Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 22, 2012

ibu ..oh ibu..


Jadi ibu memang cool.

Tidur kurang. Kerja extra. Back pain dukung baby, and latest tendon saya cedera. 6 weeks physiotherapy. Hopefully it will be a fast recovery. Insya Allah.

But, that is not the point of why I am writing this.

Jadi ibu adalah pengalaman individual. Anda belajar melalui pengalaman (ibu anda, rakan anda, kakak anda) , pembacaan buku, artikel di internet (segalanya di hujung jari ) , dan juga perbualan bersama orang sekeliling anda (nasihat yang berguna).

Semuanya bermanfaat untuk ibu ibu di luar sana. Tapi, anda perlu menapis setiap intipati ilmu yang diperoleh. Maksud saya di sini, anak anda bukan robot yang bila dilahirkan dikepilkan sekali “user manual guide” bersamanya. Anak anda adalah manusia kecil, mempunyai deria dan perasaan, pemikiran sesuai dengan kadar usianya, dan anda adalah manusia besar yang akan membentuk peribadinya. Kita hidup dalam masyarakat, pembawaan peribadi manusia berbeza beza, keupayaan kita berbeza beza. Mana mungkin manusia didatangkan satu jenis sahaja. Jadi tidak akan ada kepelbagaian DNA manusia di dunia bukan ? itu fakta. Jadi, cara membesarkan anak bukanlah seperti 1+1 = 2. Tidak semua di dalam buku itu sesuai untuk anak anda. Kenali mereka, fahami mereka.

Manusia perempuan memang dijadikan suka bercakap. Itu fitrah semulajadi. Bila mereka teruja, akan terpancar cahaya kegembiraan mahupun keterujaan di riak muka  mereka. Kadangkala, ia menyenangkan dan kadangkala ia menjengkilkan. (Saya bercakap bagi mengingatkan diri saya juga).

Saya terbaca kisah seorang ibu. Beliau sudah sedaya upaya berusaha untuk menyusukan anaknya. Beliau sudah mencuba pelbagai cara untuk merealisasikannya. Namun, kita berusaha dan merancang. Tapi Allah jua lah sebaik baik perancang. Akhirnya, beliau akur dan mula memberi  anaknya susu formula kerana susunya tidak berjaya keluar untuk diberi kepada anaknya. Apa terjadi kemudian? Beliau dikeji orang sekeliling kerana tidak berjaya memberi anaknya susu, terutamanya kolostrum; susu awal ibu. Beliau menangis setiap hari. Saya nasihatkannya supaya terus fokus menjaga anaknya kerana ketika itu beliau sedang berpantang.

Ada juga kisah seorang ibu yang terpaksa memberi anaknya makan ‘solid food’ walaupun anaknya belum cukup 6 bulan. Anaknya kelihatan sangat lapar dan seperti tidak cukup makan. Air liur meleleh membasahi baju bila melihat si ibu makan. Menangisnya tidak berhenti minta diberi makanan. Beliau berjumpa doctor untuk mendapatkan nasihat. Ketika itu anaknya baru sahaja genap 5 bulan. Doktor kata tidak ada salahnya, jadi beliau dinasihatkan untuk mula memberi makanan secara berperingkat. Mulut manusia sekeliling ada juga yang mencaci .. Tapi kini, Alhamdulillah anak beliau membesar dengan sihat seperti kanak kanak lain.

Aduh… wahai wanita,sedihnya saya melihat keadaan ini. Saya juga pernah beberapa kali terkena begini. Ada yang mengata bila saya tak dapat menyusukan fariss selama 3 hari terawal kehidupannya di dunia. Tapi, ada tak yang bertanya kenapa saya tidak dapat menyusukannya ketika itu? Konklusi terus dibuat. Saya yang selalunya tidak ambil pusing dengan kata kata orang sekeliling akur agak tersentuh bila diasak begitu.Jujur saya katakan, apa yang saya sangat perlukan ketika itu adalah dorongan dan semangat, bukan kata kata yang tidak berilmu yang sepatutnya menerjah ke telinga saya.  Maka, saya juga ada pengalaman . :)

