Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 22, 2012

ibu ..oh ibu..


Jadi ibu memang cool.

Tidur kurang. Kerja extra. Back pain dukung baby, and latest tendon saya cedera. 6 weeks physiotherapy. Hopefully it will be a fast recovery. Insya Allah.

But, that is not the point of why I am writing this.

Jadi ibu adalah pengalaman individual. Anda belajar melalui pengalaman (ibu anda, rakan anda, kakak anda) , pembacaan buku, artikel di internet (segalanya di hujung jari ) , dan juga perbualan bersama orang sekeliling anda (nasihat yang berguna).

Semuanya bermanfaat untuk ibu ibu di luar sana. Tapi, anda perlu menapis setiap intipati ilmu yang diperoleh. Maksud saya di sini, anak anda bukan robot yang bila dilahirkan dikepilkan sekali “user manual guide” bersamanya. Anak anda adalah manusia kecil, mempunyai deria dan perasaan, pemikiran sesuai dengan kadar usianya, dan anda adalah manusia besar yang akan membentuk peribadinya. Kita hidup dalam masyarakat, pembawaan peribadi manusia berbeza beza, keupayaan kita berbeza beza. Mana mungkin manusia didatangkan satu jenis sahaja. Jadi tidak akan ada kepelbagaian DNA manusia di dunia bukan ? itu fakta. Jadi, cara membesarkan anak bukanlah seperti 1+1 = 2. Tidak semua di dalam buku itu sesuai untuk anak anda. Kenali mereka, fahami mereka.

Manusia perempuan memang dijadikan suka bercakap. Itu fitrah semulajadi. Bila mereka teruja, akan terpancar cahaya kegembiraan mahupun keterujaan di riak muka  mereka. Kadangkala, ia menyenangkan dan kadangkala ia menjengkilkan. (Saya bercakap bagi mengingatkan diri saya juga).

Saya terbaca kisah seorang ibu. Beliau sudah sedaya upaya berusaha untuk menyusukan anaknya. Beliau sudah mencuba pelbagai cara untuk merealisasikannya. Namun, kita berusaha dan merancang. Tapi Allah jua lah sebaik baik perancang. Akhirnya, beliau akur dan mula memberi  anaknya susu formula kerana susunya tidak berjaya keluar untuk diberi kepada anaknya. Apa terjadi kemudian? Beliau dikeji orang sekeliling kerana tidak berjaya memberi anaknya susu, terutamanya kolostrum; susu awal ibu. Beliau menangis setiap hari. Saya nasihatkannya supaya terus fokus menjaga anaknya kerana ketika itu beliau sedang berpantang.

Ada juga kisah seorang ibu yang terpaksa memberi anaknya makan ‘solid food’ walaupun anaknya belum cukup 6 bulan. Anaknya kelihatan sangat lapar dan seperti tidak cukup makan. Air liur meleleh membasahi baju bila melihat si ibu makan. Menangisnya tidak berhenti minta diberi makanan. Beliau berjumpa doctor untuk mendapatkan nasihat. Ketika itu anaknya baru sahaja genap 5 bulan. Doktor kata tidak ada salahnya, jadi beliau dinasihatkan untuk mula memberi makanan secara berperingkat. Mulut manusia sekeliling ada juga yang mencaci .. Tapi kini, Alhamdulillah anak beliau membesar dengan sihat seperti kanak kanak lain.

Aduh… wahai wanita,sedihnya saya melihat keadaan ini. Saya juga pernah beberapa kali terkena begini. Ada yang mengata bila saya tak dapat menyusukan fariss selama 3 hari terawal kehidupannya di dunia. Tapi, ada tak yang bertanya kenapa saya tidak dapat menyusukannya ketika itu? Konklusi terus dibuat. Saya yang selalunya tidak ambil pusing dengan kata kata orang sekeliling akur agak tersentuh bila diasak begitu.Jujur saya katakan, apa yang saya sangat perlukan ketika itu adalah dorongan dan semangat, bukan kata kata yang tidak berilmu yang sepatutnya menerjah ke telinga saya.  Maka, saya juga ada pengalaman . :)

Bila anda menyusukan anak, dan rakan anda tidak dapat menyusukan anak, it doesn’t make you a better mother and your friend don’t.  Saya tidak dapat susu ibu yang banyak ketika kecil kerana ibu saya juga mempunyai masalah yang menyukarkannya untuk memberi susu kepada saya. Ditambah pula ketika itu, ilmu tidak banyak diperoleh. Tapi , Alhamdulillah saya sihat dan membesar dengan sihat. Jadi, kini saya berusaha  dan bertawakal untuk memberikan yang terbaik kepada Fariss; bukan kerana saya lebih baik daripada ibu saya, tetapi kini akses kepada ilmu itu lebih senang dan lebih banyak untuk diperoleh.

Kepelbagaian mendidik anak bergantung kepada karaktor dan kesesuaian anak tersebut. Tidak semestinya anak pertama akan dididik sama seperti anak kedua.Sekiranya rakan anda mendidik anaknya dengan mengikut kaedah lain dan anda mendidik anak anda dengan mengikut kaedah yang anda fikirkan paling sesuai dan ia membawa keputusan yang paling baik ; TERUSKAN. Tidak perlu membezakan cara setiap individu. Apa yang penting, kita didik anak kita untuk menjadi insan yang paling cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Jadi, ibu ibu diluar sana, marilah kita bersikap positif. Daripada menyalurkan aura negatif kepada rakan rakan ibu kita di luar sana, mari bertukar menjadi lebih baik harini. Kita bantu rakan rakan kita di luar sana, berikan dorongan, berikan sokongan; kerana itu yang mereka perlukan. Melukakan hati manusia lain bukanlah ubat yang terbaik untuk jiwa anda.

Pengalaman menjadi ibu adalah indah. Mari kita saling berganding tangan, bantu menbantu, dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang indah untuk kita dan keluarga kita diami setiap hari. Insya Allah.

Ibu-ibu , Selamat bertugas.

Salam sayang- Mar

No comments:

Post a Comment