kesedihan kita adalah cerita kita. Tidak perlu dijaja merata. Duduk diam dan bertafakur sebentar. Minta doa pada Yang Esa.

Kebahagian hati datanglah segera. ...

Untuk sementara topeng muka ku mula bekerja. Senyuman ini yang akan dibawa..ke mana mana.
 Wahai diri, jangan berduka. Hidup ini umpama roda.
Satu hari, pasti, sinar mentari kan kunjung tiba.

Insya Allah.








No comments:

Post a Comment