Bila anda menyusukan anak, dan rakan anda tidak dapat menyusukan anak, it doesn’t make you a better mother and your friend don’t.  Saya tidak dapat susu ibu yang banyak ketika kecil kerana ibu saya juga mempunyai masalah yang menyukarkannya untuk memberi susu kepada saya. Ditambah pula ketika itu, ilmu tidak banyak diperoleh. Tapi , Alhamdulillah saya sihat dan membesar dengan sihat. Jadi, kini saya berusaha  dan bertawakal untuk memberikan yang terbaik kepada Fariss; bukan kerana saya lebih baik daripada ibu saya, tetapi kini akses kepada ilmu itu lebih senang dan lebih banyak untuk diperoleh.

Kepelbagaian mendidik anak bergantung kepada karaktor dan kesesuaian anak tersebut. Tidak semestinya anak pertama akan dididik sama seperti anak kedua.Sekiranya rakan anda mendidik anaknya dengan mengikut kaedah lain dan anda mendidik anak anda dengan mengikut kaedah yang anda fikirkan paling sesuai dan ia membawa keputusan yang paling baik ; TERUSKAN. Tidak perlu membezakan cara setiap individu. Apa yang penting, kita didik anak kita untuk menjadi insan yang paling cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Jadi, ibu ibu diluar sana, marilah kita bersikap positif. Daripada menyalurkan aura negatif kepada rakan rakan ibu kita di luar sana, mari bertukar menjadi lebih baik harini. Kita bantu rakan rakan kita di luar sana, berikan dorongan, berikan sokongan; kerana itu yang mereka perlukan. Melukakan hati manusia lain bukanlah ubat yang terbaik untuk jiwa anda.

Pengalaman menjadi ibu adalah indah. Mari kita saling berganding tangan, bantu menbantu, dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang indah untuk kita dan keluarga kita diami setiap hari. Insya Allah.

Ibu-ibu , Selamat bertugas.

Salam sayang- Mar

Friday, March 16, 2012

My first memory


Mar bangun tidur.. Mar terkencing dalam baby cot rupanya…

 Mar nangis nangis minta susu dan diturunkan dari katil. Seusai diturunkan, mar buka baju sendiri..mar mandi sendiri di bilik air. Mandi adalah aktiviti paling mar suka. Kak Niza, pembantu rumah kami waktu itu  memang sudah arif dengan perangai mar.. Selesai mandi, mar turun bawah, minta roti bakar. Naik semula ke atas tengok cerita Pontianak yang Zila Jalil berlakon dulu-dulu. Mar tengok sorang-sorang sebab kak Niza sebuk buat kerja rumah. Mar kemudian minta buku warna –warna..Mar sambil baring cuba warna gambar pakcik tua bertongkat tanpa terkeluar daripada garisan lukisan. Papa janji akan belikan jam kalau mar berjaya warna tanpa terkeluar daripada garisan..


Itulah ingatan pertama dalam kehidupan mar kalau mar pusing balik masa ke belakang. Mar 3 tahun lebih tika itu. Mama sebuk di sekolah, papa sebuk di tempat kerja.. Mar duduk dengan Kak Niza..

Seronok? Ermm..mar tak boleh komen banyak. Mama dan papa perlu cari rezeki untuk kami semua membesar. Tapi jujur mar kata, mar lebih suka kalau mama duduk rumah dan didik kami adik beradik. Tengok kami membesar, luangkan masa dengan kami..

Kebanyakan memori mar seawal usia banyak dilingkari bersama Kak Niza dan Kak Timah. Oh kak Timah pembantu rumah kami dari Indonesia Yogjakarta selepas Kak Niza berhenti ketika Mar usia 7 tahun. Mar agak rapat juga dengan Kak Timah. Kalau mar kena marah dengan mama, mar akan mengadu dengan Kak Timah. Kak Timah kurang bercakap, agak garang perwatakannya.Jadi bila mar mengadu dengannya..Kak Timah cuma diam sahaja sambil menggosok baju papa, mama dan baju sekolah kami sebakul penuh..
Hrmm..agak penuh memori mar dengan kedua dua pembantu rumah sehingga memori pertama mar pun dengan Kak Niza, pembantu rumah kami.. Mana memori waktu kecil mar dengan mama? Ada..tapi lewat terkemudian bila Mar sudah agak besar.

