Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 11, 2012

Bila terhantuk baru nak sedar


Current mood  : I am not very happy. :(

Sigh…..

Rasanya haritu mar ada tulis yang mar sekarang tengah belajar memasak . Tak payahlah rasanya nak ulang lagi cerita yang dulu dulu mar jahil sangat dalam bab memasak ni. It is better late than never. Sampai sekarang mar masih ingat nama nama dan muka orang yang selalu mengusik mar pasal memasak. :)

Baru ku tahu rupanya seronok sangat memasak ni . Lagi lagi bila kita ada dapur sendiri. Dulu dulu mama punya dapur, mar tak ada can sangat nak usik kuali, usik sudip. Tugas sepenuh masa : Mencuci pinggan mangkuk. Ok enough for that.

Ada banyak sebab yang menjadikan mood mar tak berapa nak happy sekarang. Berikut adalah senarai senarainya .

  1. Saya sangat suka memasak sekarang.
  2. Saya berkawan dengan ibu yang menyusukan anak dan ibu yang sedang mengandung. Selera kami tinggi !
  3. Suami saya sangat suka makan dan sangat menghargai masakan saya. (hahahaha…). Jadi bila suami saya suka makan masakan saya, saya akan cuba masak lebih sedap dan akhirnya saya pun kecundang dalam panggilan bau dan rupa yang sangat menyelerakan.
  4. Saya perasan saya kurus..(Tolonglah!)
  5. Saya sorang sahaja perempuan dalam team saya. Kawan lelaki saya suka bagi saya makan kerepek yang kakak Indonesia jual. Kalau dah semua mengunyah, tak terliur kah anda ? :)
  6. Ibu mertua saya telah berjaya mencipta recipe muffin yang paling enak di seantero dunia. Setiap minggu, tanpa berfikir panjang saya akan menyumbatkan 3~6 biji muffin di dalam mulut saya. Hari Isnin saya akan menghadapi masalah untuk pin seluar kerja saya.
  7. Tangan saya cedera sebab dukung Fariss dan doctor kata fizikal tangan saya kecil.. Jadi saya ingat bila saya makan banyak tangan saya akan menjadi besar juga.  Bohong, itu semua tipu belaka.
Jadi, mar dapat panggilan kecemasan daripada adik di Johor Bahru. Dia adik kesayangan mar dan selalu mengikuti perkembangan mar. Dia kata “ Ok mar. Dah cukup.. Mar GEMUK sekarang “. Jantung luluh, kaki menggeletar, tangan hampir menghempaskan telefon pemberian suami tercinta… Terasa kepala kemudian seperti dihantuk oleh loceng besar di menara tempat tinggalnya si Rapunzel. 

Bila tersedar… Oh !! Ok. Reality check. You are definitely correct adik. Thank you. Ini gambar yang menyebabkan adik mar segera angkat telefon dan cuba menyelamatkan kakaknya.

 Ketembaman pipi jelas terserlah. Kalah ibu yang baru sahaja bersalin.

Jadi sekarang dengan rasa bersyukurnya mar menyusun strategi :

  1. Mar kurangkan makan jajan (Korang tahu tak jajan tu apa? )
  2. Banyakkan minum air KOSONG= plain water.
  3. Mar sambung balik kontrak dengan Herbal Life
  4. Hari hari mar saja je parking kereta di D6 walaupun sampai awal. Mar akan pastikan mar naik tangga ke pejabat setiap hari.
  5. Mar akan sangat particular dengan makanan yang akan dihadam dalam perut mar.
  6. Mar masak dan mengurangkan kuantiti.
  7. Kurangkan minyak..kurangkan minyak..dan kurangkan minyak...
Jadi..ini bukan salah perut mar, bukan salah masakan mar, bukan salah abang fuad, bukan salah kawan kawan mar. Orang yang paling berhak disalahkan adalah diri mar sendiri. :)

Jadi, mar sekarang set target 3 bulan. Mar nak sangat jadi orang yang berdisiplin dan mar harap Allah membantu untuk memberi mar jiwa dan minda yang kental dalam mengharungi perjalanan untuk menjadi manusia yang lebih sihat.Kata penegasan di sini : Bukan kurus, tapi sihat. Buat apa kurus kalau tak sihat kan? Tapi orang yang pentingkan kesihatan selalunya mempunyai BMI yang bagus. Ya Allah, bantulah Akmar. Insya Allah..

Eh..Kalau baca ni tolong doakan Mar ya! Selamat berusaha Akmar!!

No comments:

Post a Comment