Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 16, 2012

My first memory


Mar bangun tidur.. Mar terkencing dalam baby cot rupanya…

 Mar nangis nangis minta susu dan diturunkan dari katil. Seusai diturunkan, mar buka baju sendiri..mar mandi sendiri di bilik air. Mandi adalah aktiviti paling mar suka. Kak Niza, pembantu rumah kami waktu itu  memang sudah arif dengan perangai mar.. Selesai mandi, mar turun bawah, minta roti bakar. Naik semula ke atas tengok cerita Pontianak yang Zila Jalil berlakon dulu-dulu. Mar tengok sorang-sorang sebab kak Niza sebuk buat kerja rumah. Mar kemudian minta buku warna –warna..Mar sambil baring cuba warna gambar pakcik tua bertongkat tanpa terkeluar daripada garisan lukisan. Papa janji akan belikan jam kalau mar berjaya warna tanpa terkeluar daripada garisan..


Itulah ingatan pertama dalam kehidupan mar kalau mar pusing balik masa ke belakang. Mar 3 tahun lebih tika itu. Mama sebuk di sekolah, papa sebuk di tempat kerja.. Mar duduk dengan Kak Niza..

Seronok? Ermm..mar tak boleh komen banyak. Mama dan papa perlu cari rezeki untuk kami semua membesar. Tapi jujur mar kata, mar lebih suka kalau mama duduk rumah dan didik kami adik beradik. Tengok kami membesar, luangkan masa dengan kami..

Kebanyakan memori mar seawal usia banyak dilingkari bersama Kak Niza dan Kak Timah. Oh kak Timah pembantu rumah kami dari Indonesia Yogjakarta selepas Kak Niza berhenti ketika Mar usia 7 tahun. Mar agak rapat juga dengan Kak Timah. Kalau mar kena marah dengan mama, mar akan mengadu dengan Kak Timah. Kak Timah kurang bercakap, agak garang perwatakannya.Jadi bila mar mengadu dengannya..Kak Timah cuma diam sahaja sambil menggosok baju papa, mama dan baju sekolah kami sebakul penuh..
Hrmm..agak penuh memori mar dengan kedua dua pembantu rumah sehingga memori pertama mar pun dengan Kak Niza, pembantu rumah kami.. Mana memori waktu kecil mar dengan mama? Ada..tapi lewat terkemudian bila Mar sudah agak besar.

Mar agak kesal sedikit sebenarnya. Tapi inilah jalan kehidupan mar. Mar tak boleh salahkan mama dan papa. .Perkara yang dah berlaku, mesti ada hikmahnya.

Tapi..Fariss Ayman sedang membesar sekarang. Dia dah kenal mak dan ayahnya. Mar pasti. Dulu bila nampak muka kami Fariss tak respon. Kini, nampak sahaja muka mar atau Abang Fuad,Fariss pasti melompat –lompat minta didukung sambil tersenyum manja. Ohhh anak…  Fariss juga sekarang nampak sangat tenang jika kami baring di kiri dan kanannya. Kami berdua sayang sangat Fariss dan kami cuba sedaya upaya menggunakan setiap saat yang ada dengan menghadirkan diri dan jiwa kami bersama Fariss..walaupun sebenarnya kami sangat sibuk dengan urusan kerjaya. Tapi, tersemat tak rasanya kenangan ini dalam minda Fariss?

Sekarang Fariss dijaga oleh ibu. Ibu adalah ibu saudara mar. Memang mar bersyukur sangat Fariss dijaga oleh saudara mar sendiri..tapi jauh di lubuk hati..mar sedih jika memori pertama Fariss adalah bersama Ibu yang menjaganya 5 hari seminggu dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari.
Kenapa Mar agak sentimental harini….  :(

Banyak perkara yang Mar idamkan dalam kehidupan mar, banyak perancangan yang berlegar legar dalam fikiran Mar.. tapi jika ingin berkata jujur..Mar sanggup korbankan segalanya untuk melihat dan membesarkan anak anak Mar sendiri.

 Siapa kata menjadi ibu sepenuh masa , anda akan kelihatan hodoh, tidak maju kehadapan dan membosankan. Anda sendiri menentukan bagaimana anda membentuk kehidupan anda. Jika hodoh yang anda mahukan, maka tepeklah bedak sejuk 24/7 dan berkain batik sepenuh masa. Jika anda menganggap tugas ibu sepenuh masa adalah satu kerjaya, maka anda akan memastikan anda bergaya membuat semua kerja dan merancang tugas anda dengan efisyen. Anda pasti akan menjadi ibu, dan SURIrumah yang berjaya dan berwibawa. 

Tapi, itu semua berbalik semula kepada keadaan ekonomi keluarga. 

Hrmm..Mar masih merancang sesuatu dalam kehidupan agar mar dapat menjadi isteri,ibu dan pekerja yang cemerlang. 

Mar harap sangat agar satu hari nanti Fariss akan baca post mar kali ni..dan mengerti sekiranya memori pertamanya bukan bersama ibu dan ayahnya.

Fariss Ayman, mommy love you so much sayang..


No comments:

Post a Comment