Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 14, 2012

Alat kecil yang berguna.


Mar anak perantau. Membesar di Johor Bahru walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur. Tak perlu tanya mar jalan jalan di Johor Bahru, mar memang tak tahu. Mungkin sebab semenjak tingkatan satu duduk sekolah asrama, kemudian selepas SPM mar terus mengikuti penajian di Kuala Lumpur.

Dalam adik beradik mar, mama memang paling kurang kepercayaan pada mar. Dalam bab memasak mahupun dalam pemanduan. Bayangkan, adik mar shazmin pun mama bagi dia pegang stereng kereta dan bawa kereta mama. Mar?  Memang jarang. Boleh dikira dengan jari sepanjang hidup mar memandu kereta mama? Sebab? Ani dan Shamin kata mar manja..

Tapi..selepas berkahwin kehidupan mar memang bertukar 180 darjah. Mar perlu berdikari. Ya. Berdikari. Siapa di sini yang memang sudah arif dengan jalan di Kuala Lumpur sepenuhnya? Abang Fuad sibuk pada hari kerja dan juga hari minggu. Jadi kadangkala mar memang perlu ke sesuatu tempat sendiri. Mama yang sedia maklum dengan keadaan mar telah menghadiahkan mar dengan hadiah yang paling berguna dalam kehidupan mar : GPS gadget. Mama  belikan yang jenis skrin besar sikit supaya senang sikit mar nak tengok. Dah lama mama belikan benda ni. Setahun lebih yang lepas. Sekarang mungkin ada yang lebih canggih lagi rasanya

Contoh GPS. Mar punya warna putih tapi bukan brand ni.

Ni contoh screen shot Papago

Kalau mar perlu ke site sendiri, kalau mar perlu ke mana mana memang mar akan pastikan GPS gadget WAJIB ada dalam kereta mar. Berikut adalah perkara perkara yang mar akan pastikan WAJIB ada dalam kereta jika perlu travel sendiri ataupun diselesaikan terlebih dahulu :

1.       GPS gadget.
2.       Tangki minyak kereta sepenuhnya.
3.       Duit secukupnya.
4.       Sudah selesai membuang air.
5.       Air mineral di dalam kereta

Bukan apa, traffic jam di Kuala Lumpur ni memang unpredictable sungguh. Boleh pening meroyan kalau tak dapat terima kenyataan yang sangat mendukacitakan ini.

Semalam Abang Fuad ada kursus sampai malam. Jadi mar perlu ambil Fariss di rumah Ibu (Penjaga Fariss). Hujan pulak semalam turun selebatnya di Petaling Jaya. Lebuhraya Persekutuan jadi medan pertembungan kereta dari pelbagai arah. Ya Allah memang azab sungguh.. Mar rasa kalau mar masih ikut jalan biasa yang mar ikut,, 2 jam pun tak pasti lagi yang mar akan berjaya sampai ke rumah Ibu. 

Masa kereta bergerak perlahan, amr pun dengan cepat keluarkan GPS. Tapi mar tak dapat jumpa rumah Ibu walaupun dah masukkan keyword. (Mungkin perlu upgrade system selepas ni).. Jadi mar cuba masukkan keyword “Tesco AMpang “. Haaa…… Mar masuk Jalan Syed Putra, menuju ke Loke Yew, kemudian masuk ke Taman Cheras Indah/Perdana (Mar pun dah tak ingat sebab nak termuntah dah…) ,kemudian masuk terus ke area Ampang, Pandan Mewah. Jauhnya! Kebelakang pulak tu! Aduh..Jadi mar perlu U-turn masuk semula ke MRR2 dan masuk ke area rumah Ibu.. Jumlah masa keseluruhan perjalanan : 1jam 30 minit.

Walaupun pening sangat..tapi bersyukur mar berjaya sampai dengan selamat ke rumah Ibu.
Jadi ibu ibu dan wanita di luar sana yang memandu, pada mar bila ada duit lebih, membeli GPS gadget adalah satu pelaburan yang lebih berbaloi daripada membeli sepatu baru ataupun tas tangan baru. 

Dalam keadaan yang tak terjangka insya Allah benda kecil ini mungkin dapat menyelamatkan dan memudahkan rutin harian anda.

Selamat memandu dengan selamat !

No comments:

Post a Comment