Mar agak kesal sedikit sebenarnya. Tapi inilah jalan kehidupan mar. Mar tak boleh salahkan mama dan papa. .Perkara yang dah berlaku, mesti ada hikmahnya.

Tapi..Fariss Ayman sedang membesar sekarang. Dia dah kenal mak dan ayahnya. Mar pasti. Dulu bila nampak muka kami Fariss tak respon. Kini, nampak sahaja muka mar atau Abang Fuad,Fariss pasti melompat –lompat minta didukung sambil tersenyum manja. Ohhh anak…  Fariss juga sekarang nampak sangat tenang jika kami baring di kiri dan kanannya. Kami berdua sayang sangat Fariss dan kami cuba sedaya upaya menggunakan setiap saat yang ada dengan menghadirkan diri dan jiwa kami bersama Fariss..walaupun sebenarnya kami sangat sibuk dengan urusan kerjaya. Tapi, tersemat tak rasanya kenangan ini dalam minda Fariss?

Sekarang Fariss dijaga oleh ibu. Ibu adalah ibu saudara mar. Memang mar bersyukur sangat Fariss dijaga oleh saudara mar sendiri..tapi jauh di lubuk hati..mar sedih jika memori pertama Fariss adalah bersama Ibu yang menjaganya 5 hari seminggu dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari.
Kenapa Mar agak sentimental harini….  :(

Banyak perkara yang Mar idamkan dalam kehidupan mar, banyak perancangan yang berlegar legar dalam fikiran Mar.. tapi jika ingin berkata jujur..Mar sanggup korbankan segalanya untuk melihat dan membesarkan anak anak Mar sendiri.

 Siapa kata menjadi ibu sepenuh masa , anda akan kelihatan hodoh, tidak maju kehadapan dan membosankan. Anda sendiri menentukan bagaimana anda membentuk kehidupan anda. Jika hodoh yang anda mahukan, maka tepeklah bedak sejuk 24/7 dan berkain batik sepenuh masa. Jika anda menganggap tugas ibu sepenuh masa adalah satu kerjaya, maka anda akan memastikan anda bergaya membuat semua kerja dan merancang tugas anda dengan efisyen. Anda pasti akan menjadi ibu, dan SURIrumah yang berjaya dan berwibawa. 

Tapi, itu semua berbalik semula kepada keadaan ekonomi keluarga. 

Hrmm..Mar masih merancang sesuatu dalam kehidupan agar mar dapat menjadi isteri,ibu dan pekerja yang cemerlang. 

Mar harap sangat agar satu hari nanti Fariss akan baca post mar kali ni..dan mengerti sekiranya memori pertamanya bukan bersama ibu dan ayahnya.

Fariss Ayman, mommy love you so much sayang..


Wednesday, March 14, 2012

Hitam itu menawan.




Kalau dari jauh lagi dah ada mana mana lady yang pakai hitam.. mar akan terus zoom in, dan tersenyum. Mar suka sangat tengok orang berbaju hitam. Lebih lebih lagi yang berjubah hitam polos.. dan mengenakan pashmina warna pastel..oh, jatuh cantik..langkah ayu tapi berkarisma dek pembawaan warna hitam yang penuh misteri.

Dulu dulu masa belajar di universiti mar selalu sahaja kalau tak sempat nak gosok baju, mar akan sarung baju jubah warna hitam, atau blouse hitam dan faded jeans. Nampak simple tapi selalu warna itulah yang membawa keyakinan pada mar.

Kini mar susukan fariss ayman. Agak sukar juga menggayakan jubah labuh hitam . Rindu sangat nak pakai all black again.

Kalau ada sesiapa yang ada idea untuk penggayaan  abaya yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak, dan mudah bergerak.. please share dengan mar ya.

Mar suka pakai abaya hitam yang simple, tapi menitik beratkan material yang sejuk dan sedap. Mar suka pakai  dengan kasut bertutup, pashmina dililit kemas. Tapi…ada abaya tak yang ada ruang bukaan untuk ibu yang menyusukan baby?

 Nak yang simple je. All black :)